PUTRAJAYA : Tarif baharu Tarif Elektrik Hijau (GET) ditetapkan pada kadar 21.8 sen/kWj berkuat kuasa 1 Ogos ini, menyaksikan peningkatan lebih enam kali ganda berbanding kadar sedia ada.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau, penetapan itu adalah berdasarkan kepada penanda aras harga runcit bekalan elektrik hijau di negara jiran yang menawarkan produk sama.
"Sementara itu, kadar pemium GET sedia ada iaitu 3.7 sen/kWj dikekalkan sehingga 31 Julai ini.
"Mengambil kira bahawa ketetapan baharu ini akan melibatkan peningkatan kepada kadar tarif premium GET sedia ada, pengguna sedia ada akan diberi tempoh sehingga 31 Julai ini untuk mengesahkan semula langganan.
"Pengguna yang tidak memberi sebarang pemakluman akan ditamatkan langganan secara automatik," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, pada Jumaat.
Nik Nazmi memaklumkan pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melakukan penyesuaian terhadap bil elektrik bagi pengguna elektri yang terlibat.
Katanya, had kuota 30 peratus yang ditetapkan sebelum ini kepada langganan GET juga akan dimansuhkan.
"Ini bermaksud pengguna boleh melanggan GET sehingga 100 peratus keperluan tenaga," jelasnya.
Dengan ketetapan itu, katanya kerajaan berharap pengguna akan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi terhadap program GET.
"Ini kerana proses penawaran dan kendalian program ini dilakukan berasaskan prinsip sistem penjanaan dan pembekalan elektrik hijau.
"Pada masa sama langganan GET turut memberikan nilai tambah dalam menyokong usaha peralihan tenaga negara melalui pembangunan dan peningkatan kapasiti baharu tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalab elektrik negara," ujarnya.
Menurutnya, hasil kutipan daripada pelaksanaan GET itu akan digunakan untuk tujuan pembangunan dan peningkatan kapasiti baharu TBB dalam sistem pembekalan elektrik negara.
Selain itu, beliau memberitahu, pengguna GET akan diberi pengecualian caj Imbalance Cost Pass Through (ICPT) kerana penjanaan daripada TBB tidak melibatkan penggunaan bahan api fosil.
Program ini diperkenalkan pada 2022 iru merupakan inisiatif strategik kerajaan dalam menawarkan bekalan elektrik yang dijana daripada sumber TBB kepada pengguna elektrik TNB yang berhasrat untuk mengurangkan jejak karbon.
Untuk tahun ini, penawaran langganan GET yang dibuka pada Februari lalu dengan jumlah kuota 6,600GWj pada kadar premium 3.7 sen/kWj habis dilanggan 2,361 pengguna dari kategori domesti, komersial dan industri.
Umavathi Ramayah
Fri Jul 14 2023
Menurut Nik Nazmi, penetapan tarif baharu itu adalah berdasarkan kepada penanda aras harga runcit bekalan elektrik hijau di negara jiran yang menawarkan produk sama. - Gambar fail
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Niaga AWANI Khas: Mencorak pelaburan mampan negara
Dinamik geoekonomi dan geopolitik menuntut syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempelbagaikan portfolio selain mencari alternatif dalam menampan ketidaktentuan tersebut.
AWANI Ringkas: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Tarif baharu GET ditetapkan pada 21.8 sen/kWj, naik enam kali ganda
Penetapan itu berdasarkan kepada penanda aras harga runcit bekalan elektrik hijau di negara jiran yang menawarkan produk sama.