KUALA LUMPUR: Menyedari usaha mencegah jenayah rasuah di sektor pembinaan memerlukan penglibatan semua pihak dan perlu dilakukan sejak dari awal, UDA Holdings Berhad (UDA) memperkenalkan inisiatif Pakatan Integriti Perolehan menerusi Polisi Anti Rasuah dan Integriti pada 2015.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA Mohd Salem Kailany berkata Pakatan Integriti Perolehan berkenaan merupakan deklarasi UDA bersama rakan niaganya untuk bersama-sama menangani sebarang gejala rasuah dan salah laku.
Katanya menerusi inisiatif itu UDA dan rakan niaganya tidak boleh membayar, menawar, meminta dan menerima rasuah untuk mendapatkan sebarang bentuk pekerjaan, kontrak atau tender.
"Sekiranya berlaku pelanggaran atau ketidakpatuhan, pembida boleh ditamatkan kontrak, hilang kelayakan bidaan, pelucutan hak wang kesungguhan dan disenarai hitam serta kakitangan terlibat boleh dikenakan tindakan tatatertib dan diserahkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut Mohd Salem rasuah dalam sektor pembinaan boleh berlaku sekiranya kerja yang dijalankan tidak mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan tidak menerapkan nilai tadbir urus korporat dan budaya kerja yang telus dan kompetitif.
UDA katanya telah memperoleh pensijilan ISO 37001: 2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) pada tahun lepas sebagai strategi untuk memperkukuh komitmen pencegahan rasuah secara lebih menyeluruh melibatkan segenap lapisan tenaga kerjanya.
Tambahnya, UDA sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merupakan agensi pertama menerima pensijilan berkenaan.
"UDA turut menjalinkan kerjasama strategik dan perkongsian pintar dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Institut Integriti Malaysia (IIM), Transparency International-Malaysia (TI-M) dan Malaysian Institute of Corporate Governance (MICG) dalam usaha memartabatkan budaya kerja berintegriti serta mewujudkan ekosistem pencegahan rasuah yang efektif.
"Pada tahun lepas UDA juga melaksanakan kaji selidik tahunan alat ukuran integriti yang dibangunkan oleh IIM bagi mengukur dan menanda aras amalan dan budaya tadbir urus, integriti dan antirasuah di UDA," katanya.
Katanya mulai Januari lepas atas dokongan serta komitmen Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat itu, UDA telah melaksanakan Deklarasi Aset dan Liabiliti dengan setiap warga kerjanya perlu mengisytiharkan aset dan liabiliti mereka secara tahunan dalam menangani risiko rasuah.
"Deklarasi ini mewajibkan warga kerja di semua peringkat termasuk Ahli Lembaga Pengarah mengisytiharkan harta dan tanggungan yang dimiliki atau diwarisi oleh diri sendiri dan pasangan bagi tujuan mencegah rasuah, konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa serta meningkatkan ketelusan dan kepercayaan awam," katanya.
Menurutnya deklarasi itu, ia dapat memastikan pemilikan harta dan gaya hidup pekerja seimbang dengan kemampuan dan pengisytiharan perlu dilakukan setiap tahun walaupun tanpa sebarang harta atau tanggungan, semasa menyertai UDA, semasa memperoleh harta atau tanggungan baharu serta semasa pelupusan harta.
Menurut Mohd Salem, selain memperkenalkan inisiatif sendiri, UDA juga komited dalam mematuhi inisiatif-inisiatif membanteras rasuah yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti Penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM dan pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) membabitkan program integriti dan antirasuah.
Katanya UDA kini dalam usaha merangka program CSR bersesuaian untuk dianjurkan pada masa hadapan demi menyokong usaha kerajaan dan SPRM dalam membanteras gejala rasuah.
Menurutnya, UDA berpendapat penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dapat mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, bersih dan bebas rasuah selain diharap dapat menggalakkan organisasi komersial melaksanakan usaha pencegahan rasuah dan mempromosikan tadbir urus yang baik.
Beliau berkata UDA melihat penguatkuasaan seksyen itu dapat menjadi garis panduan dalam mewujudkan syarikat yang sifar rasuah berikutan tiada pihak terkecuali dan UDA tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang terbabit dengan salah laku serta rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022

Pakatan Integriti Perolehan berkenaan merupakan deklarasi UDA bersama rakan niaganya untuk bersama-sama menangani sebarang gejala rasuah dan salah laku. -Gambar hiasan
AWANI Borneo [28/2/2025] – Dipercayai Tinggalan Perang Dunia Ke-2 | Hanya Digantung Di Sabah | Promosi Kepentingan Jaga Bumi
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya
- Dua butir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Papar
- Keahlian saya di UMNO Pusat masih aktif - Shahelmey
- RWMF 2025 kembali dengan 170 pemuzik handalan serata dunia
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Dua butir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Papar
- Keahlian saya di UMNO Pusat masih aktif - Shahelmey
- RWMF 2025 kembali dengan 170 pemuzik handalan serata dunia
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Liputan rangkaian 5G capai 82.4 peratus setakat Disember
Capaian liputan rangkaian 5G di negara ini mencapai 82.4 peratus di kawasan berpenduduk setakat Disember lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
RWMF 2025 bukan sekadar hiburan, platform mendidik kepentingan menjaga bumi
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, RWMF 2025 adalah kesinambungan daripada edisi sebelum ini yang mahu mengajak pemuzik dan pengunjung bersama-sama melindungi alam sekitar dan mempromosi pelancongan bertanggungjawab.
Empat sekawan lengkapkan misi jalan kaki sejauh 585km
Selepas menempuh perjalanan sejauh 585 kilometer dari Tawau ke Sandakan dengan berjalan kaki, empat anak muda sabah berjaya menamatkan misi mereka di mercu tanda 'I Love Sandakan', Harbour Square pada Khamis.
Keahlian saya di UMNO Pusat masih aktif - Shahelmey
ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya, memaklumkan keahlian UMNO beliau di peringkat pusat masih aktif meskipun digantung di peringkat negeri Sabah.

JPG komited pacu kelestarian bersama iSPOC
Kompleks Minyak Sawit Lestari Bersepadu (iSPOC) membuka peluang ekonomi dalam pelbagai sektor selain menawarkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup pekebun kecil.
Sabah terima pelaburan lebih AS$2.5 bilion melalui POIC Lahad Datu
Antara pelaburan tersebut termasuk TS Asia Green Infrastructure Sdn Bhd, yang merancang untuk membangunkan kemudahan penyimpanan dan penapisan minyak di taman perindustrian POIC Lahad Datu, yang berperanan sebagai hab logistik untuk BIMP-EAGA dan rantau sekitarnya.
Penerbangan MASwings dari KK ke Lahad Datu tidak dibatalkan
Pengerusi POIC Sabah, Datuk Yong Teck Lee, menegaskan bahawa perkhidmatan penerbangan itu masih berjalan seperti biasa berdasarkan perjanjian antara MASwings dan kerajaan malaysia untuk menyediakan perkhidmatan udara luar bandar.

Kinohimitsu, PMKKL lancar inisiatif saringan mata percuma
Program ini bertujuan menyediakan pemeriksaan mata percuma serta meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan penglihatan, khususnya dalam kalangan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.
Dua butir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Papar
Ketua Polis Daerah Papar, Suprintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, penemuan pertama dilaporkan pada 25 Februari lalu dan yang kedua sehari kemudian ketika kerja-kerja mengorek tanah untuk pembinaan tangki air dilaksanakan.

PIFF 2025: Pacu industri francais dan kopi di Malaysia sejak 2004
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah
Belanjawan Sabah 2025 dan Belanjawan 2025 peringkat Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bagi memajukan sektor keusahawanan di negeri ini.

50 PMKS bakal diiktiraf dalam Anugerah Enterprise 50 malam ini
Pencapaian 50 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terbaik di Malaysia bakal diiktiraf dan diumumkan sebagai pemenang Anugerah Enterprise 50 (E50) bagi tahun 2024 pada malam ini.

Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.

14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.

INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini - Ewon
INSKEN sasar untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang telah dilatih di seluruh negara pada tahun lepas.

KUSKOP fokus kukuhkan rangkaian koperasi Coop Mart
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memberi fokus kepada usaha mengukuhkan rangkaian kedai koperasi Coop Mart sedia ada.

Kerajaan sentiasa ada bantuan kewangan untuk usahawan - Ramanan
Usahawan kecil tidak perlu risau mengenai aspek modal kerana kerajaan sentiasa mempunyai skim bantuan kewangan khusus untuk mereka.

KUSKOP jamin bantu mudahkan usahawan PKS kembangkan perniagaan - Ramanan
KUSKOP memberi jaminan untuk membantu memudahkan pemain industri PKS mengembangkan lagi perniagaan mereka termasuk dari aspek pembiayaan kewangan.

Kuskop lahirkan 83,361 usahawan baharu seluruh negara tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berjaya melahirkan seramai 83,361 usahawan baharu di seluruh negara sepanjang tahun ini.