KUALA LUMPUR: Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di seluruh negara mencatatkan peningkatan 52 peratus bagi trafik antarabangsa pada Mac 2022 berbanding bulan sebelumnya.
Dalam kenyataan pada Khamis, MAHB menjelaskan peningkatan dengan 420,000 pergerakan penumpang antarabangsa itu direkodkan susulan pelaksanaan pelbagai program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin antara Kuala Lumpur dan Singapura, Bangkok, Phuket dan Phnom Penh selain antara Pulau Pinang dan Singapura.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur turut mengalu-alukan syarikat penerbangan antarabangsa baru iaitu Air India Express pada 28 Mac, yang menyediakan penerbangan tiga kali seminggu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tiruchirappalli di Tamil Nadu, India, tambahnya.
Ia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan asing dengan perkhidmatan berjadual antara Tiruchirappalli dan Kuala Lumpur, menurut MAHB.
Sementara itu, syarikat penerbangan rakan kongsi juga terus menyambung semula lebih banyak laluan antarabangsa seperti Malaysia Airlines (MH) dan Malindo Air yang terbang ke Perth selepas pembukaan semula sempadan Australia pada 3 Mac.
MH menyambung semula penerbangan ke lima bandar di India pada bulan yang sama, dengan perkhidmatan udara ke New Delhi, Bangalore, Mumbai, Chennai dan Hyderabad.
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata pihaknya terus dirangsangkan oleh peningkatan beransur-ansur pergerakan penumpang antarabangsa di lapangan terbang tempatan susulan pembukaan semula sempadan pada 1 April.
"Sejak itu, kami merekodkan purata harian sebanyak 20,000 pergerakan antarabangsa. Kami menjangkakan jumlah ini meningkat lagi sebaik sahaja Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) mula menerima penumpang antarabangsa bulan ini," katanya.
Beliau berkata sebelum pandemik COVID-10 menular, BKI adalah lapangan terbang ketiga paling sibuk bagi trafik antarabangsa dengan purata 8,460 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari.
Pada Mac, MAHB merekodkan 5.31 juta pergerakan penumpang dengan lapangan terbang tempatannya di Malaysia memberi perkhidmatan kepada 57 peratus atau 3.03 juta penumpang.
Aset di Turki, Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul pula memberi perkhidmatan kepada 2.29 juta penumpang, iaitu 1.15 juta penumpang antarabangsa dan 1.14 juta penumpang domestik.
Bagi Malaysia, keseluruhan pergerakan penumpang meningkat sebanyak 19 peratus pada Mac daripada angka pada Februari.
Pergerakan trafik penumpang domestik MAHB juga meningkat 15 peratus kepada 2.61 juta penumpang berbanding dengan angka pada bulan sebelumnya.
"Memandangkan perjalanan udara semakin rancak, Malaysia Airports kekal komited dalam menyediakan pengalaman yang selamat dan lancar kepada semua penumpang yang melalui lapangan terbang kami," jelas MAHB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022

Bagi Malaysia, keseluruhan pergerakan penumpang meningkat sebanyak 19 peratus pada Mac daripada angka pada Februari. - Gambar fail

Lapor serangan seksual: Mangsa OKU perlu lebih sokongan, bantuan - CPS KL
Bagi mangsa, perasaan malu mungkin menebal kerana merasakan apa yang terjadi itu mengaibkan dan ada juga yang menyalahkan diri sendiri.
Mogok pekerja: hampir 300 penerbangan terjejas di Hamburg
Hampir 300 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lapangan Terbang Hamburg pada Ahad selepas pekerja perkhidmatan darat melancarkan mogok tanpa notis awal.
Pasca perang : pemimpin Syria ikrar tumpaskan pemberontak Pro-Assad
Pemimpin baharu Syria, Ahmed Sharaa, berikrar untuk memburu pihak yang terlibat dalam pertempuran ganas antara penyokong setia bekas Presiden Bashar al-Assad dan kerajaan baharu negara itu.
Perang di Ukraine: tentera Rusia kuasai tiga penempatan baharu di Kursk
Tentera Rusia pada Ahad berjaya menawan semula tiga lagi penempatan di wilayah barat Kursk dalam usaha mengusir pasukan Ukraine yang menguasai sebahagian wilayah itu sejak tujuh bulan lalu susulan pencerobohan rentas sempadan.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

EPL: Manchester United tak rela dicop 'park the bus'
Walaupun mendahului dalam babak pertama, mereka akhirnya terpaksa berpuas hati apabila Declan Rice menyamakan kedudukan.
Gencata senjata: Israel henti bekalan elektrik ke Gaza, tekan Hamas
Israel pada Ahad mengumumkan akan menghentikan bekalan elektrik ke Gaza.
Gencatan senjata: A.S dan Hamas runding bebas tebusan di Gaza
Pemimpin Hamas mengadakan beberapa pertemuan dengan perunding tebusan Amerika Syarikat, Adam Boehler, bagi membincangkan pembebasan seorang tahanan Amerika-Israel yang ditahan oleh kumpulan itu di Gaza.
Letupan di Golok: Thailand jamin tingkatkan keselamatan penduduk
Kementerian Pertahanan Thailand memberi jaminan bahawa agensi keselamatannya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan penduduk di selatan Thailand susulan beberapa insiden pengeboman dan tembakan, pada Sabtu.
Keselamatan: Tangguh perjalanan tak penting ke Yala, Narathiwat dan Pattani - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang akan dan sedang berada wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani di Thailand dinasihat mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku, baru-baru ini.

Jumlah trafik udara pada Julai naik 58.8 peratus, trafik antarabangsa pulih kukuh
Sektor penerbangan terus mencatatkan pemulihan berikutan orang ramai mengambil peluang untuk melakukan perjalanan.

Jumlah trafik udara meningkat 76.2 peratus pada Jun 2022 - IATA
Di peringkat global, trafik untuk perjalanan udara kini berada pada 70.8 peratus daripada paras sebelum krisis pandemik.

Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan melonjak 53 peratus - MAHB
Purata 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari, dengan trafik memuncak melebihi 30,000 semasa cuti perayaan Aidilfitri.

Trafik antarabangsa MAHB meningkat 52 peratus, dipacu pembukaan semula sempadan
Peningkatan 420,000 pergerakan penumpang antarabangsa direkodkan susulan pelaksanaan pelbagai program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin.