KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu merangka pendekatan khusus bagi menangani saiz subsidi pukal negara dan melaksanakan rasionalisasi subsidi yang lebih berkesan dan bersasar bagi mengurangkan tekanan ke atas belanjawan tahunan negara.
Kementerian Kewangan dalam Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan hari ini berkata, dari segi kemampuan kewangan kerajaan, subsidi secara pukal dan tidak bersasar memberikan kesan buruk kepada kedudukan fiskal dan menjadikan belanjawan tidak mampan.
Ia menegaskan peralihan secara berperingkat daripada program subsidi pukal kepadayang lebih bersasar adalah penting dan langkah peralihan boleh dilaksanakan secara berkesan dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti tahap pendapatan, kedudukan geografi, demografidan status pekerjaan.
"Mekanisme bersasar boleh dilaksanakan dengan menambah baik program bantuan tunai sedia ada melalui konsolidasi program yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi," katanya lagi.
Mekanisme itu juga hendaklah memanfaatkan perkembangan teknologi terkini dan menerima pakai digitalisasi untuk meminimumkan kos operasi diikuti dengan pemantauan dan penilaian rapi bagi memastikan pencapaian hasil yang diharapkan.
Pada 2022, jumlah subsidi negara mencatatkan paras tertinggi iaitu RM70.3 billion (kos operasi:RM58 bilion; Kumpulan Wang COVID-19: RM12.3 bilion), berbanding purata tahunan RM15.2 bilionbagi tempoh 10 tahun.
MoF menjelaskan dengan lanjut bahawa rasionalisasi subsidi boleh memperluas ruang fiskal untuk perbelanjaan bagi program dan projek dengan kesan pengganda yang tinggi, justeru, intervensi dasar yang disokong oleh libat urus yang erat diperlukan untuk melancarkan peralihan ke arah mekanisme subsidi bersasar secara berperingkat.
Kementerian itu berkata usaha membina semula dan meningkatkan ruang fiskal perlu dipacu oleh kutipan hasil yang lebih tinggi dan penggunaan sumber yang cekap.
"Saiz subsidi pukal yang besar terutamanya bahan api menimbulkan risiko yang signifikan kepadakemampanan fiskal untuk jangka masa panjang.
"Walaupun pada masa yang sama, subsidi boleh digunakan secara strategik untuk mencapai pelbagai matlamat ekonomi, sosial dan alam sekitar. Kerajaan perlu mengimbangi antara pengagihan sumber dengan memaksimumkan manfaat ekonomi," kata MoF lagi.
Memetik Bank Dunia, MoF berkata badan dunia itu menyatakan Malaysia perlu memansuhkan subsidi pukal secar berperingkat dan beralih ke arah subsidi bersasar melalui mekanisme pindahan tunai untuk menyokong golongan mudah terjejas dengan lebih baik.
Bank Dunia turut menyarankan bahawa mekanisme ini dilaksanakan dengan beransur-ansur dan disemak semula secara berkala bagi mengelakkan pemansuhan subsidi yang mendadak seterusnya menyebabkan inflasi meningkat dengan ketara.
"Rasionalisasi subsidi bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam ekonomi dan membina semula ruang fiskal di samping meminimumkan risiko kejutan ekonomi," katanya lagi.
- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023
MOF berkata, dari segi kemampuan kewangan kerajaan, subsidi secara pukal dan tidak bersasar memberikan kesan buruk kepada kedudukan fiskal dan menjadikan belanjawan tidak mampan. - Gambar fail/Wikipedia - Putrajaya
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
AWAN Ringkas 31 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 31 Januari 2025
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.
‘Segalanya mungkin’ - kata Amorim mengenai nasib Manchester United
Walaupun permulaan sukar sebagai pengurus Manchester United, pasukannya perlu mensasarkan kemenangan dalam Liga Eropah.
Mark Zuckerberg ingin bawa perubahan kepada Facebook dengan penawaran seperti versi asal
Mark Zuckerberg mengatakan ingin mengutamakan pada tahun ini untuk mengembalikan pengalaman "OG Facebook".
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [31 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
- Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
- Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
Subsidi bersasar kurangkan tekanan ke atas belanjawan tahunan negara
MOF berkata usaha membina semula dan meningkatkan ruang fiskal perlu dipacu oleh kutipan hasil yang lebih tinggi dan penggunaan sumber yang cekap.
'Idea BR1M bukan dari saya tetapi dari Bank Negara' - PM Najib
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan cetusan idea Bank Negara Malaysia (BNM) yang mahu bantuan disalurkan kepada rakyat secara lebih berkesan.