Operator pasar raya besar, Tesco Malaysia akan melabur RM2.3 juta bagi menurunkan harga 18 barang keperluan makanan yang segar melalui 47 stornya di seluruh negara mulai hari ini hingga 1 Disember.
Ketua pegawai eksekutifnya Georg Fischer berkata kempen harga Tesco membolehkan para pelanggan menikmati harga rendah sehingga 37 peratus bagi produk keperluan segar termasuk ayam bulat, seekor salmon, daging import, timun, nanas dan pisang 'Cavendish'.
"Dengan kenaikan harga bahan api baru-baru ini dan selepas mendengar keluhan pelanggan kami, Tesco mempunyai kewajipan untuk meningkatkan usaha dan membantu para pelanggan berjimat ke atas produk makanan kami yang begitu penting buat mereka.
"Bagi kempen ini khususnya, kami bekerjasama dengan semua pembekal makanan segar kami terutama dengan petani kontrak kami bagi memastikan kami dapat mengekalkan harga ini.
Lebih 70 peratus produk segar kami adalah sumber tempatan dan terus dari ladang, oleh itu ia membolehkan kami memastikan adanya barangan dan kualiti," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek ke Tesco Extra Bandar Bukit Puchong, Puchong di sini Jumaat.
Sebagai sebuah daripada pasar raya besar utama Malaysia, Fischer berkata Tesco akan terus menerajui usaha itu dengan mempromosi lebih 1,000 produk secara mingguan dan akan terus mengekalkan standard kualiti dan kesegaran yang tinggi yang dinikmati para pelanggan selama ini.
Beliau juga berkata Tesco mendapati jumlah pelanggan yang membeli produk jenama pasar raya besar itu terus meningkat yang menyamai kualiti jenama utama tetapi dengan harga 20 peratus lebih murah.
Tesco mempunyai lebih 2,000 senarai barangan daripada makanan sehingga barangan isi rumah.
Bernama
Fri Sep 20 2013

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Amazon mohon maaf, akui pekerja terpaksa buang air kecil dalam botol kerana sibuk bekerja
Beberapa media kemudian mendedahkan ramai pekerja Amazon mendakwa mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain menggunakan botol plastik.

Kempen beli barang tempatan pasca PKP
Menyedari keperluan untuk menaikkan kembali ekonomi tempatan, satu kempen menggalakkan orang ramai menguatkan ekonomi tempatan dijalankan.

PKP Fasa 4 benarkan keluar berdua untuk beli barang keperluan
Kebenaran tersebut diwartakan pada 28 April 2020 dan dimuat naik di laman web gazet persekutuan.

IKEA Malaysia lanjutkan polisi pemulangan kepada 365 hari
Peralihan itu adalah disasarkan bagi memberikan pelanggan fleksibiliti yang lebih besar apabila membuat pembelian di IKEA.

Jumlah barangan kena cukai bawah SST 2.0 lebih kecil berbanding GST, SST 1.0
Menurut Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Subromaniam Tholasy, bagi cukai jualan, majoriti barang-barang akan dikenakan sifar cukai.

Ada peniaga menaikkan harga sebelum pelaksanaan GST - Ahmad Maslan
Sesetengah peniaga dilaporkan menaikkan harga barang sekarang kerana menjangka beberapa barangan bakal mengalami penurunan harga setelah GST dilaksanakan mulai 1 April tahun depan.

Kerajaan kaji cadangan "Hari Pasar Borong" sehari seminggu
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membolehkan faedah harga borong dapat dinikmati pengguna dan peruncit biasa.

Tesco labur RM2.3 juta turunkan harga 18 barangan makanan segar
Harga Tesco membolehkan para pelanggan menikmati harga rendah sehingga 37 peratus bagi produk keperluan segar.