KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd mengecil kepada RM1.43 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 (S1 TK22) daripada RM2.46 bilion pada tahun sebelumnya disebabkan oleh keuntungan penilaian semula sebanyak RM1.16 bilion serta kesan Cukai Makmur.
Hasil turut susut kepada RM4.74 bilion daripada RM5.91 bilion sebelumnya, terutamanya dipengaruhi oleh persekitaran pelaburan yang lebih lemah, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.
Kumpulan perkhidmatan kewangan itu berkata keuntungan penilaian semula adalah daripada penyahgabungan TNG Digital pada S1 TK21.
Ia berkata pertumbuhan pinjaman memperoleh semula momentum, meningkat sebanyak 4.9 peratus tahun ke tahun (y-o-y) berikutan pemulihan ekonomi yang memberi kesan positif kepada kebanyakan pasaran dan segmen, terutamanya dalam perbankan pengguna yang mana pinjaman berkembang sebanyak 6.9 peratus tahun ke tahun.
"Deposit juga meningkat sebanyak tujuh peratus didorong oleh pertumbuhan akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) yang kukuh sebanyak 9.9 peratus tahun ke tahun, yang diterjemahkan kepada peningkatan dalam nisbah CASA daripada 42.3 peratus yang dicatatkan pada Mac 2021 kepada 43.5 peratus pada Mac 2022," katanya.
CIMB Group berkata kedudukan modalnya kekal kukuh dan melebihi sasaran dengan nisbah ekuiti biasa tahap 1 (CET1) pada 14.5 peratus pada Mac 2022, meningkat daripada 12.9 peratus pada Mac 2021 dan 14.5 peratus pada Dis 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata kedudukan modal dan kecairan kumpulan serta kualiti aset terus kukuh, menunjukkan kekuatan dan daya tahan francais perniagaannya dalam persekitaran operasi semasa.
"Kami bersemangat untuk melihat daya tarikan positif dalam pertumbuhan pinjaman kerana strategi untuk membentuk semula portfolio kami mula membuahkan hasil.
"Pada masa yang sama, usaha pengoptimuman kos yang berterusan telah menyumbang kepada perbelanjaan operasi yang lebih rendah dan peningkatan dalam nisbah kos kepada pendapatan (CIR), walaupun perbelanjaan yang lebih tinggi berkaitan dengan pelaburan teknologi dan operasi," katanya.
Beliau berkata kumpulan itu dijangka membelanjakan RM1 bilion pada TK22 untuk memacu pendigitalan selanjutnya serta menambah baik teknologi dan daya tahan operasi.
Mengenai prospek, beliau berkata kumpulan itu kekal optimis untuk baki tahun 2022 memandangkan jangkaan pemulihan ekonomi serantau serta pengembangan permintaan dalam negeri.
"Bagaimanapun, kami juga kekal berhati-hati terhadap peningkatan risiko pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan berikutan kesan tekanan inflasi dan ketidaktentuan geopolitik," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022

Kedudukan modal dan kecairan kumpulan CIMB serta kualiti aset terus kukuh, menunjukkan kekuatan dan daya tahan francais perniagaannya dalam persekitaran operasi semasa. - Gambar fail

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Aktiviti belian saham pada harga rendah dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.

U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan prestasi dagangan bercampur-campur di pasaran serantau
Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum pembelian sepanjang hari dan ditutup pada paras terendah intra hari disebabkan jualan pada saat akhir dagangan bagi beberapa kaunter wajaran tinggi.

KDNK 2025 Malaysia dijangka kekal stabil pada 5 peratus - CIMB Securities
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada kadar lima peratus pada 2025, selaras dengan sasaran kerajaan antara 4.5 dan 5.5 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

FBM KLCI turun bagi hari kedua berturut-turut susulan tekanan luar
FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,628.54, naik 3.07 mata daripada 1,625.47 semalam.

Bursa Malaysia naik bagi hari keenam, IK raih 0.28 peratus pada akhir dagangan 2024
Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih,

Bursa Malaysia akhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif
Bursa Malaysia terus mencatat momentum meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Jumaat, mengakhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif.