Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) berjaya menerbitkan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana dengan Jaminan Kerajaan (IMTN) berjumlah RM600 juta pada 22 Mac 2019.
Ia diterbitkan di bawah prinsip wakalah dengan komoditi sebagai aset dasar.
“Ia merupakan terbitan kelima daripada Program IMTN bernilai RM3.0 bilion. Hasil daripada terbitan sukuk ini akan digunakan untuk membiayai modal kerja berlandaskan Syariah untuk usahawan PKS,” kata Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Aria Putera Ismail.
Bank itu dalam kenyataannya berkata permintaan yang tinggi membolehkannya mendapatkan beberapa pelabur utama untuk menutup rundingan terbabit dengan harga kompetitif di antara mata asas 45 dan 31 melebihi bon kerajaan Malaysia dalam panduan harga rundingan pertengahan.
“Pihak bank telah berjaya mengukuhkan harga rundingan seiring dengan permintaan yang menggalakkan daripada institusi kewangan dan syarikat pengurusan aset.
"Ini membuktikan sokongan padu oleh kerajaan yang berlandaskan penekanan untuk memudahkan agenda sosioekonomi SME Bank dalam membangunkan sektor PKS.
“Selain itu, RAM Ratings juga telah mengesahkan semula Penarafan Institusi Kewangan AAA/Stabil/P1 ke atas SME Bank dan ini menunjukkan keyakinan penuh kerajaan terhadap SME Bank dalam memainkan peranan memupuk dan membangunkan PKS,” katanya.
Tambah Aria sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan, SME Bank komited untuk memenuhi dan memberi bantuan pembiayaan bagi pembangunan usahawan PKS yang tidak atau kurang mendapat bantuan seperti yang dimandatkan oleh kerajaan melalui program transformasi digitalnya.
Sehingga kini, SME Bank telah meluluskan pembiayaan lebih daripada RM29 billion kepada lebih 17,000 orang pelanggan.
Selain kemudahan pembiayaan, inisiatif Upward Migration di bawah program Intervensi Spesifik SME Bank telah memanfaatkan lebih 1,200 orang usahawan PKS sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan yang mampan di Malaysia.
SME Bank melalui anak syarikat milik penuhnya Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR) juga berjaya melatih lebih 36,000 peserta sejak penubuhannya pada tahun 2013 dan bertindak sebagai pelengkap kepada peranan SME Bank dalam meningkatkan keupayaan dan pembangunan PKS.
Najib Aroff
Mon Mar 25 2019

Selain kemudahan pembiayaan, inisiatif Upward Migration di bawah program Intervensi Spesifik SME Bank telah memanfaatkan lebih 1,200 orang usahawan PKS - Foto Fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Kemanisan Memberi', kempen eksperimen media sosial SME Bank sempena Ramadan
Episod pertama telah ditayangkan pada 16 April 2021 di platform media sosial SME Bank dan episod akhir dijangka ditayangkan pada 25 Mei 2021

SME Bank tawar lanjutan moratorium bersasar bernilai RM4.8 bilion
Program SRP ini melibatkan 3,090 pelanggan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM4.8bilion.

SME Bank luluskan 940 permohonan bernilai RM503 juta di bawah SRF
Selain SRF, setakat 28 Julai 2020, SME Bank turut memproses sebanyak 15 permohonan AgroMakanan (AF) bernilai RM7.83 juta.

IMTN terbitan SME Bank dibida lebih 4.5 kali ganda
Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata IMTN tersebut telah diletakkan dengan harga akhir yang kompetitif di antara 3.02 peratus hingga 3.30 peratus.

SME Bank Y-Biz Challenge 2020 pupuk usahawan muda pintar digital
SME Bank meneruskan inisiatif memupuk dan membimbing usahawan muda dengan memperkenalkan aspek perniagaan digital dalam pertandingan SME Bank Y-Biz Challenge bagi edisi ke-7 tahun 2020.

BEP 2.0 bakal terima suntikan dana RM5 juta - Mohd Redzuan
Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, ia sebagai tanda sokongan kementeriannya terhadap inisiatif bagi membantu sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memacu ekonomi negara.

SME Bank agih lebih RM25 juta zakat kepada golongan asnaf sejak 2009
Sejak tahun 2009, SME Bank telah membayar zakat berjumlah lebih RM25 juta dan pada hari ini sebanyak RM1.16 juta telah diagihkan.

SME Bank terbit sukuk RM600 juta
Permintaan yang tinggi membolehkannya mendapatkan beberapa pelabur utama untuk menutup rundingan dengan harga kompetitif di antara mata asas 45 dan 31 melebihi bon kerajaan Malaysia.