Syarikat-syarikat China melabur dalam 422 projek dalam sektor pengilangan di Malaysia sehingga akhir 2018 dan mewujudkan kira-kira 73,000 pekerjaan sejak Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) diperkenal.
Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berkata pelaburan langsung asing China dalam sektor perkilangan di Malaysia telah meningkat lebih empat kali ganda dalam tempoh lima tahun lepas, dan menjadi sumber pelaburan asing terbesar dalam sektor itu untuk tepoh tiga tahun berturut-turut.
"Kami percaya menerusi sinergi antara semua pihak, kerjasama BRI pasti akan menjadi lebih mendalam, stabil dan luas.
"Jalur dan Jalan akan menjadi jalan perdamaian dan kemakmuran, dan pada masa yang sama membuka pembangunan hijau, inovasi, menghubungkan tamadun dan kerajaan yang bersih," katanya pada Forum Tinjauan Malaysia-China 2019 di sini hari ini.
Memetik beberapa contoh, Bai Tian berkata Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia dan Taman Industri Kuantan Malaysia-China, dirujuk sebagai 'Taman Berkembar Dua Negara', dan projek lain seperti Keretapi Gemas-Johor Bahru yang berjalan lancar.
Selepas rundingan mesra, Laluan Rel Pantai Timur juga akan diteruskan.
China Railway Rolling Stock Corp telah menubuhkan kilang gerabak di Perak, yang dilengkapi teknologi canggih serta kapasiti pengeluaran terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Proton juga kini semakin hampiri untuk membuat keuntungan, hanya selepas setahun berkerjasama dengan Geely China.
Acara bertema 'Apa Seterusnya selepas Forum BRI Beijing', dianjurkan oleh The Star Media Group.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2019

Bai Tian berkata pelaburan langsung asing China dalam sektor perkilangan di Malaysia telah meningkat lebih empat kali ganda dalam tempoh lima tahun lepas. - Bernama

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pulang semula ke China, Bai Tian harap persahabatan China-Malaysia kekal terjalin
Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Bai Tian pulang semula ke China selepas tamat tempoh perkhidmatan pada Jumaat.

COVID-19 telah kukuhkan hubungan Malaysia-China
Ketika kes COVID-19 memuncak di Malaysia dan China 10 bulan yang lalu, kedua-dua buah negara telah berkongsi pahit getir menempuh pandemik itu bersama-sama.

Bandar Malaysia akan tingkatkan keyakinan perniagaan - Tengku Zafrul
Pelaburan itu juga merupakan bukti keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia dan akan memberi kesan berganda kepada ekonomi Malaysia.

China komited bantu Malaysia perangi COVID-19 - Bai Tian
Ia membuktikan jalinan persaudaraan yang kukuh antara dua negara di mana China membalas jasa baik Malaysia yang membantu republik tersebut dalam berdepan detik gelap pada sebulan yang lalu.

Kumpulan pertama mahasiswa Universiti Xiamen Malaysia tamat pengajian
Graduan mempunyai banyak ruang untuk berjaya kerana universiti tersebut merupakan projek di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative) antara Malaysia dan China.

Akta Majlis Halal Negara akan diwujudkan 2019
Ketika ini terdapat 342 agensi yang berkaitan aspek halal di bawah jabatan itu, termasuk bahagian kajian, pemasaran serta teknologi dan semuanya perlu diselaraskan di bawah satu bumbung.

Pembatalan projek HSR ambil kira semua aspek - TPM
Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai alasan untuk membuat keputusan sedemikian.

Duta China temui Robert Kuok berhubung kerjasama China-Malaysia
Pada pertemuan selama satu setengah jam itu, Bai Tian bercakap mengenai sumbangan Kuok kepada pembangunan Malaysia dan perkembangan hubungan China-Malaysia.