KUALA LUMPUR: Jumlah stok minyak sawit Malaysia turun sebanyak 6.56 peratus kepada 2.11 juta tan metrik pada Februari 2023 daripada 2.26 juta tan metrik yang direkodkan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
MPOB dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata stok minyak sawit mentah (MSM) berkurangan sebanyak 7.69 peratus kepada 1.16 juta tan metrik pada Februari daripada 1.25 juta tan metrik pada Januari manakala stok minyak sawit diproses susut 5.15 peratus kepada 959,451 tan metrik daripada 1.01 juta tan metrik sebelumnya.
Pengeluaran MSM merosot 9.35 peratus kepada 1.25 juta tan metrik pada Februari daripada 1.38 juta tan metrik pada Januari, manakala pengeluaran isirong sawit turun 7.10 peratus kepada 316,196 tan metrik daripada 340,369 tan metrik.
"Eksport minyak sawit juga susut 1.99 peratus pada Februari kepada 1.11 juta tan metrik daripada 1.13 juta tan metrik pada Januari manakala eksport oleokimia meningkat 8.13 peratus kepada 228,088 tan metrik berbanding 210,936 tan metrik," katanya.
MPOB berkata eksport biodiesel pada bulan tersebut meningkat 3.23 peratus kepada 14,699 tan metrik daripada 14,239 tan metrik pada bulan sebelumnya, manakala eksport dedak isirong sawit naik 4.04 peratus kepada 210,612 tan metrik daripada 202,431 tan metrik.
Manakala, eksport minyak isirong sawit jatuh 3.57 peratus pada Februari kepada 59,888 tan metrik daripada 62,102 tan metrik pada Januari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2023

Pengeluaran MSM merosot 9.35 peratus kepada 1.25 juta tan metrik pada Februari daripada 1.38 juta tan metrik pada Januari. - Foto fail/BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.

Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.

Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB
Malaysia perlu menggunakan FTA yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk RCEP untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global.

Minyak sawit Malaysia pertingkat industri minyak makan Pakistan - Johari
Johari berkata Pakistan menggunakan lebih lima juta tan minyak dan lemak setiap tahun.

Eksport minyak sawit Malaysia susut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan pada Disember - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.

Pekebun kecil disaran tingkat hasil sawit hingga 10 tan setahun untuk perkukuh industri - Johari
Golongan pekebun kecil kelapa sawit disaran untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil antara lima hingga 10 tan metrik setahun.

Tiga kenderaan termasuk lori tangki muatan minyak sawit terbakar dalam kemalangan
Sebuah lori tangki membawa minyak sawit dan dua kenderaan lain terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Pasir Penambang, Kuala Selangor hari ini.

Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.