Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenal bil elektrik berwajah baharu kepada pengguna di seluruh Semenanjung dengan penambahbaikan reka bentuk dan maklumat, mulai 1 Okt.
Menurut kenyataan TNB pada Sabtu, langkah itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.
Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah kaedah kiraan bil lebih mudah difahami, keterangan lebih jelas mengenai kiraan bil dan reka bentuk bil yang menepati kehendak pelanggan.
"TNB bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) untuk bil baharu itu selain mengambil kira pandangan dan perspektif pengguna," menurut syarikat utiliti itu.
Bil berwajah baharu itu melibatkan 7.8 juta pelanggan daripada kategori pelanggan kuasa biasa iaitu kediaman, perdagangan, perindustrian dan lampu jalan.
Bernama
Sat Sep 28 2013

10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Diskaun bil air Sarawak dilanjutkan sehingga Disember ini
Lanjutan diskaun bil air untuk tempoh tiga bulan lagi ini dibuat di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

Penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik dalam bil Julai - TNB
Penyata tersebut akan diterima berserta bil Julai dalam masa tujuh hari selepas pembacaan meter itu dijalankan.

Elaun Pengerusi TNB jauh lebih rendah daripada yang ditularkan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan mesej tular dalam media sosial yang mendakwa Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerima elaun tinggi.

Kaedah prorata pastikan pengguna tidak dikenakan caj berlebihan - TNB
Kaedah prorata itu telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga supaya pengguna mendapat bil yang tepat.

Langganan telco, ini enam perkara anda perlu tahu
Ini yang perlu dititik beratkan sebelum membuat langganan, bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

TNB jamin masalah sistem bil baharu, diselesaikan akhir November
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mengambil beberapa langkah wajar untuk mengurangi dan menyelesaikan masalah berikutan proses menaik taraf sistem pengebilan baharu, menjelang akhir November ini.

Tiada ejen kutip bayaran bil TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket individu atau kumpulan yang mengaku sebagai ejen kutipan bayaran bil TNB.

TNB perkenal bil elektrik baharu mulai 1 Okt
Penambahbaikan reka bentuk dan maklumat dalam bil itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.