Tujuh persetujuan berhubung pengambilan lebih ramai anak tempatan Sarawak dalam Petronas dicapai secara baik dalam mesyuarat antara kerajaan negeri Sarawak dan Petronas di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin juga menghadiri mesyuarat tersebut.
Ketika ditemui pada sidang media di sini hari ini bersama timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Gani, Adenan berkata persetujuan pertama yang dicapai ialah Petronas bersetuju supaya seorang anak Sarawak menjadi ahli Lembaga Pengarahnya.
"Saya mencadangkan Mohamad Morshidi mewakili Sarawak. Beliau secara kebetulan pernah berkhidmat dengan Petronas dan beliau akan melaporkan kepada kerajaan negeri setiap enam bulan atau bila-bila masa yang perlu," katanya.
Persetujuan yang kedua, kata Adenan ialah 192 jawatan yang sekarang kosong akan diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan dan diisi oleh anak tempatan Sarawak.
"Petronas akan berunding dengan kerajaan negeri jika tiada anak tempatan Sarawak yang sesuai untuk mengisi mana-mana jawatan tersebut.
"Persetujuan ketiga ialah ia akan menyediakan sehingga 50 tempat untuk anak tempatan Sarawak melanjutkan pengajian mahasiswa di Universiti Teknologi PETRONAS di Perak," katanya.
Beliau berkata, bagi persetujuan keempat, Petronas akan memperhebatkan latihan teknikal serta mengambil lebih ramai anak Sarawak di pusat latihannya di seluruh negara.
Mengenai persetujuan kelima, Ketua Menteri berkata, Petronas telah membayangkan komitmennya untuk menyokong dua industri petrokimia yang sekarang di bawah rundingan peringkat akhir.
"Ia juga akan menyokong industri petrokimia dan industri hiliran yang lain selepas kajian bersama mengenai industri petrokimia dengan kerajaan negeri siap," kata beliau.
"Mengenai persetujuan keenam, Petronas bersama kerajaan persekutuan jug akan mempertimbangkan hasrat Kerajaan Sarawak untuk menyertai Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) supaya Sarawak boleh mendapat manfaat daripada kontrak tersebut," katanya.
"Persetujuan akhir sekali, Petronas bersetuju untuk mengambil lebih ramai anak Sarawak bagi mengisi jawatan bukan eksekutif hingga ke peringkat pengurusan.
"Petronas bersetuju untuk meningkatkan bilangan anak tempatan Sarawak di peringkat pengurusan daripada 33 peratus sekarang kepada 60 peratus.
"Ia bersetuju untuk meningkatkan kakitangan di peringkat pengurusan daripada 41 peratus sekarang kepada 60 peratus dan di peringkat eksekutif daripada 48 peratus sekarang kepada 75 peratus," katanya.
Adenan berkata untuk jawatan bukan eksekutif, bilangan kakitangan akan dikekalkan 95 peratus.
"Inilah adalah pelan kerja yang dikemukakan oleh Petronas untuk meningkatkan jumlah pekerja anak Sarawak dan angka itu akan dicapai menjelang 2020," kata beliau.
Beliau berkata pada masa ini, 3,880 daripada 5,190 kakitangan Petronas di negeri ini terdiri daripada anak jati Sarawak.
Adenan berkata Tan Sri Morshidi akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kecil tidak lama lagi untuk mengkaji pengeluaran permit kerja.
"Kerajaan negeri akan mengkaji semua 586 jawatan yang sekarang menunggu kelulusan bagi permi kerja bagi memastikan anak tempatan Sarawak diutamakan untuk mengisi jawatan-jawatan itu.
"Berhubung dengan royalti minyak dan perkara lain, ia akan dibincangkan kemudian," kata Adenan dan menambah beliau berpuas hati dengan persetujuan yang dicapai setakat ini.
Bernama
Sun Aug 28 2016

Adenan berkata pada masa ini, 3,880 daripada 5,190 kakitangan Petronas di negeri ini terdiri daripada anak jati Sarawak. -Gambar fail
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.

Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.

Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.

Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.

Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.

Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.

Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.

GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963

Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.

Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.