KUCHING: Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Sulong Matjeraie telah dilantik sebagai pengerusi Lembaga Penjaga Urus Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengumumkan pelantikan itu semasa sidang media di sini hari ini turut menamakan lapan individu sebagai ahli lembaga itu.
Ahlinya terdiri daripada Pengerusi Yayasan Tun Jugah (Tun Jugah Foundation), Tan Sri Leonard Linggi Jugah; bekas Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain John Lo; bekas Pengerusi Petronas, Tan Sri Ahmad Nizam Salleh dan Pakar Pelaburan Global, Grainne Dooley.
Selain itu, ahli-ahli lain adalah Pakar Pelaburan Strategi Pacific Investment Management Company, Mohsen Fahmi; Pengarah Permodalan Nasional Bhd, Datuk Soedirman Aini, Peguam Besar Negeri Sarawak, Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid; dan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar.
Abang Johari berkata pelantikan itu telah diluluskan oleh Kabinet Sarawak pada 27 Julai dan tempoh perkhidmatan mereka adalah untuk tempoh tiga tahun, dana itu akan beroperasi berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
"Saya percaya pengalaman yang pelbagai dan luas serta kelayakan kukuh daripada golongan profesional terbilang ini sangat bernilai tinggi dan memberi kelebihan besar kepada Lembaga Penjaga Urus Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak dalam mencapai objektifnya," katanya.
Pada 22 November tahun lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Lembaga Penjaga Urus Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak 2022 dengan peruntukan awal sebanyak RM8 bilion.
Abang Johari berkata kerajaan negeri perlu membuat peruntukan awal dan tahunan dana yang bergantung kepada kedudukan kewangan negeri.
"Dana itu dijangka berkembang secara mampan tanpa pengeluaran kecuali untuk peristiwa kritikal atau apabila dana berprestasi lebih baik daripada jangkaan," katanya.
Beliau berkata dana itu akan diuruskan dengan teliti mengikut dasar pelaburan dan mandatnya untuk menghasilkan pertumbuhan sebenar jangka panjang seimbang risiko dalam aset yang dilaburkannya.
"Akaun dana dan laporan tahunan aktiviti akan dibentangkan di hadapan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan belanjawan tahunannya akan diluluskan oleh Kabinet Negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Sulong Matjeraie telah dilantik sebagai pengerusi Lembaga Penjaga Urus Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak. - Gambar/www.riec.unimas.my
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ekonomi Sarawak akan bertambah mantap, hasil dari Dana Kekayaan Berdaulat
Ekonomi negeri Sarawak dijangka bertambah mantap dengan pendapatan lebihan yang lebih besar hasil pelaburan dalam Dana Kekayaan Berdaulat.

Sulong Matjeraie dilantik Pengerusi Lembaga Penjaga Urus Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Sulong Matjeraie telah dilantik sebagai pengerusi Lembaga Penjaga Urus Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak.

PRN Sarawak: Dana Kekayaan Berdaulat demi generasi masa depan - Abang Jo
Cadangan penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat oleh kerajaan negeri bertujuan menjamin kedudukan kewangan yang baik untuk Sarawak sekiranya sumber petroleum habis pada masa akan datang.

Kewangan Sarawak mampu bertahan dengan adanya Dana Kekayaan Berdaulat - Abang Jo
Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak akan terus mampu bertahan dengan dananya tersendiri apabila wujudnya Dana Kekayaan Berdaulat kelak.

Kerajaan Sarawak rancang perkenal Dana Kekayaan Berdaulat
Sarawak rancang perkenalkan Dana Kekayaan Berdaulat sebagai sebahagian daripada komponen sistem kewangan alternatifnya.