KUALA LUMPUR: TNG Digital Sdn Bhd (TNGD), pemilik dan pengendali perkhidmatan dompet elektronik eWallet Touch 'n Go, komited sepenuhnya untuk mematuhi standard yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Ketua Pegawai Eksekutif Alan Ni berkata TNGD akan terus bekerjasama dengan BNM, mematuhi protokol serta mengamalkan akauntabiliti kendiri pada tahap tertinggi.
"Sebagai menyokong pengumuman oleh BNM baru-baru ini, TNGD menjadikan kesemua kes-kes ini sebagai contoh utama pematuhan kami yang kukuh terhadap peraturan serta dasar BNM.
"Sejajar dengan menjadikan pengguna sebagai keutamaan kami, kumpulan berharap untuk memperkukuh keyakinan mereka terhadap pematuhan oleh platform kami," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Dalam kenyataan pada Jumaat lepas, BNM berkata ia telah mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) sebanyak RM600,000 ke atas TNGD pada 18 Mei, 2023, kerana menyalahi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan berkaitan dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2014 (AMLA).
TNGD secara sukarela telah melaporkan kepada BNM bahawa ia dalam dua masa berasingan, telah menerima dua individu yang dikenakan tindakan di bawah akta berkenaan.
Menurut BNM, tindakan itu adalah menyalahi akta berkaitan kerana TNGD didapati gagal untuk membuat saringan ke atas nama para pelanggan dan tidak membuat pengesahan serta siasatan lanjut untuk menentukan sama ada pelanggannya adalah sepadan dengan senarai resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau senarai Kementerian Dalam Negeri.
Selain TNGD, bank pusat itu turut mengenakan AMP ke atas dua syarikat lain iaitu MPI Generali Insurans Bhd (MPGB) dan Mandiri International Sdn Bhd (MISB).
Sehubungan itu, sejajar dengan kerjasama dengan BNM membabitkan langkah pematuhan, TNGD secara proaktif telah tampil membawa hasil penemuannya sendiri dalam tempoh tinjauan pematuhan berkala tersebut.
Kumpulan itu berkata walaupun kesalahan itu berlaku lebih daripada tiga tahun lepas dan jumlah transaksi mereka di atas platform TNGD adalah minimum, ia masih menganggap kesalahan tersebut sebagai amat serius dan segera melaporkannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023

TNGD akan terus bekerjasama dengan BNM, mematuhi protokol serta mengamalkan akauntabiliti kendiri pada tahap tertinggi. -Gambar fail/Bernama
Tarif AS yang tinggi sukarkan pelaburan - Jepun
Hampir 90% syarikat Jepun menjangkakan dasar Trump akan menjejaskan perniagaan.
Saham Asia meningkat, penangguhan tarif naikkan sentimen
Pada Rabu, White House berkata Trump akan mengecualikan pembuat kereta daripada tarif 25% ke atas Kanada dan Mexico selama sebulan, selagi mereka mematuhi peraturan perdagangan bebas sedia ada.
E-dagang: Wanita b40 masih hadapi cabaran, perlu sokongan berterusan
Statistik menunjukkan wanita daripada kumpulan tersebut masih menghadapi cabaran besar dalam memanfaatkan sepenuhnya peluang dalam ekonomi digital.

Pemandu komuter mengaku tidak bersalah rompak wanita guna pisau
Seorang pemandu komuter mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak dengan bersenjatakan pisau di sebuah perpustakaan desa.
RUU CCUS: Beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
SJKP: 76,664 permohonan diluluskan bernilai RM17.86 bilion
Daripada jumlah itu, sebanyak 68,594 permohonan adalah daripada kalangan belia berusia 40 tahun ke bawah.
Pengairan & saliran: RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem seluruh negara
Mohamad Sabu berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM14.8 juta disalurkan khusus ke negeri-negeri di Pantai Timur.
Agromakanan: KPKM rangka program baharu lonjak pengkomersialan produk
Inisiatif itu bertujuan mengurangkan kegagalan antara fasa prapengkomersial dan pengkomersialan, selain meningkatkan tahap kesediaan produk hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menembusi pasaran.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Persekitaran kadar faedah yang stabil menyokong ekonomi untuk berkembang dengan memberikan perniagaan dan pengguna kepastian yang lebih dalam merancang kewangan dan mengakses kredit.

Tiada keputusan, laporan Malaysia terkait kes penipuan cip AI Nvidia - Tengku Zafrul
Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa.

TNG Digital lancar eKYC sepenuhnya hari ini
Penyedia teknologi kewangan bersepadu terbesar di Malaysia, TNG Digital Sdn Bhd sedang melaksanakan pengesahan elektronik Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital sepenuhnya bermula hari ini.

TNG Digital amalkan akauntabiliti kendiri, komited patuh standard BNM
TNGD akan terus bekerjasama dengan BNM, mematuhi protokol serta mengamalkan akauntabiliti kendiri pada tahap tertinggi.

Untung bersih S1 CIMB Group susut kepada RM1.43 bilion
Hasil turut susut kepada RM4.74 bilion daripada RM5.91 bilion sebelumnya.

Lazada, TNG Digital suntik RM6 juta dalam '#kitabantukita' bagi bantu 320,000 PKS
Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Leo Chow berkata ekonomi digital akan menjadi faktor penting dalam pemulihan ekonomi Malaysia.