THENOOR, salah satu aplikasi gaya hidup Muslim yang popular di Malaysia, kini mengumumkan kerjasama dengan Taibah Valley Company – sekali gus akan memperlihatkan TheNoor berpindah ibu pejabat utama mereka ke Madinah.
Langkah strategik ini akan turut memperlihatkan TheNoor menerima akses kepada persekitaran teknikal yang membantu kepada perkembangan inovasi.
Melalui kerjasama ini juga, Taibah Valley Company akan membantu dalam terus mengembangkan syarikat – bukan sahaja dari segi penawaran teknologi, tetapi juga dari segi pelaburan dalam ekonomi digital.
Langkah ini dikatakan selari dengan Visi 2030 oleh Arab Saudi.
Pihak TheNoor sendiri menyatakan kerjasama ini akan membawa kepada perkembangan sihat syarikat berkenaan, termasuk menawarkan pelbagai perkhidmatan gaya hidup Muslim yang lain di bawah mereka, sekali gus memperkayakan lagi kehidupan para Muslim.
Amanz
Thu Nov 30 2023
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Taibah Valley Dr Jaber Almutairi (kiri) dan CEO TheNoor Mohd Izzairi Yamin ketika majlis memeterai kerjasama antara kedua-dua syarikat di Taibah University, Madinah, 28 Nov 2023. - Foto amanz.my
AWANI Ringkas: Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ASEAN 2025: Malaysia ulangi sokongan jadikan Timor Leste anggota penuh
Timor Leste yang memperoleh kemerdekaan pada 2002 memohon untuk menyertai ASEAN pada 2011.
Kerajaan India siasat kematian misteri di Kashmir
Kerajaan persekutuan India mengarahkan pembentukan pasukan antara kementerian untuk menyiasat kematian misteri di sebuah kampung di Kashmir yang dikuasai India.
One Cent Thief 2 dilancar dengan gimik mendebarkan satu Bukit Bintang
Gimik pelancaran One Cent Thief musim kedua yang berlangsung di Bukit Bintang malam tadi berjaya mencuri perhatian ramai dengan elemen dramatik yang memukau.
PUSPAKOM jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan Puspakom cawangan Johor Bahru, yang tular di media sosial baru-baru ini.
KPDN rampas 667 kg minyak masak botol dijual melebihi harga pasaran
KPDN Perak merampas 667 kilogram (kg) minyak masak botol bernilai RM4,148.70 selepas disyaki dijual melebihi harga kawalan ditetapkan.
Jumlah mangsa banjir Sabah 1,054 mangsa
Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini.
Amaran ribut petir, hujan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak sehingga jam 1 tengah hari ini.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program best
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata inisiatif itu bagi mendorong pembudayaan persekitaran bersih dalam kehidupan seharian masyarakat di Wilayah Persekutuan.
TikTok beritahu pengguna A.S perkhidmatan ditutup 'sementara'
TikTok memaklumkan kepada 170 juta penggunanya di Amerika Syarikat pada Sabtu bahawa perkhidmatan aplikasi itu tidak lagi tersedia buat sementara waktu.
Zulkifli Al-Bakri umum peletakan jawatan sebagai Pengerusi The Noor
Katanya, keputusan dibuat selepas pertimbangan mendalam dan mengambil kira pelbagai faktor relevan terhadap tanggungjawab dan masa hadapannya.
'Isterix' mohon maaf, TheNoor nafi Neelofa terlibat hasilkan iklan berunsur lucah
"Kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran."
TheNoor akan pindah ibu pejabat ke Madinah sebagai langkah strategik
Langkah ini akan turut memperlihatkan TheNoor menerima akses kepada persekitaran teknikal yang membantu kepada perkembangan inovasi.
Hubungan Neelofa, PU Riz baik, bakal umum tarikh kahwin
Neelofa sahkan hubungannya dengan pendakwah bebas, PU Riz sangat baik dan positif.