KUALA LUMPUR: Pemaju Sunway City Ipoh (SCI), Sunway City (Ipoh) Sdn Bhd telah melancarkan pelan pengembangan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM4 bilion untuk menyokong pertumbuhan sosio-ekonomi Ipoh yang mampan.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Pengarah Eksekutif Wong Wan Wooi berkata SCI kini bernilai RM2 bilion dalam GDV, dengan RM4 bilion lagi GDV sedang disediakan bagi 10 hingga 15 tahun akan datang.
Beberapa kemudahan sedang dibina di kawasan itu, seperti Sunway Medical Centre Ipoh lapan tingkat di atas tanah seluas 1.36 hektar, yang dilengkapi 260 katil dan lapan dewan bedah, yang akan siap dan beroperasi menjelang suku pertama 2024.
Beliau berkata projek akan datang di Ipoh termasuk pembangunan pusat beli-belah terbesar di bandar ini dengan keluasan lantai kasar lebih satu juta kaki persegi, dilengkapi dengan lebih daripada 2,000 tempat letak kereta serta kampus pendidikan seluas 1.62 hektar.
Sunway Integrated Properties Sdn Bhd (Sunway Property) juga akan melancarkan pembangunan teres fleksiyang terletak 300 meter dari pusat perubatan itu, ianya merangkumi 168 unit kediaman.
Sementara itu, beliau berkata Sunway Property sedang bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Ipoh untuk menaik taraf Jalan Tambun dari susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan sehingga persimpangan Taman Perpaduan dan menyumbang RM8 juta ke arah projek itu yang dijangka siap pada pertengahan 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022

SCI kini bernilai RM2 bilion dalam GDV, dengan RM4 bilion lagi GDV sedang disediakan bagi 10 hingga 15 tahun akan datang. -Sunway City Ipoh

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Sunway City Ipoh dedah pelan pembangunan GDV RM4 bilion
Wong Wan Wooi berkata SCI kini bernilai RM2 bilion dalam GDV, dengan RM4 bilion lagi GDV sedang disediakan bagi 10 hingga 15 tahun akan datang.