NEW DELHI: Konglomerat terkemuka India Tata Group pada Khamis mengambil alih semula Air India, syarikat penerbangan yang dimulakan oleh keluarga Tata yang mengasaskan konglomerat itu sebelum ia diletakkan di bawah kendalian negara.
Berikutan pengambilalihan itu, Air India Limited, syarikat penerbangan tambang murah Air India Express dan kepentingan syarikat penerbangan itu dalam syarikat perkhidmatan kargo dan pengendalian darat AI SATS telah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Tata.
"Air India membuka lembaran baharu sebagai sebahagian daripada Kumpulan Tata. Dua nama ikonik bersatu untuk memulakan perjalanan yang cemerlang," ciap Air India di tweeter.
"Ketibaan anda amat ditunggu-tunggu," kata Tata Group dalam catatan media sosial, merujuk kepada syarikat penerbangan yang dilancarkan sebagai Tata Airlines pada 1932 oleh mendiang Jehangir Ratanji Dadabhoy Tata, lebih dikenali sebagai J.R.D. Tata dan dianggap bapa industri penerbangan India.
Ia dijadikan syarikat milik kerajaan India pada 1953.
Tata Sons, syarikat induk kumpulan itu, memenangi bidaan pada Oktober tahun lalu untuk mengambil alih Air India, yang bukan sahaja mengalami kerugian kewangan tahunan yang besar tetapi sering dikritik kerana kualiti perkhidmatannya.
Ia mengemukakan bidaan yang dimenangi melalui anak syarikat milik penuhnya Talace Pvt Ltd.
Cubaan awal kerajaan untuk menjual syarikat penerbangan itu pada 2018 gagal mendapat pembida.
Selepas pengambilalihan Air India dalam perjanjian ekuiti dan hutang US$2.4 bilion, Tata Sons kini mempunyai tiga syarikat penerbangan dalam portfolionya.
Ia memiliki 83.67 peratus AirAsia India, dengan bakinya dipegang oleh AirAsia Berhad Malaysia.
Tata Sons memiliki 51 peratus dalam syarikat penerbangan Vistara, yang dimulakan pada 2013 dengan kerjasama Singapore Airlines.
Urus niaga pelupusan strategik Air India telah selesai dengan kerajaan menerima pertimbangan sebanyak 27 bilion rupee (kira-kira US$360 juta) dan Kumpulan Tata mengambil alih hutang 153 bilion rupee syarikat penerbangan itu, kata Kementerian Kewangan pada Khamis.
"Kami sangat gembira mendapat semula Air India dalam Kumpulan Tata dan komited untuk menjadikannya syarikat penerbangan bertaraf dunia," kata Pengerusi Tata Sons N. Chandrasekaran dalam satu kenyataan.
Chandrasekaran sebelum itu menghubungi Perdana Menteri India Narendra Modi dan melawat pejabat syarikat penerbangan itu di Delhi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022

Air India bukan sahaja mengalami kerugian kewangan tahunan yang besar tetapi sering dikritik kerana kualiti perkhidmatannya. - Gambar fail
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Air India gantung penerbangan ke Israel selama seminggu
Air India menggantung penerbangan ke Israel selama seminggu kerana kebimbangan keselamatan berikutan ketegangan yang masih tinggi di rantau itu selepas pembunuhan Ismail Haniyeh.

India arah siasatan selepas insiden mencemaskan di landasan lapangan terbang Mumbai
Pengawal selia penerbangan India arah siasatan selepas insiden mencemaskan di landasan yang menyaksikan pendaratan dan pelepasan pesawat berlaku dalam sela beberapa saat.

Pihak berkuasa gantung aktiviti latihan juruterbang di kemudahan Air India - Laporan
DGCA hentikan aktiviti latihan simulator di kemudahan Hyderabad Air India dalam tempoh tiga hari selepas tindakan sama diambil di Mumbai.

Air India beli hampir 500 pesawat Airbus, Boeing
Air India akan membeli sebanyak 190 Boeing 737 Max, 20 pesawat Boeing 787-9 Dreamliners dan 10 pesawat Boeing 777-9.

Air India didenda biar lelaki mabuk kencing dalam kabin pesawat
Air India didenda kerana melanggar peraturan dan DGCA menggantung lesen juruterbang selama tiga bulan.

Padah buang air kecil pada penumpang dalam pesawat
Wells Fargo mengesahkan pemecatan Mishra selepas perbuatan tidak senonohnya mendapat perhatian umum.

AAAGL jual baki pegangan dalam AirAsia India kepada Air India
AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL), syarikat induk kumpulan syarikat penerbangan Capital A Bhd, telah memeterai perjanjian pembelian saham dengan Air India Ltd membabitkan penjualan baki 16.33 peratus

Tata Group 'ambil semula' syarikat Air India daripada kerajaan India
Berikutan pengambilalihan itu, Air India Limited dan kepentingannya dalam AI SATS menjadi sebahagian Kumpulan Tata.

Tata Sons pemilik baharu Air India
Syarikat gergasi itu berjaya dalam bidaan berjumlah 180 bilion ruppee atau AS$2.4 bilion.

Pesawat terpaksa berpatah balik gara-gara kelawar dalam kabin
Pesawat Air India yang membuat penerbangan ke Amerika Syarikat (AS) terpaksa berpatah balik susulan seekor kelawar ditemui terbang ke dalam ruang kabin pesawat itu.