Syarikat minyak dan gas tempatan dijangka mampu menempuhi tempoh sukar ketika ini selepas industri itu berdepan dua cabaran berganda, iaitu lebihan bekalan pada bulan Mac dan penularan COVID-19.
Menurut Pengarah Bersekutu Maybank Investment Bank, Liaw Thong Jung, sejak Mac, syarikat minyak dan gas sudah mengambil langkah proaktif dengan memotong perbelanjaan modal (CAPEX) mereka.
“Sejak krisis lebihan bekalan pada bulan Mac, mereka (syarikat minyak tempatan) sudah mengambil langkah berhemah dan proaktif.
“Mereka menurunkan perbelanjaan modal dan mengurangkan tenaga kerja. Syarikat juga menstruktur semula kewangan mereka, sama ada dengan penstrukturan semula pembiayaan dan menambahbaik aliran tunai.
“Ada juga syarikat yang mengurangkan tenaga kerja, bagi menambahbaik aliran tunai mereka kerana dalam keadaan krisis, simpanan tunai amat penting berbanding pertumbuhan,” katanya dalam temubual bersama Astro AWANI.
Thong Jung juga berkata sejak krisis kejatuhan harga minyak mentah pada 2014, syarikat minyak dunia mula melakukan pelaran besar besaran melibatkan perbelanjaan mereka.
“Tindak balas dari industri adalah berubah mengikut keadaan. OPEC memutuskan satu pakej untuk memotong pengeluaran hampir 10 juta tong sehari bermula Mei.
“Tindakan itu membawa kestabilan ke dalam pasaran dan menyaksikan harga minyak meningkat dari AS$20 setong kepada paras AS$40 dolar setong.
“Kestabilan amat penting kerana ia membantu perancangan projek masa hadapan serta perbelanjaan modal syarikat minyak.
“Pemangkin utama yang diperlukan industri pada masa ini adalah mencari penawar COVID-19. Jika wujud vaksin dan dapat diedarkan, ia akan memulihkan kembali segmen permintaan minyak,” tambahnya.
Selain itu, Thong Jung berkata syarikat minyak tempatan juga menurunkan CAPEX di luar negara dan lebih memberikan tumpuan kepada operasi domestik.
Najib Aroff
Thu Sep 03 2020
![Syarikat minyak dan gas tempatan berdaya tahan - Penganalisis Syarikat minyak dan gas tempatan berdaya tahan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/81599107158_RapidPengerangJoho.jpg)
Syarikat minyak tempatan juga menurunkan CAPEX di luar negara dan memberikan tumpuan kepada operasi domestik - Gambar Fail
![Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911171_MetMalaysia.jpg)
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
![Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906276_mindef.jpg)
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
![Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906709_SheikhHasina.jpg)
Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.
![396 loji rawatan kumbahan IWK dipilih bagi pemasangan teknologi solar PV 396 loji rawatan kumbahan IWK dipilih bagi pemasangan teknologi solar PV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700602721_TBNIKNAZMI.jpg)
396 loji rawatan kumbahan IWK dipilih bagi pemasangan teknologi solar PV
Sebanyak 396 tapak Loji Rawatan Kumbahan IWK di Semenanjung Malaysia telah dipilih secara strategik bagi pemasangan teknologi solar Fotovoltan (PV) Fasa 1.
![Syarikat minyak dan gas tempatan berdaya tahan - Penganalisis Syarikat minyak dan gas tempatan berdaya tahan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599107158_RapidPengerangJoho.jpg)
Syarikat minyak dan gas tempatan berdaya tahan - Penganalisis
Sejak Mac, syarikat minyak dan gas tempatan sudah mengambil langkah proaktif dengan memotong perbelanjaan modal (CAPEX) mereka.
![Syarikat dalam rantaian sektor minyak, gas dijangka terjejas Syarikat dalam rantaian sektor minyak, gas dijangka terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599021576_OilRig.jpg)
Syarikat dalam rantaian sektor minyak, gas dijangka terjejas
"Di seluruh dunia, syarikat minyak dan gas memotong 20 peratus hingga 30 peratus bajet mereka."
![Petronas bakal potong RM50 bilion perbelanjaan dalam empat tahun Petronas bakal potong RM50 bilion perbelanjaan dalam empat tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81453188249_Petronas.jpg)
Petronas bakal potong RM50 bilion perbelanjaan dalam empat tahun
Petronas merancang untuk memotong sebanyak RM50 bilion bagi perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh empat tahun, lapor the Wall Street Journal.