Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan untung pracukai yang lebih tinggi iaitu RM7.894 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012 berbanding RM6.875 bilion pada 2011.
Perolehan bagi tahun lepas juga meningkat kepada RM27.532 bilion daripada RM23.741 bilion pada 2011.
Untung selepas cukai bagi tahun kewangan 2012 dicatatkan pada RM5.917 bilion daripada RM5.121 bilion pada tahun sebelumnya.
Bagi suku keempat tahun lepas, Maybank mencatatkan untung pracukai sebanyak RM1.949 bilion, dengan perolehan sebanyak RM7.027 bilion.
Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata keputusan kumpulan didorong oleh pertumbuhan berterusan dari kebanyakan sektor perniagaan, disokong oleh sumbangan yang kukuh daripada operasi globalnya, merentasi 20 negara.
"Jumlah pendapatan operasi naik 12 peratus di sebalik ekonomi global yang mencabar dan kumpulan itu bersandar kepada kedudukan domestiknya yang kukuh, kepelbagaian keupayaannya dan jaringan serantaunya untuk membangunkan francais dan meneroka segmen pasaran baharu," katanya kepada satu taklimat media hari ini.
Megat Zaharuddin berkata pertumbuhan perolehan didorong peningkatan 14 peratus dalam pendapatan berasaskan yuran bersih dan 10.8 peratus peningkatan dalam pendapatan berasaskan dana bersih.
Pertumbuhan pinjaman kumpulan Maybank kekal pada paras dua digit, dengan peningkatan 12.2 peratus, selain pertumbuhan 12.9 peratus pada sekuriti pinjaman dan hutang.
Deposit kumpulan kasar naik 10.3 peratus kepada RM347.2 bilion, didahului oleh peningkatan 22.3 peratus di Indonesia, diikuti oleh Singapura dan Malaysia dengan peningkatan 12.7 peratus dan 8.5 peratus, setiap satu.
Bagi tahun kewangan 31 Dis, 2011, Maybank mengusulkan dividen akhir 36 sen sesaham, kurang 25 peratus selepas cukai.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata perolehan bersejarah institusi perbankan itu telah dicapai menerusi asas-asas yang kukuh yang telah dibangunkan sepanjang beberapa tahun lepas dan kehadiran yang kukuh serta kepelbagaian produknya di pasaran serantau.
"Maybank juga menjangka pertumbuhan ekonomi makro global untuk menstabilkan pada 2013, yang akan bertambah dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih dalam pasaran utama kami. Ia dijangka mendorong momentum pendapatan Maybank Group untuk tahun itu," katanya.
Bank komersil terbesar Malaysia itu telah meletakkan sasaran agresif bagi tahun 2013, di antaranya mencapai 15 peratus pulangan pelaburan pada asa modal diperbesar dan 12 peratus pertumbuhan pinjaman kumpulan.
Bernama
Thu Feb 21 2013

Lebih 75 ribu OKU dapat pekerjaan lebih baik
Seramai 75,566 orang kurang upaya (OKU) telah mendapat pekerjaan yang lebih baik setelah menerima latihan di bawah Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memperkasa golongan tersebut.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memperkasa golongan tersebut.
Lelaki disyaki amuk, bakar ibu direman 7 hari
Lelaki yang dipercayai mengamuk dan membakar ibunya di sebuah rumah di Jalan Tok Keling, Alor Setar, Kedah pada Ahad, direman tujuh hari sehingga 9 Mac ini untuk membantu siasatan di mana perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar.
Pengisian jawatan jururawat di KKM cecah 88 peratus, 582 letak jawatan
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, 70,229 jururawat yang berkhidmat di KKM terdiri daripada 69,114 lantikan tetap dan 821 lantikan kontrak interim.
"Secara keseluruhan, pengisian jawatan jururawat di KKM telah mencapai 88 peratus," kata Lukanisman.
Jelasnya, seramai 582 jururawat telah meletak jawatan pada tahun 2024 dengan pelbagai alasan.
"Secara keseluruhan, pengisian jawatan jururawat di KKM telah mencapai 88 peratus," kata Lukanisman.
Jelasnya, seramai 582 jururawat telah meletak jawatan pada tahun 2024 dengan pelbagai alasan.
PM Anwar arah KPKM segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan di pasaran - Setiausaha Akhbar PM
Dalam pada itu, taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut menekankan berkenaan isu beras putih tempatan yang terus menjadi perhatian di negara ini.
Taklimat harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan Madani
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah yang menjalankan tugas tersebut menjelaskan taklimat harian PMO taklimat harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan, tetapi menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi Kerajaan.
Elak pembaziran, kotak jangan lebih mahal dari kurma - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kepentingan kesederhanaan dalam penganjuran majlis iftar serta sumbangan kerajaan bagi memastikan semangat Ramadan benar-benar dihayati.
Ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), beliau menekankan agar perbelanjaan kerajaan lebih berhemat dan tidak digunakan untuk perkara kurang bermanfaat.
Ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), beliau menekankan agar perbelanjaan kerajaan lebih berhemat dan tidak digunakan untuk perkara kurang bermanfaat.

Video tular: Suami isteri ditahan kes langgar lari pemandu trak tunda
Pasangan suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes langgar dan cubaan bunuh seorang lelaki di Bandar Teknologi Kajang, di sini.
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dibentang bacaan kedua esok
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua esok, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, apabila diluluskan kelak, RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada Parlimen dalam melaksanakan tugasnya, sekali gus memastikan sistem demokrasi negara lebih matang dan bebas daripada pengaruh luar.
Menurutnya, apabila diluluskan kelak, RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada Parlimen dalam melaksanakan tugasnya, sekali gus memastikan sistem demokrasi negara lebih matang dan bebas daripada pengaruh luar.
[TERKINI] Keputusan Jemaah Menteri mesti jelas kepada rakyat - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa setiap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri perlu disampaikan dengan jelas kepada rakyat, terutama penjawat awam.
Beliau berkata, keputusan kerajaan tidak boleh terhenti di peringkat atasan tanpa disebarkan ke peringkat akar umbi, kerana hal itu boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat.
Beliau berkata, keputusan kerajaan tidak boleh terhenti di peringkat atasan tanpa disebarkan ke peringkat akar umbi, kerana hal itu boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat.

Mayat reput ditemukan dalam tandas terbiar
Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia lebih tujuh hari dan tiada unsur jenayah ditemui.

30 hari lagi, siapakah pengganti Zeti?
Tinggal 30 hari sebelum Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengakhiri tugas sebagai Gabenor Bank Negara, umum masih berteka-teki siapa yang bakal menggantikan tempat beliau.

Arab Saudi bakal laksana VAT dalam 2 tahun
Menteri Kewangan Arab Saudi, Ebrahim Al Assaf mengumumkan negara berkenaan bakal melancarkan cukai nilai tambah (VAT) dalam dua tahun.

Nong Chik: Perbanyakkan kerjasama usahawan Bumiputera-bukan Bumiputera
Usahawan Bumiputera harus meningkatkan kerjasama dengan usahawan bukan Bumiputera.

RM 3.3b diperoleh menerusi pengurangan subsidi minyak
Pengurangan subsidi minyak membolehkan kerajaan memperoleh dana tambahan bernilai 3.3 bilion ringgit.

Wahid Omar, Liew Kee Sin gondol anugerah CEO
Abdul Wahid telah diiktirafkan kerana peranan kepimpinan beliau ketika beliau berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif di Malayan Banking Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan Renong Bhd.

Datuk Seri Wahid Omar sedia galas tugas besar
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar sedia menggalas tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Untung pracukai 2012 Maybank naik RM7.894 Bilion
Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan untung pracukai yang lebih tinggi iaitu RM7.894 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012 berbanding RM6.875 bilion pada 2011.
Maybank rancang buka 144 lagi cawangan dalam Asean
Maybank merancang untuk membuka 144 lagi cawangan dan meningkatkan bahagian pasaran di rantau Asean dalam masa tiga tahun akan datang.