KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Sime Darby Property Bhd merosot kepada RM51.84 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 berbanding RM66.04 juta tahun lepas.
Perolehan bagi suku yang dikaji turut menyusut kepada RM480.33 juta berbanding RM588.77 juta tahun lepas berikutan penurunan sumbangan daripada segmen pembangunan hartanah.
Bagaimanapun, ia diimbangi oleh prestasi kewangan lebih baik daripada dua lagi segmen perniagaan terasnya iaitu pelaburan dan pengurusan aset, dan rekreasi.
"Kemerosotan perolehan itu disumbangkan terutamanya berikutan aktiviti pembangunan yang lebih rendah di City of Elmina, Serenia City, Bukit Jelutong dan KLGCC Resort, di samping jualan lebih rendah daripada inventori yang telah siap di KLGCC Resort, Taman Melawati dan perbandaran KL East, sekali gus menyebabkan sumbangan keuntungan yang lebih rendah pada suku semasa," menurut pemaju berkenaan dalam makluman kepada bursa pada Selasa.
Nilai pembangunan kasar bagi pelancaran baharu untuk tahun kewangan 2022 kekal sebanyak RM2.8 bilion, dengan RM383.5 juta telah dilancarkan pada suku pertama tahun ini.
Kediaman bertanah yang dilancarkan pada suku pertama tahun kewangan 2022 mencapai purata kadar pembelian berjumlah 96 peratus, dengan produk perindustrian telah habis dijual pada awal Mei 2022.
Bagaimanapun, menurut syarikat itu, kekurangan buruh di Malaysia baru-baru ini -- bidang tumpuan yang dipantau dengan teliti -- telah mengehadkan kepesatan kemajuan tapak, yang seterusnya menjejaskan perolehan dan pengiktirafan hasil pada suku yang dikaji.
Kumpulan ini optimis terhadap pasaran hartanah pada masa akan datang, terutamanya dalam segmen kediaman dan perindustrian, didorong oleh kelonggaran sekatan dalam fasa peralihan ke endemik berkuat kuasa 1 April, 2022, selain kadar vaksinasi penduduk yang memberangsangkan dan pembukaan semula sempadan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Keuntungan bersih Sime Darby Property Bhd merosot kepada RM51.84 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 berbanding RM66.04 juta tahun lepas. -Gambar fail/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Cyberview lantik Kamarul Ariffin Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Beliau sebelum ini pengurus besar Sime Darby Property Selatan Sdn Bhd, bertanggungjawab menguruskan projek Malaysia Vision Valley.

Sime Darby Property hadiah unit kediaman RM1 juta kepada pembeli bertuah
Kempen sambutan Beyond 50 yang dilancarkan sejak 15 Ogos hingga 31 Disember tahun lalu menyaksikan penerimaan sambutan menggalakkan.

Prestasi Sime Darby Property Kembali pulih, untung bersih suku ketiga catat RM56.13 juta
SDP kembali pulih dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM56.13 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022.

Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum
Pengurusan pembangunan sedang dijalankan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC) yang berpangkalan di Britain.

Sime Darby Property jangka isu kekurangan pekerja selesai pada suku keempat
Sime Darby hadapi 50 peratus kekurangan pekerja di tapak pada masa ini berbanding kekurangan sebanyak 60 peratus pada separuh pertama 2022.

Untung bersih Q1 Sime Darby property susut 21% kepada RM51.83 juta
Bagaimanapun, ia diimbangi oleh prestasi kewangan lebih baik daripada dua lagi segmen perniagaan terasnya iaitu pelaburan dan pengurusan aset, dan rekreasi.

Rizal Rickman ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property
Sime Darby Property Bhd telah melantik Rizal Rickman Ramli sebagai pengerusi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang telah bersara selepas memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.

Zeti dilantik pengerusi Sime Darby Property
Sime Darby Property Bhd melantik bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.