KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata saluran bagi tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal sihat dan menyasarkan sebanyak 35-40 IPO baharu bagi tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata SC juga sedang berusaha untuk mempercepatkan proses IPO terbabit dan mengurangkan tempoh ke pasaran bagi memastikan kelangsungan daya saing dan tarikan negara ini.
"Malaysia akan memudahkan lagi (usaha) syarikat-syarikat untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dan menarik lebih banyak pelabur," katanya pada sesi panel bertajuk 'Ketahanan Makro dan Pandangan Pasaran' di acara Invest Malaysia New York di bandar raya Amerika Syarikat itu pada 21 Sept, 2023.
Ketika berkongsi mesej jelas kepada hadirin yang juga pengurus dana asing, Awang Adek menegaskan bahawa pasaran modal Malaysia kekal teguh dengan jumlah dana dikumpulkan mencapai paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun iaitu RM179.4 bilion (AS$40.8 bilion) pada 2022 walaupun menghadapi cabaran global.
Malah, katanya, jumlah dana dikumpulkan dalam pasaran ekuiti dan bon korporat mencapai RM58.9 bilion (AS$13.1 bilion) untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.
"Ini menunjukkan bahawa pasaran ekuiti dan bon tetap menjadi sumber pembiayaan yang penting untuk sektor swasta," katanya.
Pada masa sama, Awang Adek berkata Malaysia juga sedang mengambil langkah-langkah untuk memacu kerancakan pasaran serta akses pelabur kepada pasaran modal negara, termasuk pemindahan automatik syarikat senaraian awam (PLC) yang layak daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Langkah lain termasuk pengurangan duti setem, membolehkan perdagangan bahagian saham oleh pelabur melalui broker saham dan memperkenalkan rangka kerja Skim Pengecualian Asing, kata beliau.
"Pelbagai perancangan juga sedang dijalankan untuk memudahkan dan menarik penubuhan pejabat keluarga di Malaysia, memperluaskan definisi pelabur berpengetahuan luas untuk merangkumi pelabur mangkin dan mengurangkan saiz lot niaga bagi perdagangan saham di Bursa Malaysia," katanya.
Sambil menekankan bahawa asas-asas pasaran masih kukuh, Awang Adek berkata Malaysia mempunyai tawaran nilai yang kuat bagi syarikat asing dengan infrastruktur kukuh serta bakat tempatan yang berkualiti.
"Kecairan dalam negara kekal kukuh dengan penyertaan runcit tempatan dan asing yang sihat sepanjang pandemik COVID-19," katanya.
Selain itu, pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih pada 2022 yang juga kali pertama sejak 2017 dan menjadi pembeli bersih di pasaran bon pada sehingga kini dengan mencatatkan aliran masuk sebanyak RM27.4 bilion (AS$6.1 bilion) pada Ogos 2023.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucap tama pada forum Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia.
Forum itu dihadiri oleh 200 wakil komuniti kewangan dan pelaburan termasuk pelabur pendapatan asing tetap, ekuiti dan ekuiti swasta dengan Aset di Bawah Pengurusan (AUM) berjumlah lebih AS$40 trilion (RM188 trilion).
Hadir sama adalah Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Awang Adek berkata SC sedang berusaha untuk mempercepatkan proses IPO terbabit dan mengurangkan tempoh ke pasaran bagi memastikan kelangsungan daya saing dan tarikan negara ini. - Gambar fail/Bernama
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Gagal hadir siasatan SC: Mahkamah kembalikan hukuman penjara, denda RM2.25 juta terhadap bekas pengarah
Mahkamah Rayuan mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2.25 juta terhadap bekas pengarah CTB Solutions kerana gagal menghadiri siasatan oleh SC.

GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.

SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).

Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff dilantik ahli Lembaga Pengarah SC
Bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.

SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.

UOB Kay Hian perkenal 16 derivatif patuh syariah global
UOB Kay Hian secara rasmi melancarkan 16 kontrak niaga hadapan komoditi global patuh syariah pada Khamis.

SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.

BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.

SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.