SEPANG: Tender untuk Penggerak Penumpang Automatik (APM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini di peringkat akhir proses penilaian, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Syarikat pengendali lapangan terbang itu berkata pihaknya telah mengenal pasti senarai pendek akhir pembida APM untuk menggantikan Aerotrain yang sudah lama selepas selesai peringkat penilaian teknikal.
“Pembida yang disenarai pendek sedang dinilai berdasarkan tawaran komersial mereka.
“Pendekatan tender Malaysia Airports memberi keutamaan pada memenuhi matlamat perniagaannya serta keperluan teknikal dan prestasi projek itu,” menurut MAHB dalam satu kenyataan, lapor Bernama.
Menurut MAHB lagi, semua permohonan telah dinilai secara objektif dan adil mengikut keperluan yang ditetapkan.
Selain itu MAHB berkata, pembida yang tidak memenuhi syarat ini tidak akan melangkah ke peringkat penilaian komersial yang terakhir dan semua pembida yang tidak berjaya telah dimaklumkan mengenai status mereka.
“Ketiga-tiga Aerotrain yang sedang beroperasi di KLIA perlu diganti berikutan aset-aset tersebut telah menghampiri peringkat akhir hayatnya.
“Dua daripada Aerotrain itu telah beroperasi sejak lapangan terbang tersebut mula dibuka pada 1998 dengan tren ketiga ditambah pada 2010,” menurut MAHB, sambil menambah penggantian tren itu dijangka dapat memenuhi pertumbuhan lapangan terbang itu pada masa depan.
Pada 1998, pergerakan trafik tahunan Terminal 1 KLIA sebanyak 13 juta penumpang manakala pada 2019, mencapai 29 juta penumpang, menurut kenyataan itu.
Tender tersebut dijangka dimuktamadkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang dan MAHB berkata pihaknya akan membuat pengumuman yang sewajarnya apabila penganugerahan rasmi diluluskan oleh Lembaga Pengarah.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sun Aug 29 2021

Tender untuk Penggerak Penumpang Automatik (APM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini di peringkat akhir proses penilaian, menurut MAHB. -Gambar fail

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Tender bagi Penggerak Penumpang Automatik KLIA di peringkat akhir penilaian - MAHB
MAHB telah mengenal pasti senarai pendek akhir pembida APM untuk menggantikan Aerotrain yang sudah lama selepas selesai peringkat penilaian teknikal.