KUALA LUMPUR: Penurunan inflasi di Malaysia berkemungkinan berterusan sehingga separuh kedua 2023 kerana harga dalam pasaran menyederhana, kata Profesor Ekonomi Malaysia University of Science and Technology (MUST) Geoffrey Williams.
Beliau berkata inflasi dijangka kekal rendah, mungkin antara dua dan 2.5 peratus pada separuh kedua 2023.
"Kenaikan harga telah mula bergerak perlahan merentasi hampir semua kategori terutamanya restoran dan produk makanan, kos internet dan telefon mudah alih sebenarnya sudah semakin murah.
"Ini adalah kelembapan dalam inflasi merentasi banyak sektor yang merupakan petunjuk baik bahawa harga menjadi sederhana," katanya kepada Bernama.
Indeks harga pengguna keseluruhan di Malaysia menunjukkan momentum menurun, di mana ia berada pada 2.4 peratus pada Jun 2023, paras terendah yang dicatatkan setakat ini iatu pada 2023, berbanding 2.8 peratus pada Mei, 3.3 peratus pada April, 3.4 peratus pada Mac dan 3.7 peratus masing-masing pada Februari dan Januari.
Mengenai angka inflasi Jun, Williams berkata angka itu yang jauh lebih rendah berbanding rakan serantau dan global, merupakan berita baik kepada negara dan ia seiring dengan apa yang dijangkakan oleh konsensus sejak Januari.
Beliau berkata angka inflasi yang lebih rendah bukan sahaja menunjukkan dasar Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerajaan berfungsi dengan baik tetapi ia juga merupakan petanda faktor global terutamanya harga minyak yang berada sekitar separuh paras sekarang berbanding tahun lepas.
"Kita akhirnya dapat melihat kesan penurunan kos minyak dan rantaian bekalan seperti yang dijangkakan," katanya.
Beliau berkata ia memberi petunjuk bahawa tiada tindakan lanjut diperlukan melalui Kadar Dasar Semalaman (OPR) tetapi sebaliknya tumpuan boleh diberikan kepada penstabilan pertumbuhan di sebalik ekonomi global yang lebih perlahan.
"Perang harga kini bukan hanya kepada inflasi atau kenaikan harga tetapi pada paras harga dan kemampuan," katanya.
"Sehubungan itu, inilah sebenarnya peranan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan, menggalakkan persaingan, menghapuskan monopoli dan membantu pengguna membuat pilihan yang bijak," katanya.
Williams berkata kerajaan dicadangkan untuk menangani kerakusan, di mana syarikat menyalurkan kenaikan kos kepada pelanggan untuk melindungi keuntungan mereka sendiri.
Beliau berkata sebagai contoh, kenaikan harga makanan bulan lepas tidak akan berlaku sekarang, syarikat-syarikat yang tamak (hanya mahu mengaut keuntungan tinggi) tidak seharusnya membebankan pengguna.
Angka inflasi yang lebih rendah akan membantu menamatkan tekanan kepada BNM untuk menaikkan OPR dan mungkin tiada lagi kenaikan kadar faedah untuk sepanjang tahun ini, katanya.
Sementara itu, AmBank (M) Bhd dalam nota penyelidikan berkata peningkatan dalam inflasi keseluruhan sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan sepanjang baki tahun ini akan diterjemahkan kepada bacaan setahun penuh sebanyak 2.7 peratus, iaitu di bawah jangkaan sepanjang tahun bank itu antara tiga peratus dan 3.5 peratus.
"Mengenai inflasi teras, momentum menurun dijangka berterusan berikutan kesan daripada kenaikan kadar faedah yang dibuat oleh bank pusat.
"Oleh itu, kami tidak melihat sebarang keperluan mendesak untuk kadar faedah dinaikkan lebih tinggi dan kami mengulangi pandangan kami bahawa OPR akan berada pada tiga peratus sepanjang tahun," katanya.
Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada 6 Julai mengekalkan OPR tidak berubah pada tiga peratus.
Mesyuarat seterusnya dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 7 September 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023

Williams berkata inflasi dijangka kekal rendah, mungkin antara dua dan 2.5 peratus pada separuh kedua 2023. - Gambar hiasan/Unsplash

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.

BNM kekal OPR tidak berubah pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat hari ini.

Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.00 peratus.

Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7350/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7325/7380 semalam.

OPR kekal 3 peratus - BNM
Pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.

BNM kekal OPR pada 3 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Trend penurunan inflasi akan berlanjutan pada separuh kedua 2023 - Ahli ekonomi
Penurunan inflasi di Malaysia berkemungkinan berterusan sehingga separuh kedua 2023 kerana harga dalam pasaran menyederhana, kata Profesor Ekonomi MUST, Geoffrey Williams.

Kenanga Research jangka BNM kekal OPR pada paras 3% untuk jangka sederhana
Penyederhanaan berterusan dalam faktor kos mungkin terus memacu kedua-dua inflasi teras dan utama lebih rendah pada bulan-bulan akan datang.

Wanita UMNO desak Bank Negara beri jaminan tiada lagi kenaikan OPR
Wanita UMNO menggesa Bank Negara memberi penjelasan yang lebih jelas kepada rakyat berhubung kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baru-baru ini.