Duta Besar Senegal ke Malaysia, Dr Adrienne Diop, mempelawa syarikat Malaysia untuk meneroka serta merebut peluang dalam industri minyak dan gas (O&G).
Katanya, kerajaannya baru-baru ini menemui sebuah rizab minyak luar pesisir yang besar di luar pantai Atlantik, Afrika Barat.
Jadi, ia bukan sahaja merupakan sektor baharu untuk Senegal tetapi juga peluang bagi para pelabur untuk mendapatkan kelebihan dari industri itu.
"O&G adalah industri baharu kepada Senegal jadi kita perlu mempelajari teknologi dan teknikal berkaitan. Malaysia telah berjaya dalam industri itu dan mempunyai pusat latihan yang baik.
"Jadi, diharapkan kami dapat menghantar pelajar untuk belajar dari Malaysia," katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.
Bagi membekalkan lebih ramai rakyatnya menjalankan kerja-kerja dalam industri O&G, Diop berkata kerajaannya sedang merancang untuk menghantar pelajar Senegal ke Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) di Terengganu menjelang akhir tahun.
INSTEP, institut latihan teknikal canggih dimiliki Petronas Technical Training Sdn Bhd (PTTSB), ditubuhkan pada 1981.
Ia bertujuan mempercepatkan pembangunan modal insan bagi menyokong pertumbuhan Petronas serta industri O&G Malaysia.
Pada masa ini, institut latihan itu juga menerima pelanggan antarabangsa dari lebih 15 buah negara, sebagai sebahagian aspirasinya untuk menjadi "Rakan Utama Pilihan Pembelajaran Teknikal dan Pensijilan O&G".
Diop berkata promosi pendidikan, pelancongan dan rangkaian perniagaan penting bagi mengukuhkan serta memperluas hubungan rakyat dengan rakyat.
Katanya, berikutan pelbagai perkongsian yang dijalinkan antara kedua-dua negara, menyaksikan peningkatan jumlah pelajar Senegal di Malaysia dari 70 hingga 80 orang berbanding hanya 10 hingga 15 orang sebelum ini.
Antara kerjasama itu ialah pertukaran guru dan biasiswa yang diberikan kepada pelajar Senegal.
Usaha-usaha tersebut selari dengan penekanan kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara sebagai pusat pendidikan di rantau Asia Tenggara.
Pada Mac tahun lepas, Malaysia menawarkan 10 biasiswa kepada pelajar Senegal dalam usaha merapatkan jurang pendidikan tinggi antara kedua-dua negara.
Kedua-dua pihak turut sepakat bekerjasama, menyokong pendidikan tinggi dan hubungan saintifik antara institusi, selain menggalakkan lagi program pertukaran kakitangan akademik dan penyelidik.
Menurut duta itu lagi selain kualiti dan keamanan, ramai penduduk Senegal gemar belajar di Malaysia, kerana harga yang berpatutan berbanding United Kingdom, Amerika Syarikat atau Kanada.
Diop berkata Senegal mencontohi beberapa model kejayaan Malaysia, terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pentadbiran, sistem waqaf selain sistem insentif yang menyokong perusahaan kecil dan sederhana.
"Kami meniru beberapa perkara yang baik (di Malaysia) dan sedang ke arah itu. Rakyat Malaysia pemurah dengan ilmu," tambahnya.
Beliau menjelaskan, dengan lebih 90 peratus penduduknya terdiri orang Islam, Senegal sedang menubuhkan sistem waqafnya sendiri.
Di samping itu juga, sebuah bandar baharu berhampiran Diamniadio, yang diilhamkan daripada Putrajaya, kini sedang dibangunkan. Pembangunan itu bertujuan mengurangkan kesesakan di ibu negara Senegal, Dakar.
"Ia akan mencetuskan daya tarikan kepada ahli perniagaan kerana dilengkapi infrastruktur seperti sekolah, hospital, jalan raya dan perumahan yang mampu milik. Sekarang adalah peluang baik melabur di Senegal terutamanya dalam rumah mampu milik untuk penjawat awam.
"Kami mahu Malaysia mempamerkan kemahiran serta pengetahuan teknikalnya di Afrika, terutama di Senegal," katanya.
Pada masa ini, hanya terdapat beberapa syarikat Malaysia di Senegal, termasuk Iris Corp Bhd, sebuah syarikat teknologi terkemuka Malaysia yang kini membekal 10 juta kad biometrik untuk tempoh lima tahun.
Pada Mei 2016, syarikat itu menandatangani kontrak dengan Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Awam Senegal untuk menghasil serta membekal aplikasi pengenalan biometrik pelbagai guna yang baharu.
Mengenai sektor pertanian pula, Diop berkata Kementerian Pertanian Senegal berharap dapat memuktamadkan perbincangan mengenai akses pasaran untuk industri kacang tanah menjelang akhir tahun.
Menurutnya, kementerian itu sedang mengendalikan keperluan sijil kesihatan dan keselamatan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk membolehkan produknya terus dieksport ke Malaysia, sekali gus mengurangkan kos. Sebelum ini, Malaysia mengimport kacang tanah Senegal dari negara lain.
Senegal mempunyai anggaran penduduk seramai 16 juta serta bersempadan dengan Lautan Atlantik Utara, antara Guinea-Bissau dan Mauritania. Ekonominya didorong oleh perlombongan, pembinaan, pelancongan, perikanan dan pertanian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 25 2018

Diop berkata kerajaannya sedang merancang untuk menghantar pelajar Senegal ke Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) di Terengganu menjelang akhir tahun. - Gambar fail
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

Syarikat Malaysia dipelawa rebut peluang industri O&G di Senegal
Katanya, kerajaannya baru-baru ini menemui sebuah rizab minyak luar pesisir yang besar di luar pantai Atlantik, Afrika Barat.