KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd melonjak kepada RM107.34 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2022 daripada RM62.34 juta pada suku yang sama tahun kewangan 2021.
Prestasi ini didorong terutama oleh keuntungan kasar dan pendapatan kewangan lebih tinggi serta kos kewangan lebih rendah di samping sumbangan lebih tinggi daripada syarikat usaha sama, dan diimbangi sebahagian oleh perbelanjaan pentadbiran lebih tinggi.
Perolehan meningkat 29.2 peratus kepada RM1.78 bilion seiring dengan purata harga jualan gas lebih tinggi, sejajar dengan harga pasaran global, diimbangi oleh jumlah jualan gas asli yang rendah pada suku tersebut, menurut syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, pada Khamis.
Syarikat itu menjelaskan peningkatan seterusnya dalam perolehan juga dipacu oleh tempahan yang lebih tinggi oleh pihak kapal bagi gas untuk penghantaran yang boleh dijamin tersedia pada masa tertentu bagi penggunaan sistem pengagihan gas asli (NGDS) pada suku itu.
Keuntungan asas sesaham syarikat pengedaran gas asli itu adalah 8.36 sen daripada 4.86 sen.
Susulan prestasi kewangan yang baik, Gas Malaysia mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 5.90 sen sesaham bagi 1,284,000,000 saham biasa dengan berjumlah RM75.75 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022, yang akan dibayar pada 28 Okt, 2022.
"Ekonomi Malaysia dijangka terus berdaya tahan pada 2022, disokong oleh permintaan domestik yang bertambah baik apabila aktiviti ekonomi semakin normal dengan pelonggaran langkah pembendungan pandemik.
"Syarikat akan terus mengambil langkah berhemat untuk mengekalkan kecekapan operasi, kekal berdaya saing dan mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan," jelas Gas Malaysia.
Menurut syarikat itu susulan itu, lembaga pengarah menjangkakan syarikat merekodkan prestasi yang memuaskan bagi tahun kewangan 2022 seiring dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022

Gas Malaysia mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 5.90 sen sesaham bagi 1,284,000,000 saham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022, yang akan dibayar pada 28 Okt, 2022. - Gambar fail/Gas Malaysia

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Pendapatan Gas Malaysia susut disebabkan kelemahan dalam volum jualan gas asli
Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd susut kepada RM383.40 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 (TK2023) berbanding RM389.54 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya.

Untung bersih Gas Malaysia melonjak kepada RM107.34 juta pada suku kedua
Prestasi ini didorong terutama oleh keuntungan kasar dan pendapatan kewangan lebih tinggi serta kos kewangan lebih rendah.

Gas Malaysia catat untung, hasil lebih tinggi pada suku pertama
Gas Malaysia turut mengumumkan dividen akhir sebanyak 6.87 sen sesaham berjumlah lebih RM88 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2021, akan dibayar pada 27 Julai, 2022.

Jualan gas dijangka pulih Q4, CGS-CIMB kekal saranan 'tambah' ke atas Gas Malaysia
Unjuran EPS bagi FY21 dan FY23 masing-masing dinaikkan sebanyak 9% dan 7% yang mencerminkan margin kasar yang tinggi daripada kecekapan operasi dan perniagaan yang tidak dikawal.

Semakan tarif gas asli untuk sektor bukan tenaga mulai 1 Januari 2017
Gas Malaysia Bhd telah menerima kelulusan kerajaan untuk melaksanakan semakan tarif gas asli untuk sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia mulai 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2019.