KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Misi perdagangan itu, yang melibatkan 500 mesyuarat perniagaan dari 29 Okt hingga 3 Nov 2023 telah diterajui oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
"EAM menampilkan penyertaan 19 syarikat Malaysia yang merentasi pelbagai sektor merangkumi barangan pengguna bergerak pantas (FMCG), bahan binaan, jentera, teknologi maklumat dan komunikasi, minyak dan gas, peranti perubatan serta perkhidmatan.
"Sektor yang menjana jualan paling banyak adalah minyak dan gas serta FMCG," kata Matrade dalam satu kenyataan.
EAM bertujuan menyokong usaha pengeksport Malaysia dalam mengembangkan eksport mereka di Asia Selatan. Pada masa ini, India dan Bangladesh adalah dua rakan dagang terbesar Malaysia di rantau ini.
Pada 2022, jumlah perdagangan Malaysia dengan India dan Bangladesh masing-masing mencecah RM86.22 bilion serta RM19.69 bilion.
Menurut Matrade, jumlah perdagangan antara Malaysia serta India bagi Januari-September 2023 telah mencecah RM56.51 bilion. Dalam tempoh itu, Malaysia mengeksport RM34.18 bilion ke India manakala import berjumlah RM22.33 bilion.
"Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Bangladesh untuk tempoh yang sama telah mencapai paras RM9.81 bilion, manakala eksport dan import, masing-masing mencecah RM8.67 bilion serta RM1.14 bilion," tambahnya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023

Misi perdagangan itu, yang melibatkan 500 mesyuarat perniagaan dari 29 Okt hingga 3 Nov 2023 telah diterajui oleh Matrade. - Gambar fail/Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

20 syarikat pembeli premium global sedia pasarkan produk halal melalui MIHAS@Dubai
Sebanyak 20 syarikat pembeli premium telah mengesahkan penyertaan mereka di MIHAS@Dubai bagi membolehkan syarikat dari Malaysia meneroka pasaran baharu yang bukan tradisional di peringkat global.

Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.

MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion
MIHAS@Dubai akan menjadi acara antarabangsa pertama di luar negara dengan penyertaan terbesar oleh syarikat Malaysia diterajui oleh MATRADE.

Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan
Sebanyak 78.4 peratus daripada responden Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu serangan siber pada tahun lepas dengan lebih 55 peratus menghadapi serangan setiap bulan atau mingguan.

Maybank teraju syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500 Asia Tenggara
Malayan Banking Bhd menduduki tempat ke-17 dengan pendapatan sebanyak US$14.15 bilion sekali gus menerajui syarikat-syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500 Asia Tenggara untuk 2024.

Potensi eksport RM2.4 bilion dari Kazakhstan, Uzbekistan, peluang besar untuk syarikat Malaysia - Tengku Zafrul
Potensi eksport RM2.4 bilion daripada Kazakhstan dan Uzbekistan menandakan peluang besar yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia.

Kerajaan mahu syarikat Malaysia manfaatkan FTA, teroka pasaran baharu
Katanya, Matrade telah diberikan tanggungjawab untuk menumpukan usaha memperoleh pasaran baharu untuk diterokai syarikat Malaysia.

Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco
Kos yang terpaksa ditanggung akibat kegagalan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan anggaran sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).

Duta besar galak syarikat Malaysia melabur di Kalimantan Timur
Beliau berhasrat meneroka peluang mengukuhkan kerjasama ekonomi dan hubungan persahabatan Malaysia-Indonesia dalam rangka kerja ASEAN.

Jawatankuasa teknikal ditubuh lindungi syarikat Malaysia dalam sektor komoditi - Johari
Jawatankuasa teknikal akan memastikan syarikat-syarikat Malaysia dalam sektor tersebut dapat jalankan perniagaan tanpa sebarang halangan.