KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Public Bank Bhd naik kepada RM6.12 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 (tahun kewangan 2022) berbanding RM5.66 bilion setahun yang lepas, disokong oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit pelanggan yang baik.
Perolehan pada tahun kewangan 2022 naik kepada RM21.43 bilion daripada RM19.62 bilion sebelum ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Menurut Public Bank, pinjaman kasar meningkat sebanyak RM18.9 bilion atau 5.3 peratus kepada RM376.9 bilion sehingga 31 Dis 2022, daripada RM358.0 bilion pada tahun lepas, sebahagian besarnya didorong oleh pertumbuhan dalam pembiayaan gadai janji dan pembiayaan sewa beli.
"Jumlah deposit daripada pelanggan naik sebanyak 3.8 peratus atau RM14.3 bilion kepada RM394.7 bilion sehingga 31 Dis 2022.
"Nisbah pinjaman susut nilai kasar kumpulan meningkat sedikit tetapi kekal baik pada 0.4 peratus sehingga 31 Dis 2022, sejajar dengan trend industri," katanya.
Sementara itu, pada suku keempat tahun kewangan 2022, keuntungan bersihnya naik kepada RM1.71 bilion daripada RM1.38 bilion pada tahun sebelumnya manakala perolehan meningkat kepada RM6.06 bilion daripada RM4.86 bilion sebelum ini.
Mengenai prospek, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, cabaran ekonomi yang berterusan akan terus memberi kesan limpahan kepada sektor perbankan.
"Sentimen pengguna dan perniagaan akan terus terjejas oleh tekanan inflasi yang tinggi dan pertumbuhan global yang lembap.
"Bagaimanapun, prospek ekonomi Malaysia kekal positif dan ini akan terus menyokong persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan perniagaan perbankan," katanya.
Berdasarkan kumpulan terus mengembangkan perniagaan perbankan runcit dan komersialnya, beliau berkata bank akan kekal fokus kepada transformasi digital, agenda kemampanan serta peningkatan kemahiran dan kemahiran semula kakitangan, untuk memastikan pertumbuhan pendapatan yang mampan dan melindungi kepentingan pihak berkepentingan pada setiap masa.
Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 5.0 sen sesaham yang akan dibayar pada 22 Mac 2023, berdasarkan tarikh kelayakan dividen pada 14 Mac 2023. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Keuntungan bersih Public Bank Bhd naik kepada RM6.12 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 (tahun kewangan 2022) berbanding RM5.66 bilion setahun yang lepas, disokong oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit pelanggan yang baik. - Gambar fail
Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [6 Februari 2025]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
2. Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
3. Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama seperti negara Islam lain - PM
1. Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
2. Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
3. Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama seperti negara Islam lain - PM
ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Public Bank cadang ambil alih 44.5 peratus pegangan dalam LPI Capital bernilai RM1.72 bilion
Berikutan itu, Public Bank diwajibkan memberi MGO bagi kepentingan ekuiti selebihnya dalam LPI yang belum lagi dimiliki oleh bank itu.
Keluarga Teh Hong Piow kurangkan pegangan dalam Public Bank kepada 10 peratus
Pengurangan ini akan dilaksanakan melalui tawaran terhad bagi jualan (ROFS) saham Public Bank yang dipegang.
Public Bank cadang ambil alih 44.15% saham LPI Capital bernilai RM1.72 bilion
Public Bank Berhad menandatangani perjanjian jual beli bersyarat bagi mengambilalih 44.15% saham dalam kepentingan ekuiti LPI Capital Bhd dengan pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion.
Keuntungan bersih Public Bank naik kepada RM6.65 bln bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan Public Bank bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 meningkat kepada RM6.65 bilion daripada RM6.12 bilion setahun lalu.
Public Bank sedia kemudahan pembiayaan untuk pengedar sah Perodua
Kerjasama itu sejajar dengan kedudukan Perodua sebagai pengeluar kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia.
Untung bersih Public Bank naik kepada RM6.12 bilion pada tahun kewangan 2022
Perolehan pada tahun kewangan 2022 naik kepada RM21.43 bilion daripada RM19.62 bilion sebelum ini.
Pemergian Teh Hong Piow: PM zahir ucapan takziah, doakan keluarga tabah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergiaan pengasas Public Bank, mendiang Tan Sri Teh Hong Piow pada Isnin.
Pengasas Public Bank, Teh Hong Piow meninggal dunia
Pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 10.20 pagi Isnin.
Public Mutual lantik Chiang Kang Pey sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Chiang menyandang jawatan Timbalan CEO pada Oktober 2021 dan sebelum itu, beliau ialah pengurus besar pengurusan portfolio ekuiti.
Public Mutual umum agihan lebih RM103 juta bagi lima dana
Pengagihan kasar yang diumumkan itu bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2022.