KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco), telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi melaksanakan program Pelanjutan Hayat Hidro enam stesen di SSJ Sungai Perak dengan pelaburan RM5.8 bilion mulai tahun ini.
Menurut TNB, seperti pemakluman kepada Bursa Malaysia bertarikh 14 Oktober lalu, langkah memperkasakan semula Stesen-Stesen Janakuasa (SSJ) Sungai Perak dengan kapasiti 650.75 megawatt (MW) adalah bagi menyokong aspirasi Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara dan memastikan pertumbuhan perniagaan yang mampan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Ir. Baharin Din berkata, 18 unit penjanaan di enam stesen berkenaan akan dinaik taraf kepada teknologi terkini dan operasinya dijangka mampu mencatat Pendapatan Sebelum Faedah & Cukai (EBIT) RM200 juta setahun.
“Ini adalah antara inisiatif memperkasakan lagi langkah Peralihan Tenaga TNB dengan sasaran meningkatkan kapasiti TBB kami kepada 8,300MW pada 2025, sejajar aspirasi pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
“Inisiatif di SSJ Sungai Perak ini terus mengekalkan penguasaan TNB dalam sektor penjanaan hidro dengan kapasiti kumulatif 2,661MW dalam menyokong negara neutral karbon dan Dasar Tenaga Negara yang diumumkan kerajaan baru-baru ini,” katanya.
Kecuali SJ Pergau, enam stesen dalam skim hidroelektrik yang sama di SSJ Sungai Perak iaitu SJ Temengor, SJ Bersia, SJ Kenering, SJ Chenderoh dan SJ Sungai Piah (Upper & Lower), bakal beroperasi di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement - PPA) baharu selama 40 tahun, dengan unit pertama dijangka beroperasi secara komersial mulai 2025.
Ketika ini, keseluruhan skim merangkumi enam stesen tersebut yang setiap satu dibina di antara tahun 1926 hingga 1986 dan SJ Pergau yang dibina pada 1991, menjana 1,249.1MW bersamaan 2,755GWh purata keluaran tenaga tahunan dan menyumbang 49% sumber tenaga hidro di Semenanjung Malaysia.
Kerja-kerja naik taraf SSJ Sungai Perak melibatkan pelbagai keperluan terkini teknologi termasuk turbin dan transformer bagi meningkatkan kecekapan dan hayatnya, lantas menyuntik kepada usaha memperkukuhkan komitmen TNB terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Komitmen tersebut terangkum dalam fungsi dan sumbangan SSJ Sungai Perak terhadap penjanaan tenaga hijau, membendung bencana banjir, sumber air bersih dan membantu meningkatkan sosioekonomi khususnya masyarakat setempat.
Pengarah Urusan TNB Genco, Datuk Nor Azman Mufti menjelaskan bahawa SSJ Sungai Perak meneruskan peranannya sebagai tebatan banjir, mengurus sumber air takungan pengairan pertanian dan air bersih serta meningkatkan peluang pekerjaan, di samping potensi kegiatan baru seperti eko-pelancongan dan akuakultur.
“Dari segi tenaga hijau, SSJ Sungai Perak dapat mengurangkan jumlah pelepasan karbon dioksida sehingga kira-kira 464,000 tCO2e atau bersamaan dengan pelepasan karbon oleh 100,000 kenderaan setahun,” jelasnya. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Oct 21 2022

Stesen Janakuasa Chenderoh merupakan satu daripada 6 Stesen Janakuasa Sungai (SSJ) di Perak di bawah Program Lanjutan Hidup Hidro. - DagangNews

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MOT minta CAAM tambah baik sistem permohonan penggunaan dron - Loke
MOT meminta CAAM untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem permohonan penggunaan dron memandangkan penggunaannya yang semakin meluas.

Tiga PPS dibuka di tanah Merah akibat banjir
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Tanah Merah bagi memberi perlindungan kepada 62 orang daripada 17 keluarga akibat bencana banjir, setakat pukul 10 malam ini.

Peningkatan pesakit susulan, tidak rujuk waktu temu janji punca Klinik Kardiologi HSIS sesak
Kesesakan di Klinik Kardiologi HSIS Serdang, Selangor dikenal pasti berpunca daripada peningkatan pesakit susulan yang tidak hadir temu janji pada Selasa minggu sebelumnya.

Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangkan Masjid Al-Aqsa - PM Anwar
Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Warga emas muat naik hantaran bersifat palsu dipenjara enam bulan - MCMC
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong.

KPM tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.

Kementerian Pengangkutan sokong usaha Ocean Infinity cari semula MH370 di Lautan Hindi
Kementerian Pengangkutan menyatakan sokongan penuh terhadap langkah proaktif Ocean Infinity dalam menggerakkan kapal sokongan laut dalam di Lautan Hindi bagi meneruskan pencarian MH370.

TNB labur RM5.8 bilion bagi menaik taraf Stesen Janakuasa Sungai Perak
Menurut TNB, ia bagi menyokong aspirasi Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara dan memastikan pertumbuhan perniagaan yang mampan.