KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan, CGS CIMB Research menjangkakan SP Setia Berhad akan melancarkan beberapa projek baharu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM4.25 bilion pada FY2022 mengatasi nilai RM2.24 bilion pada FY2021.
Sebahagian 58% daripada projek baharu itu melibatkan projek pembangunan hartanah di bawah harga RM1 juta manakala bakinya melibatkan pembangunan di atas RM1 juta setiap satu.
"Dari segi komposisi produk, 65% merupakan projek perumahan bertanah diikuti perumahan mampu milik (13%), unit komersial (12%), servis apartmen (5%), kondominuium dan apartmen (3%) dan unit industrti sebanyak 2%," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu, SP Setia mencatatkan keuntungan bersih RM284.37 juta bagi FY2021 berbanding kerugian bersih sebanyak RM320.75 juta bagi FY2020 dengan pendapatan kumpulan itu meningkat sebanyak 16.56% kepada RM3.76 bilion daripada RM3.23 bilion.
Kumpulan itu juga mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 118.24% kepada RM123.32 untuk 4QFY2021 yang berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM56.5 juta tahun sebelumnya dengan peningkatan margin keuntungan hasil daripada beberapa jalinan kerjasama.
Bagaimanapun, pendapatan bagi suku itu menurun sebanyak 7.28% kepada RM1.03 bilion berbanding RM1.11 bilion akibat sumbangan yang rendah daripada segmen pembangunan hartanah mereka.
Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu menyasarkan jualan hartanah baharu sebanyak RM4 bilion bagi FY2022 dan pada penghujung FY2021 mereka sudah menerima tempahan bernilai RM555 juta.
Katanya, SP Setia merekodkan jualan hartanah baharu sebanyak RM4.06 pada FY2021 berbanding RM3.82 pada FY2020 dan ia mengatasi sasaran RM3.8 bilion sasaran jualan bagi FY2021 dengan 82% jualan hartanah baharu datang daripada projek tempatan manakala baki 12% daripada projek antarabangsa.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'tambah' untuk saham-saham SP Setia dengan harga sasaran tidak berubah iaitu RM1.84 sesaham.
"SP Setia berada pada landasan yang baik dengan jangkaan perolehan sesaham (EPS) yang stabil pada FY2022 selepas penyerahan projek antarabangsa dan rizab tanah yang besar membolehkan mereka menjalankan projek mengikut kehendak pelanggan," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Mar 01 2022
![SP Setia dijangka lancar projek baharu dengan GDV RM4.25 bilion bagi FY2022 SP Setia dijangka lancar projek baharu dengan GDV RM4.25 bilion bagi FY2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646101471_SPSetia.jpg)
SP Setia mencatatkan keuntungan bersih RM284.37 juta bagi FY2021 berbanding kerugian bersih sebanyak RM320.75 juta bagi FY2020. - Foto DagangNews
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
![Bursa gantung jualan singkat SP Setia Bursa gantung jualan singkat SP Setia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa gantung jualan singkat SP Setia
Bursa Malaysia menggantung jualan singkat SP Setia Bhd bagi baki tempoh hari ini selepas penyusutan harga yang ketara.
![SP Setia yakin dapat mencapai sasaran jualan keseluruhan FY2022 SP Setia yakin dapat mencapai sasaran jualan keseluruhan FY2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668990838_SPSetia.jpg)
SP Setia yakin dapat mencapai sasaran jualan keseluruhan FY2022
Jualan terutamanya daripada projek tempatan, yang menyumbang RM2.34 bilion atau kira-kira 87 peratus.
![SP Setia dijangka lancar projek baharu dengan GDV RM4.25 bilion bagi FY2022 SP Setia dijangka lancar projek baharu dengan GDV RM4.25 bilion bagi FY2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646101471_SPSetia.jpg)
SP Setia dijangka lancar projek baharu dengan GDV RM4.25 bilion bagi FY2022
Sebahagian 58% daripada projek baharu itu melibatkan projek pembangunan hartanah di bawah harga RM1 juta.
![SP Setia, Sime Darby Property dalam kedudukan terbaik raih manfaat daripada pembangunan hijau SP Setia, Sime Darby Property dalam kedudukan terbaik raih manfaat daripada pembangunan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638932115_SPSETIA.jpg)
SP Setia, Sime Darby Property dalam kedudukan terbaik raih manfaat daripada pembangunan hijau
Secara keseluruhan, CGS-CIMB mengekalkan saranan 'neutral' bagi sektor hartanah.
![Ekosistem bangunan hijau jadi kebimbangan pelabur ESG terhadap SP Setia Ekosistem bangunan hijau jadi kebimbangan pelabur ESG terhadap SP Setia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637107835_ekosistem.jpg)
Ekosistem bangunan hijau jadi kebimbangan pelabur ESG terhadap SP Setia
Ibu pejabat korporat SP Setia merupakan pejabat milik persendirian pertama dan bangunan ketiga di Malaysia.
![Bangunan tiba-tiba bergegar, bergoyang sebelum runtuh - Saksi Bangunan tiba-tiba bergegar, bergoyang sebelum runtuh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51480494877_JambatanMidValley.jpg)
Bangunan tiba-tiba bergegar, bergoyang sebelum runtuh - Saksi
Seorang pekerja warga Vietnam dikenali sebagai Atang, 39, berkata keadaan itu menyebabkan pekerja bertempiaran lari menyelamatkan diri, termasuk beliau.
![Runtuhan jejambat: DOSH arah pemaju henti kerja Runtuhan jejambat: DOSH arah pemaju henti kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61480518836_950x600.jpg)
Runtuhan jejambat: DOSH arah pemaju henti kerja
Pemaju projek pembinaan jejambat pejalan kaki berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, di sini diarah menghentikan serta-merta kerja mereka susulan insiden runtuhan struktur berkenaan, ha
![Konkrit runtuh di KL Eco City: Seorang maut, lima cedera Konkrit runtuh di KL Eco City: Seorang maut, lima cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51480494877_JambatanMidValley.jpg)
Konkrit runtuh di KL Eco City: Seorang maut, lima cedera
Sekurang-kurangnya satu mayat telah berjaya dikeluarkan dari tapak nahas konkrit runtuh di kawasan pembinaan berdekatan KL Eco City di Bangsar.