Tabung Cryptos membolehkan pelabur untuk mendapat pendedahan kepada mata wang kripto dengan risiko yang lebih rendah di dalam suatu persekitaran yang terkawal.
Tabung Cryptos adalah idea oleh satu pasukan akademik yang terkemuka, penganalisis kuantitatif dan pakar-pakar keselamatan yang berpangkalan di Zug, Switzerland. Ia direka untuk mengesan indeks CCI30 (www.cci30.com) secara pasif, satu penunjuk bagi penilaian mata wang kripto dan penanda aras bagi sektor itu.
Carlo Scevola, seorang daripada orang utama bagi dana itu, berkata: "Tabung Cryptos pada peringkat awal diwujudkan sebagai satu instrumen pelaburan persendirian. Saya mula-mula membeli Bitcoin pada tahun 2011, dan apabila nilainya menjadi besar saya ingin mempelbagaikan ke dalam mata wang kripto yang lain dengan satu pendekatan saintifik yang ketat. Tidak terdapat pilihan yang sesuai, oleh itu saya telah mencipta tabung saya sendiri.
"Tabung Cryptos juga merupakan satu tindak balas kepada permintaan pelabur yang banyak. Ia merapatkan jurang di antara sistem kewangan tradisional dan sektor mata wang kripto. Pelabur perlu mengambil bahagian di dalam pasaran mata wang kripto melalui sebuah entiti yang dikawal selia, yang tidak wujud sehingga sekarang."
Tabung Cryptos adalah satu-satunya tabung yang dikawal selia yang menawarkan satu strategi pelaburan mengesan indeks secara pasif pada mata wang kripto dan tidak mengenakan sebarang yuran prestasi.
Indeks CCI30 itu membolehkan penciptaan sebuah portfolio yang seimbang yang memaksimumkan pulangan dan pada masa yang sama meminimumkan risiko dan turun naik. Tabung itu mereplikakan indeks CCI30 secara pasif dengan melabur di dalam komponen-komponen indeks itu (30 mata wang kripto dengan permodalan pasaran yang terbesar).
Penyertaan di dalam tabung itu memerlukan satu pelaburan minimum sebanyak AS$100,000. Yuran pengurusan tahunan bagi tabung itu, hanya 0.99 peratus, dan yuran prestasi sifar menjadikannya tabung yang paling murah di dalam sektor itu.
"Tidak ada sebarang pelabur boleh secara realistik memiliki pelbagai mata wang kripto secara langsung. Ia memerlukan masa dan pengalaman untuk membeli 30 mata wang kripto yang berbeza dan menjaga portfolio yang seimbang. Terdapat juga keperluan teknikal dan keselamatan yang hanya dapat dicapai oleh sebuah struktur profesional yang khusus," kata Scevola.
"Melalui Tabung Cryptos, sesiapa sahaja boleh mendapat pendedahan kepada mata wang kripto yang utama dan pada masa yang sama mengurangkan ketidaktentuan pelaburan," tambahnya.
Menjalankan sebuah tabung indeks memerlukan pelbagai kemahiran kewangan dan kuantitatif, bersama-sama dengan sebuah operasi keselamatan yang bertaraf dunia. Tiga rakan telah memulakan Tabung Cryptos dan adalah bertanggungjawab terhadap pengurusannya:
- Igor Rivin, Profesor bagi Matematik di Universiti Temple dan Profesor Regius di St Andrews, seorang daripada pakar matematik yang paling dihormati di dunia. Diiktiraf kerana kemahiran beliau di persilangan antara matematik dan kewangan; beliau bertanggungjawab bagi penyelidikan dan asas-asas teori bagi Tabung Cryptos.
- Carlo Scevola, penyedia kehormat bagi perkhidmatan penasihat undang-undang dan kewangan, ahli ekonomi dan pelabur; Scevola bertanggungjawab terhadap organisasi tabung itu.
- Jeff Zorn, pakar keselamatan global. Bekas pembantu tentera kepada presiden Amerika Syarikat yang bertanggungjawab kerana membawa "bola sepak" nuklear, Zorn kini memberi nasihat kepada kerajaan dan perbadanan mengenai keselamatan siber, pengenalan dan peneutralan ancaman. Beliau bertanggungjawab bagi semua aspek keselamatan tabung itu.
Baker Tilly, sebuah firma perakaunan global yang menawarkan perkhidmatan lengkap, adalah juruaudit yang dilantik bagi tabung itu; Trident Trust, satu daripada firma terulung di dunia, adalah merupakan pentadbir bebas.
"Mata wang kripto tidak dihubungkaitkan dengan kelas aset yang lain," kata profesor Rivin. "Ini menjadikan Tabung Cryptos sebagai instrumen yang sempurna untuk menambahkan kepelbagaian kepada sesuatu portfolio. Tabung itu juga boleh dilihat sebagai sebuah instrumen yang selamat untuk menyimpan modal. Yurannya yang rendah menjadikannya berdaya maju bagi mereka yang ingin menyimpan wang mereka di luar sistem perbankan tradisional, sambil menikmati faedah seperti sebuah entiti yang dikawal selia dan tahap keselamatan yang tinggi yang disediakan oleh strukturnya."
Operasi bermula dengan modal sebanyak AS$12 juta dan pelabur institusi telah membuat komitmen untuk AS$100 juta lagi.
Pelabur-pelabur profesional yang ingin mengambil bahagian di dalam Tabung Cryptos boleh belajar lebih lanjut di www.thecryptosfund.com. -- Bernama
Media Statement
Wed Jan 24 2018

Tabung Cryptos adalah satu-satunya tabung yang dikawal selia yang menawarkan satu strategi pelaburan mengesan indeks secara pasif pada mata wang kripto. - REUTERS/File
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Manny Pacquiao jadi selebriti pertama dunia lancar wang kripto
Ini merupakan wang kripto pertama di dunia membabitkan selebriti ternama.

Tabung Cryptos, pelaburan mata wang kripto dengan risiko lebih rendah
Tabung Cryptos adalah satu-satunya tabung yang dikawal selia yang menawarkan satu strategi pelaburan mengesan indeks secara pasif pada mata wang kripto.

ICO yang tiada kebenaran sah adalah salah - SC, BNM
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia memberi amaran kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan ICO yang dijalankan tanpa kebenaran sah merupakan satu kesalahan.

SC akan siasat yayasan berdaftar di Singapura berkaitan "CopyCashCoin"
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata terdapat peningkatan dalam aktiviti ICO baharu yang menawarkan pelaburan dalam mata wang kripto kepada orang ramai, termasuk warga emas.

Singapore cryptocurrency cafe launches as regulators sound warnings
The cafe is the first in the city-state to be owned and operated by a business promoting its own digital coin.

Bitcoin falls more than 10 percent on Bitstamp
The price of bitcoin fell more than 10 percent on Wednesday to as low as US$15,800 at a cryptocurrency exchange Bitstamp.