KUALA LUMPUR: 59 Inc. Sdn Bhd kini memulakan semula projek pembangunan bercampur Kota Semarak dengan sasaran nilai pembangunan kasar (NPK) keseluruhan RM3.1 bilion.
Syarikat usaha sama 70-30 peratus yang ditubuhkan antara TH Properties Sdn Bhd (TH Prop) dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) itu telah merancang untuk memulakan projek itu pada 2019 tetapi dikekang oleh pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH Prop Azman Ibrahim berkata projek Kota Semarak seluas 11 hektar di Jalan Sultan Yahya Petra akan dibangunkan dalam tiga fasa.
Fasa pertama dinamakan 1A, yang meliputi empat menara dengan 1,226 unit pangsapuri berperkhidmatan termasuk 100 unit rumah di bawah projek Residensi Wilayah (RUMAWIP), serta 87 unit pejabat kedai.
Fasa dua dan fasa tiga masing-masing akan dibangunkan di kawasan seluas 3.7 hektar dan 4.4 hektar.
Fasa 1A, dengan NPK berjumlah RM850 juta dan keluasan tanah 2.9 hektar, dijadual siap pada Februari 2027, dengan unit rumah berharga mulai RM570,000 dan seterusnya.
"Kami mempertimbangkan pada RM650 bagi setiap kaki persegi dan julat harga ini jauh lebih rendah daripada apa yang kami dapati di sekitar pembangunan bertingkat tinggi.
"Kami yakin pada bahagian awal pelancaran ini untuk memperoleh sekurang-kurangnya 50 peratus (tempahan)," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah dan pemeteraian Memorandum Persefahaman Kota Semarak dengan panel pembiaya akhir di sini, pada Ahad.
Syarikat usaha sama itu telah memperoleh pembiayaan daripada Bank Islam Bhd dan MBSB Bank Bhd untuk pembangunan tersebut.
"Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami menyemak dan mengkaji keberkesanan projek dan kami dapat mengurangkan beberapa elemen, membolehkan kami mengekalkan kos pembinaan," katanya ketika ditanya mengenai kenaikan kos bahan binaan dan kesannya terhadap projek.
Kota Semarak menawarkan unit kontemporari dua hingga empat bilik tidur dengan saiz 802 kaki persegi hingga 2,400 kaki persegi.
"Kami menyasarkan Kota Semarak menjadi batu loncatan untuk projek yang lebih mesra alam dan lestari pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
![Usaha sama TH Properties-MRCB bangunkan Kota Semarak dengan NPK RM3.1 bilion Usaha sama TH Properties-MRCB bangunkan Kota Semarak dengan NPK RM3.1 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673829225_MajlisPecahTanah.jpg)
Majlis Pecah Tanah Kota Semarak Fasa 1 disempurnakan oleh Pengerusi TH Properties Datin Paduka Kartini Abdul Manaf dan Azman (tengah). - Foto TH Properties
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739945582_jururawatmaut.jpg)
Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
![Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739943723_tbAmirudinShari.jpg)
Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.
![Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730188157_ChowKonYeow.jpg)
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas.
![78 kambing seludup dirampas 78 kambing seludup dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702513439_SeludupKambingTum.jpg)
78 kambing seludup dirampas
Dua lelaki yang berusia 30-an ditahan di Kampung Penarik, Setiu kira-kira jam 7.30 malam pada Rabu.
![Kadar kematian penyu di Terengganu membimbangkan Kadar kematian penyu di Terengganu membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682551915_penyu.jpg)
Kadar kematian penyu di Terengganu membimbangkan
Kerajaan negeri Terengganu melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan kadar kematian haiwan tersebut dapat dikurangkan.
![Usaha sama TH Properties-MRCB bangunkan Kota Semarak dengan NPK RM3.1 bilion Usaha sama TH Properties-MRCB bangunkan Kota Semarak dengan NPK RM3.1 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673829225_MajlisPecahTanah.jpg)
Usaha sama TH Properties-MRCB bangunkan Kota Semarak dengan NPK RM3.1 bilion
Projek Kota Semarak seluas 11 hektar di Jalan Sultan Yahya Petra akan dibangunkan dalam tiga fasa.
![Sektor pertanian Terengganu rugi hampir RM50 juta akibat banjir Sektor pertanian Terengganu rugi hampir RM50 juta akibat banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672359005_terjejasbanjir.jpg)
Sektor pertanian Terengganu rugi hampir RM50 juta akibat banjir
Sektor pertanian Terengganu mengalami kerugian sebanyak RM48.7 juta akibat banjir besar yang melanda negeri itu pada 18 Dis lepas.
![Orang ramai disaran ceburi kaedah pertanian bandar Kebuniti, bantuan disediakan Orang ramai disaran ceburi kaedah pertanian bandar Kebuniti, bantuan disediakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653537958_KebunSayuran.jpg)
Orang ramai disaran ceburi kaedah pertanian bandar Kebuniti, bantuan disediakan
Langkah itu bukan sekadar dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan dari luar malah turut membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.
![48 tukun tiruan galak pembiakan ikan 48 tukun tiruan galak pembiakan ikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653774612_tukuntiruan.jpg)
48 tukun tiruan galak pembiakan ikan
Tahun lalu 48 buah tukun dilabuhkan di seluruh negeri dan kira-kira 24 buah tukun lagi akan ditenggelamkan pada tahun ini.
![Banjir: RM1 juta untuk petani, penternak dan pengusaha ikan sangkar Terengganu Banjir: RM1 juta untuk petani, penternak dan pengusaha ikan sangkar Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648593920_HadiAwang.jpg)
Banjir: RM1 juta untuk petani, penternak dan pengusaha ikan sangkar Terengganu
Bantuan itu akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun mereka yang terlibat seawal April ini.
![Akuapolitan Kuala Nerus akan diganti dengan projek lain Akuapolitan Kuala Nerus akan diganti dengan projek lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648098505_PerumahanTerancang.jpg)
Akuapolitan Kuala Nerus akan diganti dengan projek lain
Meskipun telah dibatalkan, kerajaan negeri akan menggantikannya dengan projek lain demi manfaat penduduk.
![Lebih 1,000 hektar tanah milik kerajaan negeri Terengganu diteroka secara haram - Exco Lebih 1,000 hektar tanah milik kerajaan negeri Terengganu diteroka secara haram - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639099263_pecahtanah.jpg)
Lebih 1,000 hektar tanah milik kerajaan negeri Terengganu diteroka secara haram - Exco
Keadaan itu telah berlarutan sejak 16 tahun lalu, melibatkan beberapa daerah, termasuk Setiu.