Ringkasan AI
- Spotify merancang untuk memperkenalkan pelan "Music Pro" dengan harga langganan lebih tinggi, menawarkan audio berkualiti tinggi dan akses awal kepada tiket konsert.
- Spotify sedang berbincang dengan pemegang hak dan label muzik untuk merealisasikan pelan ini.
- Pelan ini bertujuan mengukuhkan kedudukan Spotify dalam industri muzik dan menarik minat peminat tegar muzik.
Dengan harga langganan premium ini, Spotify menyasarkan sejumlah ciri tambahan, disasarkan kepada para peminat tegar muzik.
Antara ciri yang disasarkan adalah termasuk penawaran audio pada kualiti lebih tinggi, dan juga akses kepada tiket konsert lebih awal berbanding pengguna lain.
Buat masa ini, ia dikatakan pelbagai perbincangan dilakukan oleh pihak Spotify bersama pemegang hak dan label muzik berkenaan perkara ini.
Spotify sebelum ini telah berkongsi mengatakan mereka merupakan antara penyumbang terbesar dalam industri muzik, dan dengan langkah pengenalan pelan ini, ia mungkin akan terus mengukuhkan kedudukan Spotify dalam arena muzik dan audio.
Selain Spotify, beberapa perkhidmatan lain turut menyediakan akses kepada muzik berkualiti tinggi – tetapi penawaran akses awal kepada tiket konsert mungkin membuatkan tawaran Spotify lebih menarik dalam kalangan peminat muzik. -Amanz
