KUALA LUMPUR: BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.2 peratus pada tahun ini berbanding 4.0 peratus sebelum ini berikutan pengembangan 5.6 peratus yang lebih baik daripada jangkaan pada suku pertama (S1).
Firma penyelidikan itu berkata prestasi S1 Malaysia jauh melebihi konsensus dan jangkaan sendiri iaitu pada 4.8 peratus.
"Bagaimanapun, gambaran itu bukanlah menceriakan. Angka (pertumbuhan) terkini masih sepadan dengan kelembapan mendadak, daripada 7.1 peratus pada suku keempat 2022 (S4 2022).
"Atas asas pelarasan musim, lantunan semula 0.9 peratus suku ke suku tidak cukup besar untuk membalikkan penguncupan 1.7 peratus pada suku keempat (S4) tahun lepas," katanya dalam laporan tinjauannya untuk Malaysia hari ini.
BMI juga menjangkakan penggunaan swasta berkembang sebanyak 5 peratus tahun ini, rendah dengan ketara daripada 11.3 peratus pada 2022 disebabkan simpanan isi rumah yang merosot dan keadaan monetari yang lebih ketat.
Ia percaya rangsangan ekonomi pada separuh kedua 2022 berpunca daripada kesan asas dan permintaan terpendam berikutan kelonggaran sekatan COVID-19 telah berkurangan dan isi rumah mengeluarkan simpanan mereka dengan ketara sejak April tahun lalu.
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan untuk tidak lagi membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang mana ia dibolehkan ketika pandemik.
"Seiring dengan kenaikan terkumpul 125 mata asas oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 2022, kami menjangkakan penggunaan swasta akan terus perlahan pada suku-suku akan datang," tambah firma penyelidikan itu.
BMI berkata impak kos pinjaman yang tinggi juga akan dirasai oleh perniagaan, yang menyokong unjuran untuk pertumbuhan pelaburan perlahan kepada 2.3 peratus daripada KDNK pada 2023 berbanding 7.5 peratus pada 2022.
Landskap perniagaan juga kekal mencabar apabila Indeks Pengurus Pembelian (PMI) sektor pembuatan Malaysia mencapai 48.8 pada bulan April, menandakan bulan kelapan berturut-turut yang mana bacaan kekal di bawah paras 50.0.
Selain itu, tinjauan mengenai kecenderungan perniagaan kekal di bawah paras 2022 dan menunjukkan bahawa sentimen kekal lemah.
Bagi eksport, BMI mengunjurkan pertumbuhan "akan perlahan kepada satu peratus pada 2023 daripada 12.8 peratus pada 2022 di tengah-tengah kelembapan dalam ekonomi global."
"Pasukan global kami memang menjangkakan pertumbuhan ekonomi global akan berkurangan daripada 3.1 peratus pada 2022 kepada 2.1 peratus pada 2023.
"Sebaliknya, kami percaya industri semikonduktor mungkin mula merosot pada separuh kedua berdasarkan kitaran lalu, manakala pembukaan semula ekonomi China seharusnya memberi petanda baik bagi sektor pelancongan Malaysia," katanya.
Secara keseluruhannya, BMI berkata pemulihan ekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan yang berpunca dari China akan memberi petanda baik bagi ekonomi Malaysia yang berorientasikan eksport kerana republik itu merupakan destinasi eksport kedua terbesar Malaysia, mencakupi hampir 13 peratus daripada jumlah penghantaran keluar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023

Firma penyelidikan itu berkata prestasi S1 Malaysia jauh melebihi konsensus dan jangkaan sendiri iaitu pada 4.8 peratus. -Gambar hiasan/pixabay.com

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.

BMI unjur ekonomi Malaysia 2024 berdaya tahan pada 5.0 peratus
BMI, syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan ekonomi Malaysia pada 2024 berdaya tahan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar 5.0 peratus.

BMI semak naik unjuran pertumbuhan perbelanjaan kesihatan kepada 8.7 peratus
BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran pertumbuhan perbelanjaan kesihatan Malaysia kepada 8.7 peratus setahun bagi tempoh 2023 hingga 2028.

Perbelanjaan isi rumah diunjur tumbuh lima peratus kepada RM952.6 bilion tahun depan - BMI
BMI, unit Fitch Solutions, mengunjurkan perbelanjaan isi rumah Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus tahun ke tahun pada 2025 kepada RM952.6 bilion.

Perbelanjaan kesihatan Malaysia 2023-2028 diunjur meningkat pada CAGR 8.3 peratus - BMI
Unjuran positif itu disokong oleh peningkatan dua angka dalam belanjawan penjagaan kesihatan kerajaan pada 2023 dan 2024.

Ringgit mengukuh separuh kedua 2024, cecah RM4.40 berbanding dolar AS pada akhir 2025 - BMI
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan ringgit terus mengukuh pada separuh kedua 2024 dan awal 2025, mencecah RM4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025.

BMI kekal unjuran defisit belanjawan Malaysia pada 4.9 peratus
BMI mengekalkan unjuran defisit belanjawan kerajaan Malaysia 2023 pada 4.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

BMI semak naik jualan kenderaan di Malaysia untuk 2023
BMI telah menyemak naik unjuran jumlah jualan kenderaan di Malaysia bagi tahun 2023, ia meningkat sebanyak 3.8 peratus.

Unit Fitch Solutions menaikkan unjuran KDNK 2023 Malaysia kepada 4.2 peratus
Firma penyelidikan itu berkata prestasi S1 Malaysia jauh melebihi konsensus dan jangkaan sendiri iaitu pada 4.8 peratus.

Pertumbuhan kredit Malaysia dijangka susut sedikit tetapi bank kekal stabil - Fitch Solutions
Bank-bank di Malaysia secara agregat dijangka kekal pada kedudukan yang stabil.