KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) baru-baru ini menerima Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia di World HRD Congress 2021 buat kali kedua berturut-turut.
Dianjurkan oleh Employer Branding Institute, World HRD Congress dan Star of the Industry Group, Asia’s Best Employer Brands Awards mengiktiraf usaha organisasi-organisasi di rantau Asia yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam penjenamaan majikan melalui strategi bakat, pembangunan bakat dan inovasi bakat yang efektif.
Acara ini mengumpulkan para pemimpin dan profesional sumber manusia dari seluruh rantau Asia untuk membincangkan dan mengenalpasti amalan terbaik dalam bidang sumber manusia.
Ketua Pegawai Modal Insan TM, Sariah Abu Bakar berkata, anugerah ini adalah bukti komitmen dan usaha kumpulan dalam melakukan perkara paling penting dan memberi kesan langsung kepada perniagaan dan pembangunan modal insan.
Katanya, TM sedar bahawa sumber manusia adalah tonggak strategik dalam memacu hasil perniagaan.
"Sebagai sebahagian daripada transformasi ‘New TM’, kami baru-baru ini telah memperkenalkan budaya prestasi baharu untuk membentuk semula tenaga kerja kami menjadi enjin pelaksanaan yang lebih kukuh yang berkhidmat dan berubah dengan cara kerja tangkas.
"Kami terus fokus terhadap mempersiap organisasi kami untuk masa depan, melabur dalam kemahiran sedia masa hadapan untuk bidang pertumbuhan baharu yang akan melonjakkan prestasi perniagaan kami ke tahap seterusnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, ia adalah sejajar dengan komitmen berterusan TM ke arah meningkatkan dan melatih semula tenaga kerja dengan kecekapan digital untuk memacu Digital Malaysia.
"Jadi anugerah ini merupakan satu penghormatan kepada lebih 22,000 orang anggota kami yang berdedikasi dalam menjadikan TM sebagai salah satu majikan terbaik di Asia," tambahnya.
Dalam situasi yang mencabar ketika pandemik COVID- 19, TM telah melaksanakan polisi dan inisiatif demi keselamatan dan kesihatan tenaga kerja termasuklah aplikasi digital seperti COVID-19@TM dan alatan digital.
Ini membolehkan tenaga kerjanya berdaya tahan dan produktif dalam memberikan perkhidmatan sambungan kepada pelanggan dan masyarakat keseluruhannya supaya rakyat Malaysia kekal terhubung dan produktif.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Nov 02 2021

Dalam situasi yang mencabar ketika pandemik COVID- 19, TM telah melaksanakan polisi dan inisiatif demi keselamatan dan kesihatan tenaga kerja. - Foto DagangNews
Tumpuan Jumaat – 7 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).
AWANI Tonight 6 March 2025
AWANI Tonight with Farhana Sheikh
1. UMNO denies links to MACC probe into ex-PM Ismail Sabri
2. Govt introduces special passes for investors, expats
1. UMNO denies links to MACC probe into ex-PM Ismail Sabri
2. Govt introduces special passes for investors, expats

KKM laksana pelbagai usaha capai matlamat masyarakat bebas rokok
Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan usaha mencapai matlamat masyarakat bebas rokok melalui pelbagai pendekatan dan program.

Aaron perlu fokus pemulihan sebelum ke Seluruh England 2025 - Roslin
Aaron Chia dinasihatkan supaya memberikan lebih tumpuan kepada pemulihan kecederaan pergelangan tangan berulang yang dialaminya menjelang Kejohanan Badminton Seluruh England 2025.

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama PM, Jemaah Menteri
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara, malam ini.
AWANI 7:45 [6/3/2025] – Tindakan undang-undang | Polis siasat 40 tan peluru hidup | Aktiviti anak di sekolah dirakam | Setakat 25 Februari 2025
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Wang tunai dan jongkong emas, tiada kaitan dengan UMNO
-Jumlah sitaan sindiket e-waste, mencecah RM3.9 bilion
-Pegawai penguatkuasa e-waste diugut, aktiviti anak di sekolah dirakam
-750 rakyat Malaysia diselamatkan, mangsa sindiket pekerjaan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Wang tunai dan jongkong emas, tiada kaitan dengan UMNO
-Jumlah sitaan sindiket e-waste, mencecah RM3.9 bilion
-Pegawai penguatkuasa e-waste diugut, aktiviti anak di sekolah dirakam
-750 rakyat Malaysia diselamatkan, mangsa sindiket pekerjaan

Letupan periuk api ragut 4 nyawa di Hodeidah, Yemen
Empat individu, termasuk seorang kanak-kanak, terkorban dalam bencana letupan periuk api di wilayah barat Yemen, Hodeidah, kata pegawai perubatan tempatan pada Khamis.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4230/4270 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4270/4320 pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

TM raih Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia buat kali ke-2
Mengiktiraf usaha organisasi-organisasi di rantau Asia yang menunjukkan kecemerlangan dalam penjenamaan majikan.