Starbucks Coffee Company (Starbucks) dan Alibaba Group Holding Ltd (Alibaba) menjalin kerjasama strategik dalam 'peruncitan baharu' yang akan membolehkan pengguna menikmati Pengalaman Starbucks yang lancar di samping mengubah industri kopi di China.
Kerjasama yang merentasi perniagaan utama dalam ekosistem Alibaba, termasuk Ele.me, Hema, Tmall, Taobao dan Alipay, Starbucks akan mempelopori perkhidmatan penghantaran bermula September ini dengan mewujudkan "Dapur Penghantaran Starbucks" bagi memenuhi pesanan penghantaran.
Ia juga mengintegrasikan pelbagai platform bagi mewujudkan kedai Starbucks maya yang belum pernah wujud sebelum ini - satu Pengalaman Starbucks dalam talian yang tiada tandingan dan lebih peribadi untuk pelanggan China.
"Hasil daripada pengalaman pelanggan yang disampaikan oleh lebih 45,000 rakan kami, Starbucks semakin berkembang dan berinovasi lebih cepat di China berbanding tempat lain di dunia," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Starbucks Coffee Company Kevin Johnson.
Beliau berkata perkongsian dengan Alibaba akan membentuk semula peruncitan moden, dan melambangkan pencapaian penting dalam usaha syarikat untuk melangkaui jangkaan pengguna China.
Sementara itu, CEO Alibaba Group Daniel Zhang berkata:" Starbucks lebih daripada satu destinasi untuk kopi premium dan kami berkongsi wawasan yang sama untuk menjadi perintis bagi suatu budaya dan gaya hidup kopi yang baharu menerusi inovasi dan teknologi."
"Perkongsian ini sekali lagi menjadi bukti kejayaan kepada strategi Peruncitan Baharu kami," katanya.
Melalui kerjasama ini, Starbucks akan bekerja dengan Ele.me, platform penghantaran makanan atas permintaan yang terkemuka di China dengan tiga juta penghantar berdaftar.
Starbucks akan memulakan penghantaran rintis pada September ini di 150 kedai yang terletak di zon-zon perdagangan utama di Beijing dan Shanghai dengan rancangan untuk memperluaskan program itu kepada lebih 2,000 kedai merentasi 30 bandar raya menjelang akhir tahun ini.
"Ini adalah satu peristiwa penting bagi Ele.me dalam memperkukuhkan kerjasama dengan rangkaian runcit dan terus mengembangkan penembusan kami di dalam sektor penghantaran makanan," kata CEO Ele.me Wang Lei.
Selain itu, Starbucks juga akan bekerjasama dengan pasar raya Hema untuk menjadi jenama runcit yang pertama mewujudkan "Dapur Penghantaran Starbucks" yang khusus di lokasi mereka.
Ia akan menggunakan keupayaan penghantaran dan pencapaian berbeza Hema untuk melengkapi penghantaran minuman kopi dan teh Starbucks yang dihasilkan melalui kedai Starbucks sedia ada.
Starbucks akan juga memanfaatkan pandangan pengguna Hema yang sangat efektif dan kepakaran pencapaian unik untuk menembusi seterusnya dan memberi perkhidmatan yang lebih baik dalam memenuhi keperluan individu dan keluarga dalam komuniti di seluruh China.
Menurut kenyataan itu, satu inisiatif strategik yang utama di bawah perkongsian itu ialah pembangunan kedai perintis Starbucks maya yang pertama seumpamanya di China yang menyaksikan Alibaba mengembangkan sebuah hab pengurusan dalam talian yang berpusat, dengan keupayaan unik untuk mengintegrasi dan menyampaikan Pengalaman Starbucks yang konsisten merentasi pelbagai platform digital.
Inovasi terbaharu ini, katanya, akan merevolusikan model luar talian ke dalam talian tradisional secara berkesan dan memperluaskan jangkauan Pengalaman Starbucks ke dalam gaya hidup seharian bagi pengguna China, tanpa mengira masa atau tempat.
Perkongsian ini merupakan langkah penting dengan kedua-dua syarikat bergabung tenaga untuk meningkatkan pengalaman pelanggan merentasi ke seluruh China.
Maklumat mengenainya boleh didapati dengan melayari https://www.starbucks.com.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 02 2018
![Starbucks, Alibaba jalin kerjasama ubah pengalaman pelanggan nikmati kopi Starbucks, Alibaba jalin kerjasama ubah pengalaman pelanggan nikmati kopi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71467648330_StarbucksCoffee.jpg)
Starbucks juga akan bekerjasama dengan pasar raya Hema untuk menjadi jenama runcit yang pertama mewujudkan 'Dapur Penghantaran Starbucks' yang khusus di lokasi mereka.
![CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739273384_MCWMalaysiaCorrup.jpg)
CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
![Alibaba mahu bekerja dengan firma Malaysia bagi penyelesaian kemampanan berasaskan AI Alibaba mahu bekerja dengan firma Malaysia bagi penyelesaian kemampanan berasaskan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676023479_alibaba.jpg)
Alibaba mahu bekerja dengan firma Malaysia bagi penyelesaian kemampanan berasaskan AI
Penting untuk perniagaan mengutamakan amalan mampan agar kekal berdaya saing dan sejajar dengan matlamat kemampanan negara.
![Alibaba namakan Eddie Yongming Wu CEO, Pengerusi baharu Alibaba namakan Eddie Yongming Wu CEO, Pengerusi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687250033_TBAlibabaGroup.jpg)
Alibaba namakan Eddie Yongming Wu CEO, Pengerusi baharu
Gergasi e-dagang China, Alibaba mengumumkan pelantikan Eddie Yongming Wu menggantikan Daniel Zhang sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan, mulai 10 Sept.
![Syarikat mega Alibaba berpecah kepada enam entiti Syarikat mega Alibaba berpecah kepada enam entiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615877724_Alibaba.jpg)
Syarikat mega Alibaba berpecah kepada enam entiti
Peruncit dan syarikat e-dagang global Alibaba mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan berpecah kepada enam entiti berbeza.
![Jack Ma 'bersembunyi' di Jepun? Jack Ma 'bersembunyi' di Jepun?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611117414_JackMa.jpg)
Jack Ma 'bersembunyi' di Jepun?
Lokasi persembunyian Jack Ma didedahkan Financial Times (FT) memetik beberapa sumber selepas bilionair tersebut memilih untuk menjalani kehidupan secara 'low-profile'.
![Alibaba 11.11 Global Shopping Festival kini lebih inklusif dan lestari Alibaba 11.11 Global Shopping Festival kini lebih inklusif dan lestari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636079293_globalshopping.jpg)
Alibaba 11.11 Global Shopping Festival kini lebih inklusif dan lestari
Syarikat tersebut turut merangka tiga strategi penting termasuk memulakan pesanan pra jualan empat jam lebih awal berbanding festival 11.11 sebelum ini.
![Jack Ma ke luar negara buat kali pertama selepas setahun Jack Ma ke luar negara buat kali pertama selepas setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611213906_JackMa.jpg)
Jack Ma ke luar negara buat kali pertama selepas setahun
Beliau yang juga bekas pengerusi Alibaba Group Holding itu kini berada di Sepanyol untuk sesi study tour berkaitan bidang pertanian dan teknologi.
![Selepas berbulan menghilangkan diri, Jack Ma dilapor 'muncul semula' di Hong Kong Selepas berbulan menghilangkan diri, Jack Ma dilapor 'muncul semula' di Hong Kong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611117414_JackMa.jpg)
Selepas berbulan menghilangkan diri, Jack Ma dilapor 'muncul semula' di Hong Kong
Hartawan itu menghilangkan diri selepas mengkritik pengawalseliaan kewangan China yang didakwanya keterlaluan pada Oktober tahun lalu.
![Jack Ma letak jawatan sebagai Presiden Hupan University Jack Ma letak jawatan sebagai Presiden Hupan University](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611117414_JackMa.jpg)
Jack Ma letak jawatan sebagai Presiden Hupan University
Tindakan terhadap jutawan itu menyusul operasi besar-besaran kerajaan China terhadap gergasi media sosial itu.
![Jack Ma akan letak jawatan presiden Universiti Hupan? Jack Ma akan letak jawatan presiden Universiti Hupan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621847032_TBJACKMA.jpg)
Jack Ma akan letak jawatan presiden Universiti Hupan?
Tindakan tersebut didakwa kerana Beijing berusaha untuk menghadkan pengaruh Jack Ma.
![Jack Ma muncul setelah 'hilang' dari pandangan umum Jack Ma muncul setelah 'hilang' dari pandangan umum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-01/61516875584_JackMa.jpg)
Jack Ma muncul setelah 'hilang' dari pandangan umum
Ma sebelum ini dikatakan menghilang setelah mengkritik sistem kewangan China secara terbuka menerusi sebuah forum.