Terengganu meraih pelaburan domestik dan asing bernilai RM29.4 bilion bagi tempoh antara 2007 dan 2016, yang kemudiannya menjana lebih 30,000 peluang pekerjaan baharu, menurut Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
ECERDC berkata, prestasi pelaburan kukuh negeri itu dijana oleh sektor pembuatan, yang menyumbang 51.3 peratus daripada pelaburan keseluruhan, diikuti sektor bioekonomi sebanyak 22.6 peratus.
"Transformasi Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) sedang dilaksanakan memandangkan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar.
"Jambatan angkat menghubungkan antara Muara Selatan dan Muara Utara KTCC yang bakal menjadi ikon kini berada di landasan yang tepat untuk disiapkan menjelang suku ketiga tahun ini," kata ECERDC dalam kenyataan di sini, pada Ahad
Menurut ECERDC, kesalinghubungan antara KTCC dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dipertingkatkan melalui pembinaan laluan baharu dan dinaik taraf sepanjang 6.8 kilometer pada suku kedua 2017.
Selain itu, fasa pertama kerja-kerja pembinaan projek pembangunan bercampur oleh Tiara View Housing Development Sdn Bhd akan bermula pada suku kedua 2018 dan keseluruhan projek dijangka disiap menjelang 2024, dengan lebih 1,500 peluang kerja diwujudkan untuk penduduk tempatan, menurut ECERDC.
Sementara itu di KUALA TERENGGANU, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata projek oleh Tiara View Housing bernilai RM2.4 bilion itu merangkumi hotel, pangsapuri servis, rumah dan pejabat di bawah satu bumbung (SOHO), pusat beli-belah dan taman tema yang dibangunkan di kawasan seluas 3.8 hektar.
Beliau berkata, selain itu, sehingga kini Taman Biopolimer Kertih (KBP) telah menarik pelaburan RM6.8 bilion manakala Taman Industri Berat Kemaman (KHIP) pula RM5.5 bilion.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pelaksanaan dan penyelarasan ECER negeri Terengganu yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini.
Katanya, projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 600 kilometer juga dijangka mewujudkan lebih banyak pusat pertumbuhan di seluruh negeri di samping merangsang ekonomi dan sektor pelancongan.
"Pelaburan oleh syarikat bumiputera turut menjadi penggerak penting kepada pertumbuhan ekonomi Terengganu yang mana 57 projek bernilai RM3.7 bilion telah menerima sama ada insentif cukai daripada ECERDC, geran Teraju@ECER atau kedua-duanya sekali.
"Daripada jumlah ini, 41 projek bumiputera dalam bidang pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan bernilai RM736.4 juta telah menerima manfaat daripada Dana Mudahcara Teraju@ECER berjumlah RM101.2 juta," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Mar 19 2017

ECERDC berkata, prestasi pelaburan kukuh negeri itu dijana oleh sektor pembuatan, yang menyumbang 51.3 peratus daripada pelaburan keseluruhan, diikuti sektor bioekonomi sebanyak 22.6 peratus.- Foto Wikipedia - Kuala Terengganu

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
Tidak mustahil pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri berkenaan.

Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.

Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.

MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.

BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.

Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.