Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyarankan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) segera mendaftarkan harta intelek masing-masing bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ketua Pengarahnya Datuk Shamsiah Kamaruddin berkata gesaan itu dibuat kerana PKS di negara ini masih kurang kesedaran mengenai kepentingan untuk mendaftarkan harta intelek berbanding syarikat-syarikat besar.
"Sasaran kami adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan ini (PKS) mengenai kepentingan perlindungan harta intelek seperti cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi (GI) dan hak cipta mereka agar ia tidak mudah ditiru atau diciplak oleh pihak lain.
"Antara sebab usahawan PKS ini tidak membuat perlindungan harta intelek adalah kerana kekurangan pengetahuan tentang harta intelek produk mereka selain mempunyai tanggapan bahawa proses perlindungan harta intelek adalah rumit dan melibatkan kos yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan MyIPO dan Sambutan Bulan Kemerdekaan di sini, pada Jumaat.
Shamsiah berkata bagi meningkatkan kesedaran itu, MyIPO mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Unit Pemandu Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Mac lepas MyIPO telah melaksanakan program IP Easy di tiga negeri dan akan diperluas ke negeri lain, bagi memberi gambaran jelas mengenai proses permohonan dan seterusnya memfailkan permohonan pendaftaran harta intelek masing-masing.
Sementara itu, Shamsiah berkata jumlah pendaftaran harta intelek masih lagi didominasi oleh syarikat dari negara asing seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun berbanding syarikat tempatan.
Katanya bagi 2017 sehingga Julai lalu, sebanyak 15,093 pendaftaran diterima daripada syarikat dari negara asing manakala 8,226 pendaftaran bagi syarikat tempatan.
Tidak kira kecil atau besar syarikat, pendaftaran harta intelek adalah penting kerana ia merupakan milik atau hak eksklusif bagi membolehkan pihak terbabit mendapatkan bayaran royalti jika digunakan pihak lain, katanya.
MyIPO adalah agensi yang dipertanggungjawabkan melindungi hak harta intelek di Malaysia bagi membantu rakyat tempatan terutama usahawan tradisional dan juga dalam talian untuk mendaftar dan melindungi harta intelek mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2017
Antara sebab usahawan PKS ini tidak membuat perlindungan harta intelek adalah kerana kekurangan pengetahuan tentang harta intelek produk mereka.
Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.
Rancangan peluasan Israel jejas kestabilan Asia Barat, kata Pakistan
Pakistan menggesa pelaksanaan "gencatan senjata segera dan penuh."
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
Gencatan senjata: Malaysia bincang dengan Jepun, segerakan pembangunan semula Gaza
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba hari ini untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.
#AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Januari 2025
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
MyIPO cadang daftar ikan celup tepung harta intelek Terengganu
MyIPO menyarankan Kerajaan Negeri Terengganu atau entiti berkaitan supaya mendaftarkan produk makanan ikan celup tepung sebagai harta intelek.
MARDI perlu ambil peranan tingkat pengurusan harta intelek - Armizan
KPDN berhasrat menjadikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai organisasi ke-26 dalam program Technology Innovation Support Centre (TISC).
Harta intelek: Malaysia sertai pangkalan data WIPO Alert - Armizan
Malaysia hari ini menyertai platform perkongsian data WIPO Alert ke arah memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara dalam era digital.
Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran - Parisa
Persatuan Artis Iban Sarawak (Parisa) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MyIPO teliti keperluan tawar harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop
MyIPO akan teliti keperluan untuk memberi tawaran harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop yang berhasrat mendaftarkan hak cipta (copyright) dan cap dagangan perniagaan mereka.
RMK12: Dasar IP negara akan disemak untuk memperkukuhkan ekosistem
Dasar mengenai harta intelek (IP) akan disemak semula untuk meningkatkan ekosistem hasil kreativiti negara.
Menteri Luar G7 gesa China henti curi hak harta intelektual untuk keuntungan komersial
Menteri luar dari Kumpulan Tujuh itu menggesa China supaya bertindak sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab.
[KOLUMNIS] Mengukuh kesedaran hak cipta dalam kalangan pengamal industri kreatif
Memastikan semua karya dilindungi sebelum pengkomersialan merupakan perihal yang wajar diambil serius oleh semua pengkarya.
CENTEXS, MyIPO bantu daftar harta intelek usahawan Sarawak
Harta-harta intelek yang didaftarkan ini adalah di antara 42,000 yang didaftarkan oleh MyIPO seluruh negara.