KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd (PGB) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2023 meningkat kepada RM424.18 juta daripada RM410.58 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas disebabkan perbelanjaan cukai yang lebih rendah.
Hasil melonjak 14.9 peratus kepada RM1.67 bilion daripada RM1.46 bilion sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh hasil lebih tinggi daripada segmen utiliti sejajar dengan harga produk yang lebih tinggi.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, PGB berkata pendapatan sesaham juga meningkat 3.3 peratus kepada 21.44 sen pada suku pertama 2023 daripada 20.75 sen pada suku yang sama sebelumnya, mencerminkan keuntungan lebih tinggi yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat.
Syarikat itu berkata lembaga pengarah telah meluluskan dividen interim pertama sebanyak 16 sen sesaham biasa berjumlah RM316.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023, yang akan dibayar pada 20 Jun 2023.
"Segmen utiliti yang lebih tinggi didorong oleh harga produk wap dan gas perindustrian yang lebih tinggi sejajar dengan pergerakan harga gas bahan api ditambah dengan tarif elektrik yang lebih tinggi berikutan semakan menaik surcaj Pelepasan Imbangan Kos Penjanaan bagi separuh pertama 2023.
"Hasil segmen pemprosesan gas meningkat sebanyak 2.4 peratus berbanding suku yang sama berikutan insentif penggunaan gas dalaman yang lebih tinggi dicapai, disokong oleh usaha pengoptimuman operasi berterusan," katanya.
PGB berkata terminal regasifikasi gas asli cecairnya di Sg Udang, Melaka dan Pengerang, Johor mengekalkan prestasi kebolehpercayaan yang kukuh pada hampir 100 peratus pada suku tersebut.
Melangkah ke hadapan, ia berkata prestasi 2023 dijangka kekal teguh, disokong oleh kontrak pendapatan yang kukuh, namun harga gas yang tinggi mungkin memberi kesan kepada keputusan tahun penuh kumpulan.
"Segmen pemprosesan gas kumpulan itu dijangka kekal stabil berdasarkan kontrak jangka panjang dan aliran pendapatan mampan di bawah penggal kedua Perjanjian Pemprosesan Gas.
"Walaupun tarif Tempoh Kawal Selia 2 lebih rendah, segmen perniagaan pengangkutan gas dan regasifikasi dijangka terus menyumbang kepada pendapatan yang baik kepada kumpulan," katanya.
PGB berkata harga gas bahan api yang tinggi akan terus memberi kesan kepada prestasi segmen utiliti.
"Dalam persekitaran kos operasi yang lebih tinggi selepas pandemik, kumpulan akan terus berusaha untuk kecemerlangan operasi serta mencapai keseimbangan antara pelaburan untuk pertumbuhan, kehematan kewangan dan pengagihan kepada pemegang saham," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023
![Untung bersih suku pertama Petronas Gas naik kepada RM424.18 juta Untung bersih suku pertama Petronas Gas naik kepada RM424.18 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653007384_petronasgas.jpg)
Hasil melonjak 14.9 peratus kepada RM1.67 bilion daripada RM1.46 bilion sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh hasil lebih tinggi daripada segmen utiliti sejajar dengan harga produk yang lebih tinggi. - Gambar fail/Dagang News
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
![Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739871082_TBMaxis.jpg)
Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.
![MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739861527_KLIA.jpg)
MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.
![Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734701958_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.
![Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.
![Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.
![Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731988419_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.
![Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.
![Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028 Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739245374_haosek.jpg)
Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.
![Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.