Syarikat minyak dan gas dunia dijangka mencatatkan kerugian besar tahun ini susulan pandemik COVID-19 yang memberikan kesan kepada permintaan dan harga minyak dan gas global.
Ini terutama dengan sempadan di beberapa negara termasuk Malaysia yang masih belum dibuka, yang turut akibatkan permintaan menurun untuk bahan bakar penerbangan komersil.
Pada awal Jun, Fitch Ratings melaporkan pandemik COVID-19 dijangka mengakibatkan kejatuhan pendapatan syarikat pengeluar dan penerokaan minyak dan gas sebanyak AS$1.8 trilion tahun ini.
Menurut laporan tersebut, syarikat minyak dan gas adalah yang paling teruk terjejas dalam semua sektor yang ditinjau Fitch Ratings.
Ini mengekori unjuran yang dibuat oleh Rystad Energy pada April yang menjangka syarikat minyak dan gas global akan kehilangan pendapatan sebanyak AS$1 trilion tahun ini.
Antara syarikat yang melaporkan kejatuhan keuntungan termasuk syarikat gas asli Rusia dan yang terbesar dunia, Gazprom yang catat kejatuhan keuntungan sebanyak lebih 50 peratus kepada AS$2 bilion pada suku kedua akibat pandemik COVID-19.
Terdahulu, syarikat minyak dan gas terbesar dunia, Saudi Aramco melaporkan kejatuhan keuntungan sebanyak 73 peratus pada suku kedua susulan permintaan minyak dan gas yang menurun akibat COVID-19 kepada AS$6.57 bilion.
Dalam masa yang sama, Royal Dutch Shell melaporkan kerugian sebanyak AS$18.8 bilion pada suku kedua 2020, berbanding keuntungan AS$3 bilion pada tempoh sama tahun 2019.
Ini susulan susut nilai aset minyak dan gas Royal Dutch Shell akibat kejatuhan harga minyak global akibat COVID-19.
Pendapatan turut menurun 82 peratus kepada AS$638 juta pada suku kedua.
Dalam masa yang sama, syarikat minyak Perancis, Total turut mencatatkan kejatuhan kerugian sebanyak AS$8.37 bilion pada suku kedua berbanding keuntungan AS$2.76 bilion yang dicatatkan tahun lepas.
Ini susulan susut nilai asset nya sebanyak AS$8 bilion termasuk susut nilai di Kanada sebanyak AS$7 bilion.
Di Amerika, syarikat minyak dan gas ExxonMobil turut lapor kerugian AS$1.1 bilion pada suku kedua susulan bekalan yang berlebihan dan impak daripada COVID-19.
BP pada awal Ogos turut melaporkan kerugian AS$16.8 bilion pada suku kedua susulan susut nilai aset akibat jangkaan pendapatan yang menurun akibat harga minyak dan gas yang rendah.
Dan di Asia, syarikat minyak China, Sinopec, turut catat kerugian sebanyak AS$3.17 bilion pada separuh pertama tahun ini, dengan kebanyakannya dicatatkan pada suku pertama akibat kesan langkah yang diambil untuk kawal penularan COVID-19 kepada industri dan pengembaraan.
Di Indonesia, Pertamina turut melaporkan kerugian AS$767 juta pada separuh pertama tahun ini, akibat permintaan dan harga minyak global yang lemah.
Suku kedua menyaksikan harga minyak mentah Brent mencatatkan kejatuhan kepada AS$19.33 setong pada April dan kemudian, kini berada pada sekitar AS$45 setong.
Dalam laporan “The Road Back: Post-Lockdown Assumptions for Global Corporates” terbitan Fitch Ratings pada Jun 2020, ia menjangka kejatuhan pendapatan global minyak dan gas adalah 40 peratus daripada semua sektor yang ditinjau dan enam kali ganda lebih besar daripada sektor peruncitan.
Astro Awani
Mon Aug 31 2020

Syarikat minyak dan gas dunia dijangka mencatatkan kerugian besar tahun ini susulan pandemik COVID-19 yang memberikan kesan kepada permintaan dan harga minyak dan gas global. -Gambar fail
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran
Ketiga-tiga pembuat sarung tangan di bawah liputan mereka telah melaksanakan langkah rasionalisasi kapasiti seperti penutupan kilang dalam usaha untuk mengurangkan bekalan pasaran.

MPay kembali rugi pada Q2 bernilai RM1.9 juta
Ini terutamanya disebabkan oleh kos langsung dan pentadbiran serta perbelanjaan umum yang tinggi.

Syarikat minyak dan gas dunia dijangka kerugian besar tahun ini
Fitch Ratings melaporkan pandemik COVID-19 dijangka mengakibatkan kejatuhan pendapatan syarikat pengeluar dan penerokaan minyak dan gas sebanyak AS$1.8 trilion tahun ini.

AirAsia Group rugi RM967.15 juta pada suku pertama 2020
Pandemik COVID-19 telah menjejaskan prestasi kewangan AirAsia Group menyebabkan kumpulan syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM967.15 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac.