Bank Pertanian (M) Bhd (Agrobank) mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBZT) lebih tinggi iaitu meningkat 16.7 peratus kepada RM230.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017.
Jumlah pembiayaan kumpulan itu juga berkembang 9.9 peratus kepada RM9.5 bilion.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Agrobank berkata peningkatan jumlah pembiayaan itu didorong oleh pertumbuhan dalam sektor berasaskan pertanian yang meningkat sebanyak 36.7 peratus manakala pembiayaan pertanian teras menokok 12.5 peratus.
Agrobank, sebuah institusi pembangunan kewangan (DFI) dengan mandat pembangunan pertanian, turut menyaksikan bahagian pembiayaan bagi sektor agromakanan berkembang sebanyak 13 peratus dan melepasi pertumbuhan industri perbankan sebanyak 3.6 peratus bagi sektor berkenaan.
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Alwi Mohamed Sultan berkata pertumbuhan kukuh yang diraih pada tahun lepas juga adalah seiring dengan Pelan Strategik Perniagaan Agrobank 2016-2020 (SBP 2016-2020) yang turut dipacu oleh pertumbuhan menyeluruh sektor pertanian negara ini.
"Bank ini melaksanakan beberapa inisiatif strategik dalam SBP 2016-2020 bagi merangsang keuntungan dan pertumbuhan selain mengukuhkan kualiti aset. Pada masa sama, kami juga terus menumpukan mandat dalam sektor perniagaan, termasuk agromakanan, pertanian teras serta komoditi.
"Pencapaian kami turut disokong oleh peningkatan dalam sektor pertanian yang mencatat pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus pada 2017 selepas susut 5.1 peratus pada 2016," katanya.
Syed Alwi berkata permintaan kukuh terhadap minyak sawit juga disebabkan oleh pemulihan persekitaran cuaca susulan musim kemarau pada tahun lepas dan disokong oleh peningkatan 2.0 peratus dalam sektor kecil agromakanan.
Pada 2017, sektor pertanian menyumbang 8.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM1.16 bilion, katanya.
Malah, walaupun Malaysia beralih kepada ekonomi berasaskan industri dan perkhidmatan, sektor pertanian kekal menjadi komponen penting KDNK.
Sejak penubuhannya dalam 1969, Agrobank turut memainkan peranan dalam pertumbuhan sektor pertanian dengan menyediakan akses kepada modal dan pembiayaan menerusi rangkaian penyelesaian pembiayaan merangkumi aktiviti huluan, pertengahan dan hiliran dalam ekosistem pertanian. - BERNAMA
Bernama
Mon May 28 2018
Agrobank berkata peningkatan jumlah pembiayaan itu didorong oleh pertumbuhan dalam sektor berasaskan pertanian. - Gambar fail
CNN rancang berhentikan ratusan pekerja, beralih ke operasi digital
CNN turut merancang untuk memindahkan beberapa rancangannya dari Washington dan New York ke Atlanta bagi mengurangkan kos operasi produksi.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Kerajaan ambil pendekatan inklusif perkasa agenda pendigitalan - Muhyiddin
Ia menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat yang berdepan kesan ekonomi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara.