KUALA LUMPUR: UMW Group mencatatkan rekod jualan tertinggi sebanyak 383,054 unit kenderaan pada 2022, melonjak 46 peratus daripada 262,685 unit dicatatkan pada 2021.
Ini berikutan UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu, Perodua melepasi sasaran jualan mereka pada tahun tersebut.
Menurut UMW Group, prestasi UMWT dan Perodua didorong terutamanya oleh permintaan kukuh yang dipacu oleh pengecualian cukai jualan dan model kenderaan baharu yang dilancarkan pada tahun itu.
Dalam kenyataan pada Isnin, katanya UMWT menyaksikan 101,035 unit diserahkan pada 2022, meningkat 40 peratus daripada 72,394 unit dicatatkan pada 2021.
Oleh itu, ia mengekalkan kepimpinannya dalam segmen automotif bukan nasional melalui jualan model terlaris seperti Vios, Hilux dan Corolla Cross.
UMWT mencatatkan 10,440 unit pada Disember 2022 manakala Perodua mencatatkan 31,224 unit pada bulan yang sama, jualan bulanannya yang tertinggi.
Katanya Perodua berjaya mengekalkan kedudukannya dalam industri automotif Malaysia dengan serahan sebanyak 282,019 unit pada 2022, meningkat 48 peratus daripada 190,291 unit dicatatkan pada 2021.
Perodua turut mencapai pengeluaran tahunan tertinggi sejak penubuhannya dengan 289,054 unit pada 2022.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata UMWT dan Perodua telah menunjukkan daya tahan dan mencatatkan prestasi yang amat baik pada tahun tersebut berdasarkan cabaran yang dihadapi oleh industri automotif.
"Kami optimis secara berhati-hati bahawa industri automotif akan terus mencatatkan prestasi yang baik pada 2023 berdasarkan tempahan yang menggalakkan dan permintaan kukuh yang berterusan.
"Kumpulan akan terus memperkenalkan model baharu yang menarik dengan harga kompetitif untuk memenuhi keperluan pelanggan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023

UMWT menyaksikan 101,035 unit diserahkan pada 2022, meningkat 40 peratus daripada 72,394 unit dicatatkan pada 2021. - Foto fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Generasi keempat Toyota Vios dilancar, harga bermula RM89,600
Model sedan subkompak ini ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.5 G (AT) dan 1.5 E (AT) dengan lima pilihan warna.

UMW Group catat rekod jualan tertinggi 383,054 kenderaan pada 2022
UMW Group mencatatkan rekod jualan tertinggi sebanyak 383,054 unit kenderaan pada 2022, melonjak 46 peratus daripada 262,685 unit pada 2021.

Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak 14 peratus
Jualan automotif Kumpulan UMW melonjak 14 peratus pada Jun 2022 apabila kedua-dua UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan yang lebih baik.

Toyota Veloz 1.5 liter boleh ditempah mulai sekarang
Dilengkapi dengan ciri-ciri tersendiri, Toyota Veloz serba baharu menjanjikan "Kebahagiaan Di Dalam dan Luar".

UMW Toyota Motor catat jualan 22,447 unit kenderaan untuk suku pertama 2022
Berdasarkan jualan bulan ke bulan, penjualan Lexus meningkat kepada 101 unit pada bulan Mac berbanding 66 unit pada Februari 2022.