IPOH: Rakyat berharap agar Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang bakal dibentang hujung bulan ini dapat menambah baik dan memulihkan kembali beberapa sektor yang terkesan akibat COVID-19.
Mereka yang ditemui di sini, menzahirkan harapan agar sektor seperti komunikasi, pelancongan, kesihatan dan pendidikan dapat diberikan keutamaan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Selain itu mereka juga meminta supaya kerajaan dapat menambah baik pelbagai infrastruktur khususnya di kawasan luar bandar.
Ahli perniagaan, Nizam Baharudin, berkata: "Pada masa ini kita boleh menilai sendiri penggunaan jalur lebar itu amat mustahak, bukan hanya golongan dewasa tetapi juga kanak-kanak yang perlu belajar dari rumah disebabkan COVID-19.
BACA SEMUA BERHUBUNG RMK-12 DI SINI
"Sebagai rakyat Malaysia, saya ingin melihat dalam jangka masa lima tahun ini Malaysia telah meningkat dalam aspek jalur lebar di mana di setiap pelusuk negara termasuk kampung mempunyai liputan Internet yang baik.
"Tiada lagi masalah ataupun rungutan di mana kawasan-kawasan pedalaman mengenai penduduk kampung masih ketinggalan dalam dunia digital," katanya.
Pekerja swasta, Nur Fazreen Mohd Saifuddin Zuhri, berkata: "Saya berharap kerajaan boleh mendapatkan peralatan-peralatan perubatan baharu menggunakan teknologi lebih canggih untuk merawat pesakit-pesakit pada masa akan datang.
"Sekarang ini, pada waktu pandemik ini, kita mempunyai masalah kekurangan katil untuk pesakit, masalah kekurangan mesin... jadi saya berharap dalam tempoh lima tahun akan datang ini, kerajaan fokus kepada kapasiti sistem kesihatan sebagai persediaan menghadapi apa juga keadaan," katanya.
Pegawai pemasaran, Nabilah Ismail, berkata: "Sektor pelancongan dalam negara perlu diberi perhatian. Kita ada banyak tempat-tempat yang menarik terutama di Perak ini sendiri, banyak tempat yang boleh diteroka.
"Saya berharap dalam tempoh lima tahun ini, sektor pelancongan kembali pulih dan lebih banyak destinasi dalam negara menjadi popular dan berkembang," katanya.
Pensyarah, Dr S. Shanmuga Velu, berkata: "Saya berharap pendidikan di Malaysia menuju ke taraf dunia dengan pembekalan infrastruktur yang lebih baik dari segi pusat-pusat pembelajaran yang lebih kondusif.
"Kita tidak boleh membiarkan pelajar-pelajar khususnya di kawasan luar bandar tertinggal dan terasing dari arus pembangunan khususnya dalam bidang pendidikan ini," katanya.
Amirrul Rabbani
Mon Sep 20 2021

Rakyat berharap supaya kerajaan dapat menambah baik pelbagai infrastruktur khususnya di kawasan luar bandar. - Gambar hiasan
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Dasar, inisiatif bakal diumum dalam KSP RMKe-12 berpandukan keperluan, keutamaan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata dasar dan inisiatif berkenaan juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.

Kajian separuh penggal RMKe-12 "unik", perlu dinilai seratus peratus - Rafizi
Kajian separuh penggal bagi rancangan lima tahun Malaysia kali ini perlu dinilai seratus peratus kerana tanggapan ataupun perancangan yang dibuat sebelum COVID-19 sudah tidak boleh lagi dipakai.

Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.

KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Fasa pertama program pembasmian kemiskinan RMK12 bermula hujung Disember - Tok Pa
Kerajaan komited mahu hapuskan golongan miskin tegar, iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 dengan empat ahli keluarga, menjelang 2025.

Indikator peraturan perniagaan merosot, seruan kuat pembaharuan kawal selia - PM
Kemerosotan itu dari kedudukan ke-19 pada tahun 2010 kepada kedudukan ke-47 pada tahun 2021.

PRN Sarawak: Sudah ada perancangan wujudkan terminal bas di Kapit
Keputusan sama ada diluluskan atau sebaliknya masih belum diketahui.

Dewan Negara lulus usul RMK12
Dewan Negara hari ini meluluskan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), rancangan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025.

Bajet 2022: REDHA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion
Senada dengan REHDA, CGS-CIMB berkata prospek penambahan semula sektor pekerjaan dijangka semakin baik secara beransur-ansur pada suku keempat 2021 dan separuh pertama tahun depan.

RMK12: Projek berimpak tinggi bakal dilaksana di Terengganu
Ia bagi meningkatkan kesinambungan dan akses yang lebih baik kepada infrastruktur asas, ameniti dan perkhidmatan.