Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Khamis berkata, projek Tun Razak Exchange (TRX) tidak perlu diselamatkan, sambil menambah bahawa Menteri Kewangan Lim Guan Eng sendiri mengakui projek itu akan membawa keuntungan.
Dalam satu catatan di akaun Facebooknya, beliau berkata, pengambilalihan TRX City Sdn Bhd (TRXC), pemaju utama TRX oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dengan nilai nominal RM1 berkuatkuasa 31 Mac 2017, merupakan langkah penting dalam pelan rasionalisasi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang lebih meluas.
"Selepas mengambil alih kedua-dua aset utama tersebut, MOF Inc kemudiannya mengambil alih liabiliti 1MDB tertentu mulai 1 April 2017, sebagai pertukaran pemindahan aset berkenaan.
"YB Lim sendiri mengakui bahawa walaupun dengan suntikan sebanyak RM2.8 bilion lagi oleh MOF Inc, projek TRX akan bernilai sekurang-kurangnya RM7.8 bilion dan menunjukkan keuntungan. Sudah tentu ia tidak boleh dipanggil usaha menyelamat jika wang itu diguna untuk menjana keuntungan," kata Najib.
Terdahulu pada sidang akhbar Khamis, Lim berkata, Kabinet memutuskan untuk menyiapkan projek TRX dan sehingga RM2.8 bilion akan disuntik untuk memastikan ia siap.
Menteri itu juga berkata, projek itu boleh membawa sedikit keuntungan apabila siap dan mendapat balik RM3.7 bilion yang telah dibayar sebelum ini.
Najib berkata, Lim dengan mudah menyatakan komitmen Kerajaan Persekutuan sebanyak RM3.7 bilion untuk projek TRX dan Bandar Malaysia, tetapi gagal untuk menonjolkan nilai aset tanah yang signifikan bagi kedua-dua projek, khususnya projek Bandar Malaysia.
"Jika dirancang, dipasar dan dibangunkan dengan betul, tanah Bandar Malaysia sahaja boleh bernilai RM30 bilion," katanya.
Lebih penting lagi, kata Najib, tiada wang dari TRXC yang disalahgunakan oleh 1MDB.
"Sepertimana yang diamalkan oleh banyak syarikat, kira-kira RM3 bilion pinjaman antara syarikat telah dibuat dari semasa ke semasa oleh TRXC kepada 1MDB.
"Semua ini (pinjaman) antara syarikat telah dibayar balik oleh 1MDB berkuatkuasa 31 Mac 2017 melalui gabungan pembayaran tunai dan dividen yang dibayar oleh TRXC kepada 1MDB.
"Pembayaran balik ini telah dilakukan dengan kelulusan MOF Inc dan telah dikaji dan ditandatangani dengan betul oleh juruaudit TRXC dalam penyata kewangan pada 31 Mac 2017.
"Oleh kerana TRXC dimiliki 100 peratus oleh 1MDB, yang mana ia 100 peratus milik MOF, sudah pasti 1MDB tidak boleh mencuri RM3 bilion daripada dirinya sendiri untuk membayar balik pinjamannya sendiri," katanya.
BACA: 'Namanya Tun Razak, bukan Najib Razak' - Guan Eng mahu identiti TRX kekal
BACA: 'Saya tidak akan tinggalkan Malaysia, akan tetap lawan tuduhan' - Najib
BACA: 1MDB: TRXC akan buat laporan polis
Najib berkata, beliau gembira kerana kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan projek TRX "yang akan membawa puluhan ribu pekerjaan baharu dan menubuhkan sebuah pusat kewangan bertaraf dunia di Kuala Lumpur."
Bagaimanapun, beliau menegur Lim kerana "menyebar separuh kebenaran dan pembohongan secara terang-terangan dalam kenyataannya hari ini (Khamis) mengenai TRXC", yang memiliki tanah 28.3 hektar bagi projek TRX dan 196.7 hektar bagi Bandar Malaysia.
Beliau mengingatkan Lim agar tidak membuat kenyataan yang tidak tepat sebagai sebahagian daripada "dendam politik Pakatan Harapan (PH) terhadap saya dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini."
"Bukan sahaja ia tidak profesional, ia menakutkan pelabur dalam pasaran mata wang, bon dan saham. Tentunya kesejahteraan ekonomi kita lebih penting daripada mengeluarkan kenyataan bermotif politik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 21 2018

Najib berkata, tiada wang dari TRX City yang disalahgunakan oleh 1MDB. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.