Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) yang berada di bawah Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi Malaysia turut memberikan khidmat bimbingan kepada usahawan baru di dalam bidang keusahawanan.
Ini bagi mempromosikan dan membantu usahawan tersebut mengkomersialkan dan mengetengahkan produk mereka di dalam pasaran.
Menurut pengerusi TPM Datuk Nasarudin Hashim, beliau mengalu-alukan usahawan-usahawan kecil bumiputera untuk menceburi bidang tersebut supaya Technology Park Malaysia dapat memberi bimbingan bagi memperkasakan lagi usahawan pada hari ini.
Jelas beliau ,terdapat dua contoh syarikat anak Perak,yang berjaya di bawah bimbingan TPM iaitu Tyzo Sdn Bhd dan AAFT Premier Sdn Bhd bagi mempamerkan produk mereka .
“Kita ada juga bersama-sama kita usahawan yang daripada usahawan tempatan yang mendapat bimbingan daripada Technology Park Malaysia untuk mengkomersialkan produk mereka.
“Inii salah satu daripada bidas utama Technology Park Malaysia untuk membantu usahawan mengkomersialkan produk mereka untuk diketengahkan dalam pasaran dalam negara mahupun luar negara, " kata Nasarudin.
Selain itu, bidang bioteknologi juga menawarkan potensi besar untuk masyarakat meneroka manfaat ekonomi daripada kepelbagaian herba tempatan,rempah ratus,buah-buahan dan produk semulajadi yang lain, selain dapat membuka mata masyarakat untuk menilai peluang yang ada ke arah meningkatkan kesejehteraan ekonomi mereka.
Justeru itu, terdapat dua buah kilang iaitu terdapat di Raub, Pahang dan juga di Perlis yang akan membantu usahawan –usahawan baru pada hari ini untuk memajukan produk mereka dengan lebih mudah dan meluas.
Beliau yang juga merupakan Adun Bota,Perak berkata demikian ketika majlis sambutan hari raya yang diadakan di SK Bota Kiri , Perak , semalam.
Astro Awani
Mon Aug 19 2013

Sekolah terjejas akan terima peruntukan baik pulih
Bantuan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap sekolah terjejas banjir akan disalurkan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi tujuan pembersihan, pengemasan semula serta penggantian kemudahan yang rosak.

Polis lengkapkan kertas siasatan doktor berkelakuan tidak senonoh
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes doktor perubatan yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya.
KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak paket bernilai RM200,000

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Inovasi terkini bioteknologi pacu industri minyak kelapa sawit - MPOB
Inovasi terkini bioteknologi dapat memberi kesan positif kepada pengguna, penghasil dan pedagang minyak kelapa sawit negara.