KUALA LUMPUR: Keuntungan suku tahunan Top Glove Corp Bhd untuk suku pertama berakhir 30 November 2021 (1QFY22) dijangka dalam julat antara RM220 juta dan RM300 juta, atau 50.7% hingga 63.8% suku ke suku (qoq) lebih rendah daripada keuntungan bersih sebanyak RM607.9 juta suku sebelumnya.
Menurut TA Securities, anggaran keuntungan 1QFY22 yang lebih rendah adalah disebabkan oleh harga jualan purata sarung tangan (ASP) yang lebih rendah iaitu sekitar -33% dan Cukai Makmur.
"Selain itu, kami menjangkakan volum jualan tidak berubah kerana pelanggan akan menunggu lebih lama sekarang sebelum mengisi semula stok mereka memandangkan ASP yang semakin berkurangan,” katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.
Top Glove dijadualkan mengeluarkan keputusan 1QFY22 pada Jumaat 10 Disember 2021.
Pada asas tahun ke tahun (YoY), firma penganalisis itu mengunjurkan keuntungan bersih Top Glove menjunam sebanyak 87.4% ke 90.7% daripada RM2.4 bilion pada 1QFY20.
Katanya, kejatuhan keuntungan dijangka datang daripada ASP yang lebih rendah sebanyak 52% dan volum jualan yang lebih rendah sebanyak 10%, katanya.
"Secara keseluruhannya, kami menjangkakan keputusan 1QFY22 Top Glove berada di bawah anggaran konsensus pada kira-kira 14.7% daripada unjuran keuntungan RM1.8 bilion untuk FY22 berakhir 31 Ogos 2022,” katanya.
Sementara itu, berdasarkan semakan salurannya, TA Securities berkata pemain sarung tangan tidak melihat peningkatan dalam permintaan untuk sarung tangan walaupun terdapat kemunculan varian Omicron Covid-19.
Katanya perkara itu boleh dikaitkan dengan pendekatan tunggu dan lihat pelanggan untuk menilai tahap varian Omicron di tengah-tengah penurunan ASP sarung tangan.
“Oleh itu, kami percaya bahawa purata kadar penggunaan loji semasa akan berlegar pada paras 60-65%, sama seperti kadar penggunaan pada Oktober,” katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Dec 09 2021

Top Glove dijadualkan mengeluarkan keputusan 1QFY22 pada Jumaat 10 Disember 2021. -Gambar fail

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Untung suku tahunan Top Glove dijangka menurun
Top Glove dijadualkan mengeluarkan keputusan 1QFY22 pada Jumaat 10 Disember 2021.

Top Glove akan teruskan penghantaran ke AS
Bagaimanapun, syarikat itu masih boleh meneruskan proses penghantaran ke AS memandangkan sekatan itu disifatkan tidak memberi impak yang besar.