Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini memberi jaminan bahawa rancangannya untuk membeli 37 peratus ekuiti dalam syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP), tidak akan menjejaskan kesejahteraan peneroka.
Ini berikutan urus niaga itu membabitkan pelaburan dengan pembiayaan sendiri dan tidak menggugat kepentingan golongan peneroka berkenaan.
Malah, dalam satu kenyataan, Felda menegaskan nilai urus niaga pembelian ekuiti itu pada harga US$505.4 juta (RM2.26 bilion) merupakan nilai yang lebih baik berbanding transaksi lain melibatkan syarikat minyak sawit Indonesia, baru-baru ini.
"Urus niaga ini tidak akan menjejaskan komitmen sedia ada dan program-program Felda untuk meningkatkan kesejahteraan peneroka," katanya.
Pada Jumaat lepas, Felda mengumumkan ia menerusi anak syarikatnya, FIC Properties Sdn Bhd, akan membeli kepentingan saham EHP dan sudah menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) dengan Rajawali Group.
Selain itu, Felda turut menyangkal dakwaan bahawa ia membayar premium terlalu tinggi sebanyak 173 peratus bagi harga pasaran saham EHP dan menegaskan bahawa harga saham bukanlah kaedah penilaian yang diterima apabila membabitkan syarikat perladangan.
"Harga saham itu mungkin tidak mencerminkan nilai sebenar EHP. Penilaian yang diterima merupakan nilai perusahaan (EV) sehektar iaitu US$16,000 EV sehektar dan inilah yang Felda bayar untuk kepentingan 37 peratus.
"Nilai ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan urus niaga lain baru-baru ini yang melibatkan syarikat minyak sawit Indonesia," katanya.
Felda turut memetik tawaran akhir dibuat oleh KL Kepong Bhd baru-baru ini membabitkan US$15,500 EV/sehektar yang ditolak oleh Lembaga Pengarah MP Evans kerana penilaian bebas meletakkan nilai sebenarnya pada US$17,300 EV/sehektar.
"Lembaga Pengarah MP Evans meminta penilaian syarikat itu pada US$24,000 EV/sehektar. Pada nilai USD505.4 juta (RM2.26 bilion), Felda membeli kepentingan EHP pada nilai US$16,000 EV/sehektar.
"Kawasan perladangan MP Evans yang telah ditanam adalah 31,400 hektar manakala kawasan EHP yang ditanam pula 125,000 hektar. Oleh itu, FELDA mempunyai akses kepada tanah yang empat kali lebih luas daripada saiz tanah ladang MP Evans pada kadar EV sehektar yang lebih rendah.
"Selain itu, pembelian New Britain Palm Oil Ltd oleh Sime Darby pula pada US$27,000 EV sehektar," katanya.
Selain itu, jelas Felda, harga saham itu juga tidak menggambarkan nilai sebenar kerana 70 peratus saham-saham EHP dikawal oleh Rajawali Group, malah ia disenaraikan di Bursa Saham Jakarta yang tidak secair di Bursa Malaysia atau Bursa Saham Singapura.
Sehubungan itu, harga belian itu mengambil kira nilai kekurangan EHP dan tiada ladang lain sebesar itu yang ditawarkan untuk dijual, terutamanya pada penilaian sedemikian, katanya.
"Inilah peluang terakhir untuk Felda/Malaysia atau mana-mana pihak asing lain untuk melabur dalam sebuah syarikat Indonesia yang memiliki tanah simpanan yang amat luas. Kerajaan Indonesia juga bersetuju untuk memberi pengecualian sekali ini sahaja menerusi perjanjian ini," kata Felda.
Menurut Felda, perjanjian itu akan turut meningkatkan profil tanamannya kerana purata usia pokok-pokok di EHP adalah tujuh tahun berbanding 15 tahun pokok di ladang-ladang Felda/FGV selain akan wujud lebih banyak peluang kolaboratif urus niaga jual beli antara Felda/FGV dan EHP.
"(Ia juga menyediakan) potensi perniagaan baharu dan sinergi untuk Kumpulan Felda dalam bidang semaian, baja, urus niaga MSM (minyak sawit mentah), hiliran/oleokimia serta peluang untuk produk akhir dan produk pengguna keluaran Kumpulan Felda memasuki pasaran Indonesia yang luas dengan penduduk seramai 260 juta orang," katanya.
Malah, jelas Felda, pelaburan dalam sebuah syarikat yang merupakan pemain utama dalam industri minyak sawit di Indonesia juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan Malaysia terus menjadi penggiat utama industri minyak sawit global.
"Ia akan bertindak sebagai pencetus untuk bergerak ke hadapan dalam agenda Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) yang baru ditubuhkan iaitu bagi menstabilkan harga minyak sawit global," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2016
![Urus niaga Felda beli ekuiti Eagle High tidak jejaskan kesejahteraan peneroka Urus niaga Felda beli ekuiti Eagle High tidak jejaskan kesejahteraan peneroka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71482678741_FELDA.jpg)
Felda menegaskan urus niaga tersebut tidak akan menjejaskan komitmen sedia ada dan program-program syarikat itu untuk meningkatkan kesejahteraan peneroka. - Gambar fail
![Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704365322_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Pegawai bank, eksekutif jualan rugi RM2.33 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pegawai bank lelaki dan seorang eksekutif jualan wanita kerugian lebih RM2.33 juta selepas terpredaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
![Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672 Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738838421_NgaKorMing.jpg)
Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.
![Polis tumpas sindiket seludup rokok, minuman keras lebih RM4 juta di Keningau Polis tumpas sindiket seludup rokok, minuman keras lebih RM4 juta di Keningau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738851622_Sindiketseluduprok.jpg)
Polis tumpas sindiket seludup rokok, minuman keras lebih RM4 juta di Keningau
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barangan tidak berkastam dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Consider This: Trump’s Tariffs (Part 2) — Global Trade on Edge
The US has imposed a 10% tariff on imports from China, while a 25% tariff on imports from Canada and Mexico has since been delayed for a month. Are President Donald Trump's tariffs a strategic negotiation tool or reckless brinkmanship? What are the global economic consequences of these opening shots? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Tan Sri Dr Munir Majid, Visiting Senior Fellow at the Centre for International Affairs, Diplomacy and Strategy at the London School of Economics and Political Science.
![55 rumah diroboh dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu 55 rumah diroboh dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738851514_PolisDaerahKotaKi.jpg)
55 rumah diroboh dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu hari ini bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
![Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642749246_KANGAR.jpg)
Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
![Kes langgar lari di Jalan Klang Lama, dua lagi individu ditahan Kes langgar lari di Jalan Klang Lama, dua lagi individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738210473_tbJalanKlangLama.jpg)
Kes langgar lari di Jalan Klang Lama, dua lagi individu ditahan
Polis menahan dua lagi individu yang disyaki terbabit dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan di Jalan Klang Lama, pada 29 Jan lepas.
Consider This: Trump’s Tariffs (Part 1) — Global Trade on Edge
The US has imposed a 10% tariff on imports from China, while a 25% tariff on imports from Canada and Mexico has since been delayed for a month. Are President Donald Trump's tariffs a strategic negotiation tool or reckless brinkmanship? What are the global economic consequences of these opening shots? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Juita Mohamad, Consultant for the UN Conference of Trade and Development and Co-founder of TIA Editors & Consultancy.
![Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737550434_ZahidHamidi.jpg)
Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.
AWANI Tonight 6 Feb 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Nearly 2,000 GLCs to face audits this year - PM
2. Job scams: Red flags to look out for in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Nearly 2,000 GLCs to face audits this year - PM
2. Job scams: Red flags to look out for in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
![Urus niaga Felda beli ekuiti Eagle High tidak jejaskan kesejahteraan peneroka Urus niaga Felda beli ekuiti Eagle High tidak jejaskan kesejahteraan peneroka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71482678741_FELDA.jpg)
Urus niaga Felda beli ekuiti Eagle High tidak jejaskan kesejahteraan peneroka
Ini berikutan urus niaga itu membabitkan pelaburan dengan pembiayaan sendiri dan tidak menggugat kepentingan golongan peneroka berkenaan.