KUALA LUMPUR: Cadangan UEM Sunrise Bhd. untuk membeli tanah pegangan bebas yang terletak berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) gagal dimuktamadkan selepas syarat-syarat terdahulu di bawah perjanjian jual beli (SPA) tidak dipenuhi dalam tempoh bersyarat, yang tamat pada Selasa.
Menurut syarikat pemaju hartanah itu, vendor, Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Lucky Bright Star Sdn Bhd, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari, memandangkan SPA itu telah luput,
Pada masa sama, katanya, Lucky Bright Star juga akan memulangkan dokumen berkaitan kepada Nipponkey.
"Selepas itu, Lot 228 SPA akan ditamatkan dan tidak akan berkuat kuasa lagi dan kedua-dua pihak tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan terhadap pihak yang lain kecuali berkenaan dengan sebarang pelanggaran terdahulu,” katanya dalam makluman di Bursa Malaysia semalam.
Tanah seluas 6.39 ekar itu terletak di Lot 228, Jalan Sultan Yahya Petra (dahulunya dikenali sebagai Jalan Semarak), iaitu kira-kira 2.5 kilometer timur laut KLCC.
Pada 4 Ogos lalu, UEM Sunrise mengumumkan cadangan pembelian tanah itu membabitkan pertimbangan berjumlah RM384 juta yang dilaksanakan secara tunai sebanyak RM235.8 juta dan pembayaran 'in-kind' sebanyak RM148.25 juta.
Penyelesaian melalui pertimbangan 'in-kind' itu melibatkan Nipponkey memeterai 16 perjanjian pelupusan dan pemindahan tanah (DLTA) dengan anak syarikat tidak langsung milik penuh UEM Sunrise, Nusajaya Rise Sdn Bhd (NRSB) dan Symphony Hills Sdn Bhd (SHSB), pemilik berdaftar seluas 107.82 ekar tanah yang terletak di Tanjung Kupang, Johor, serentak dengan pelaksanaan Lot 228 SPA.
Di antara 16 DLTA, dua antara SHSB dan Nipponkey adalah untuk pelupusan dan pemindahan dua bidang tanah bumiputera yang ditakrifkan sebagai 'Tanah Bumi SHSB'.
Malah, menurut UEM Sunrise lagi, DLTA berkenaan juga telah luput pada Rabu.
"Sebaik saja DLTA bagi NRSB dan SHSB luput, pihak yang memindahkan (Nipponkey) perlu mengembalikan dokumen berkaitan kepada NRSB dan SHSB," katanya.
Tanah-tanah tersebut adalah sebahagian daripada Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri. DLTA NRSB, DLTA SHSB dan DLTA SHSB Bumi secara kolektif dirujuk sebagai 'DLTA Tanah Gerbang Nusajaya'.
Dalam DLTA Gerbang Nusajaya Lands, Nipponkey dinyatakan sebagai penerima pindahan. Nipponkey ialah sebuah syarikat swasta berhad. Menurut pemfailan bursa pada 4 Ogos lalu, modal sahamnya ialah RM181.32 juta dibahagikan kepada 100,000 saham biasa dan 181 juta saham keutamaan boleh tebus. Aktiviti utamanya ialah pegangan harta.
Susulan itu, saham dan waran berstruktur UEM itu kemudiannya dihentikan mulai pukul 9 hingga 10 pagi pada sesi dagangan Rabu.
Setakat 3.25 petang semalam, harga sahamnya kekal tidak berubah pada 26.5 sen dengan 5.46 juta saham diniagakan. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Feb 09 2023

Pada 4 Ogos lalu, UEM Sunrise mengumumkan cadangan pembelian tanah itu membabitkan pertimbangan berjumlah RM384 juta yang dilaksanakan secara tunai sebanyak RM235.8 juta dan pembayaran 'in-kind' sebanyak RM148.25 juta.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Lima syarikat China berminat labur di Taman Perindustrian TBB, Gerbang Nusajaya
Lima syarikat terkemuka itu mempunyai kepakaran dalam bidang berteknologi tinggi termasuk kejuruteraan dan sumber tenaga.

UEM Sunrise mampu jana keuntungan lebih baik dengan pembelian tanah lain - AmInvestment
Menurutnya, nisbah kos kepada GDV bagi tanah itu, iaitu 26%, adalah tidak menarik berbanding julat purata industri antara 15% dan 20%.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

UEM Sunrise jalin kerjasama dengan 9 vendor tempatan, tangani kenaikan harga
Program tersebut mampu memupuk sinergi untuk jangka masa panjang dan menggalakkan kerjasama antara UEM Sunrise dan syarikat yang terlibat.

UEM Sunrise, EcoWorld fail permohonan bergabung - Laporan Bursa
Khazanah Nasional akan menjadi pemegang saham terbesar bagi kedua-dua syarikat ini selepas penggabungan, melalui pegangan saham mereka dalam syarikat UEM Group.

Pembatalan projek pusat perdagangan Asean bukan tidak yakin potensi Iskandar Malaysia
Keputusan UEM Sunrise untuk tidak meneruskan projek Pusat Perdagangan ASEAN di Iskandar Malaysia bukan kerana syarikat tersebut tidak yakin terhadap potensi besar wilayah ekonomi itu.