ALOR SETAR: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yakin sasaran 37.50 peratus Kadar Kitar Semula Kebangsaan pada tahun ini mampu dicapai berikutan pelbagai program kesedaran awam yang dilaksanakan.
Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman berkata, keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
"SWCorp mengadakan pelbagai program kesedaran awam bagi meningkatkan kadar kitar semula dan ia selaras dengan Dasar Kebersihan Negara (DKN) yang menekankan tiga kluster iaitu kesedaran terhadap kebersihan, kelestarian alam sekitar dan ekonomi kitaran.
"Pada 2021 sasaran kadar kitar semula adalah 31.50 peratus, 2022 (32.50 peratus), 2023 (35 peratus), 2024 (37.50 peratus) dan 40 peratus pada 2025...kebiasaannya sasaran berjaya dicapai dan ada yang melebihi jumlah disasarkan," katanya kepada pemberita, di sini, pada Jumaat.
Terdahulu beliau melancarkan pogram 'Drive Thru' Fabrik Terpakai Secara Percuma, 'Drive Thru Trash to Cash' dan Jom Jual Minyak Masak Terpakai sempena Fiesta 3R Kedah yang berlangsung tiga hari hingga hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Husaini berkata, program pengumpulan fabrik yang dilaksanakan sejak 2016, bertujuan membolehkan orang ramai menghantar pakaian yang masih elok untuk diserahkan kepada pihak yang memerlukan seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Mengikut data yang direkodkan hingga Februari lepas, jumlah fabrik yang terkumpul hampir 27 tan...program hari ini kita sasarkan sebanyak 28 tan fabrik terpakai dikumpul bagi mengurangkan janaan sisa ke tapak pelupusan sekali gus membudayakan amalan kitar semula dan guna semula.
"Jadi, kita berharap lebih ramai NGO dan swasta tampil dan membantu kerajaan dalam menjayakan program kesedaran terutamanya 3R (Reduce-Kurangkan, Reuse-Guna Semula, Recycle-Kitar Semula) serta mengurangkan janaan plastik demi kelangsungan generasi masa hadapan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn Bhd (EISB), Zaki Abdul Aziz Daud berkata, bagi memudahkan dan menggalakkan orang ramai terlibat dengan kitar semula, pihaknya telah membangunkan aplikasi idamanXchange pada 2022.
"Aplikasi ini memberi ganjaran tunai selain mata yang dikumpul untuk aktiviti kitar semula boleh ditebus di aplikasi Boost dan Touch n Go. IdamanXchange ini tidak terhad kepada rakyat Kedah sahaja, malah hingga kini lebih 20,000 orang telah menggunakan aplikasi itu termasuk dari Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Ahmad Husaini yakin sasaran 37.50 peratus Kadar Kitar Semula Kebangsaan pada tahun ini mampu dicapai berikutan pelbagai program kesedaran awam yang dilaksanakan. - Foto BERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

2,634 tapak pelupusan sampah haram ditutup tahun ini
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata anggaran sisa dibersihkan 1,500 tan dengan melibatkan kos berjumlah RM412,000.

SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.

Sisa pepejal di Pahang dijangka meningkat menjelang Aidilfitri
Jangkaan tersebut adalah berdasarkan analisis data tahun sebelumnya.

Pemuda GEMA Johor sasar selamatkan 1 tan metrik makanan di bazar Ramadan
Bagi mencapai hasrat itu, pihaknya akan bekerjasama dengan MARDI dan SWCorp Johor.

Sisa makanan bazar Ramadan di N Sembilan dijangka meningkat 15 peratus
Peningkatan dijangka berlaku kerana penambahan lokasi dan peniaga di Bazar Ramadan di Negeri Sembilan berbanding tahun sebelum ini.

KPKT sasar 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyasarkan untuk mewujudkan 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) di selu

Individu tular buang sampah tepi jalan sudah dipanggil - SWCorp
Video berdurasi 17 saat itu turut dikongsi di beberapa portal dan menarik perhatian ramai termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kadar kitar semula Malaysia meningkat kepada 33.17 peratus pada 2022
Kadar kitar semula kebangsaan pada tahun 2022 meningkat sebanyak 33.17 peratus dengan jumlah barangan kitar semula mencecah 4.626 juta tan.

Tahap kesedaran terhadap pengurusan sisa pepejal masih rendah - SWCorp
38,000 tan sisa domestik dan 17,000 tan sisa makanan dihasilkan rakyat Malaysia setiap hari ketika ini.

Aidilfitri: SWCorp N. Sembilan lupus lebih 6,000 tan sisa pepejal
Jumlah itu mengalami penurunan berbanding ketika perayaan Aidilfitri dalam tempoh sama tahun lepas.