KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia akan mengalami "kedudukan kewangan yang sangat perit" jika mereka menghadapi kemelesetan global yang akan berlaku di tengah-tengah peningkatan inflasi, menurut satu soal selidik.
Data daripada Soal Selidik Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2022 telah mendedahkan "pelbagai kebenaran yang menyakitkan tentang keadaan kewangan semasa rakyat, termasuk simpanan yang semakin berkurangan, isu aliran tunai dan trend lain yang membimbangkan."
Soal selidik itu dilakukan oleh RinggitPlus.com (RinggitPlus), sebuah laman web kewangan yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat fintech Jirnexu Sdn Bhd.
Pengasas Bersama dan Pengarah RinggitPlus Hann Liew berkata, trend semasa adalah satu 'wake-up call' kepada semua pihak untuk mengambil tindakan kerana kesan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik amat membinasakan dan rakyat Malaysia berdepan cabaran kewangan sebenar yang perlu ditangani.
"Ia adalah realiti yang pahit bukan sahaja untuk rakyat tetapi juga untuk penggubal dasar dan pemain industri.
"Ini adalah isu generasi yang memerlukan penyelesaian jangka panjang dengan sokongan berterusan dan bersepadu daripada semua pihak. Kita tidak boleh tinggalkan sesiapa," katanya pada pelancaran keputusan RMFLS 2022 di Menara Etiqa di sini hari ini.
RinggitPlus juga berkata rakyat daripada semua lapisan masyarakat kini menghadapi cabaran kewangan yang membarah hingga menyebabkan mereka terdedah kepada kejutan kewangan, dengan mengambil kira bahawa pelbagai bantuan kewangan telah mengurangkan kesan ke atas mereka pada 2020 dan 2021.
"Sebanyak 70 peratus responden menyatakan mereka menyimpan kurang daripada RM500 sebulan atau langsung tidak mampu untuk menyimpan.
"Ini adalah keputusan terburuk yang diperoleh oleh RMFLS dalam tempoh lima tahun," katanya dalam satu kenyataan yang berasingan.
Bilangan rakyat Malaysia yang menyimpan lebih daripada RM1,500 sebulan juga telah menurun dengan ketara, katanya. "Daripada 20 peratus pada 2020, angka itu telah menurun empat kali lebih rendah kepada hanya 5 peratus pada 2022."
Dapatan RMFLS 2022 itu juga menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia bergelut dengan simpanan yang kurang di tangan dengan 53 peratus responden menyatakan mereka boleh bertahan selama tiga bulan atau kurang dengan hanya bergantung pada simpanan mereka (tahun lepas pada kadar 52 peratus).
"Trend yang sama juga mendapati yang mana 55 peratus rakyat Malaysia membelanjakan dengan tepat atau lebih daripada apa yang mereka peroleh setiap bulan (Sebanyak 44 peratus tahun lepas), pada asasnya bergantung dari gaji ke gaji untuk hidup," kata RinggitPlus.
Dengan kurangnya berjimat dan kos barangan yang lebih tinggi, soal selidik itu juga menyerlahkan trend yang membimbangkan.
"Lebih ramai pemegang kad kredit tidak membayar bil secara penuh dengan hanya 55 peratus (berbuat demikian) pada 2022 berbanding 70 peratus tahun lepas," katanya.
RinggitPlus juga mendapati rakyat Malaysia lebih memilih pelepasan kewangan jangka pendek berbanding kestabilan kewangan jangka panjang.
"Sebanyak 66 peratus responden berusia 21 tahun ke atas menyatakan mereka akan mempertimbangkan untuk memohon lebih banyak pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jika kerajaan membenarkannya," katanya.
Tinjauan itu dijalankan dalam tiga bahasa melalui soal selidik dalam talian yang dikawal selia sendiri melalui platform analitik pihak ketiga, berdasarkan persampelan 3,144 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022
RinggitPlus juga mendapati rakyat Malaysia lebih memilih pelepasan kewangan jangka pendek berbanding kestabilan kewangan jangka panjang. - Gambar hiasan
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Langkah ini merupakan usaha penting oleh Kementerian Sumber Manusia dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai inisiatif.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Ekonomi Era Trump: Siapa untung, siapa rugi?
Bersama Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
Buletin AWANI Khas: Kembalinya Trump ke White House
Saksikan perbincangan eksklusif bersama Lee Heng Guie, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Tharma Pillai, Pengasas Bersama Undi18 dan penganalisis politik, serta Charissa Lee, Presiden Persatuan Alumni Universiti Amerika di Malaysia.
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Trump 2.0: Apa yang baharu, apa yang kekal?
Penganalisis Keselamatan & Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat mengulas berkenaan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dari sudut geopolitik serta hubungan bilateral dan multilateral global.
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
#AWANIRingkas 21 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Januari 2025
1️⃣ Langkah konkrit untuk tangani isu alam sekitar global
2️⃣ Remaja perempuan 16 tahun hilang di Karak
3️⃣ Penggal kedua penuh kontroversi
#awaniringkas
1️⃣ Langkah konkrit untuk tangani isu alam sekitar global
2️⃣ Remaja perempuan 16 tahun hilang di Karak
3️⃣ Penggal kedua penuh kontroversi
#awaniringkas
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.