Syarikat rakaman muzik dan pengedaran tertua di Sabah, Skylaser Enterprise Sdn Bhd, kini menjadi syarikat milik penuh Bumiputera.
Setelah 30 tahun beroperasi, pemilikannya bertukar tangan daripada pengasas dan pemiliknya Edward Seah kepada Datuk Verdon Bahanda.
"Kami akan meneruskan kerja dengan pelakon, penyanyi dan penulis lirik yang baru dan lama dari Sabah dan membuka peluang kepada generasi muda untuk mengetengahkan dan memasarkan bakat kreatif mereka," kata Vernon pada sidang media di sini pada Sabtu.
Beliau berkata Skylaser Enterprise kini tidak lagi memberi tumpuan ke atas penerbitan album muzik dan telefilem dalam satu genre atau bahasa semata-mata, malah meluaskan pasaran ke luar negara dengan menghasilkan penerbitan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin dalam tempoh dua tahun.
Beliau juga meminta agensi kerajaan dan swasta supaya meningkatkan usaha dalam menangani jualan cetak rompak hasil kerja artis di negeri itu selain menggesa masyarakat supaya hanya membeli album asli bagi menjaga kebajikan artis.
Vernon juga mengumumkan Penasihat Industri Kreatif Sabah dan Sarawak, FINAS, Datuk Deddy M Borhan sebagai penasihat kreatif syarikat itu.
Bernama
Sun Jan 17 2016

Setelah 30 tahun beroperasi, pemilikannya bertukar tangan daripada pengasas dan pemiliknya Edward Seah kepada Datuk Verdon Bahanda (gambar). - Gambar Fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Syarikat rakaman muzik tertua Sabah kini milik bumiputera
Setelah 30 tahun beroperasi, pemilikannya bertukar tangan daripada pengasas dan pemiliknya Edward Seah kepada Datuk Verdon Bahanda.