WCT Bhd, anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd (WCT), berjaya mendapat kontrak bernilai RM1.77 bilion daripada Impian Ekspresi Sdn Bhd (IESB) bagi membina dan menyiapkan sebuah projek pembangunan komersial.
Skop kerja terbabit adalah sebahagian daripada Pavilion Damansara Heights yang meliputi pembinaan sembilan menara pejabat dan tiga blok pangsapuri perkhidmatan di atas sebuah kawasan podium terdiri daripada ruang runcit, aras mezanin dan kerja-kerja di aras bawah dan tempat letak kereta bawah tanah.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, WCT berkata pembinaan itu yang dijadual bermula bulan ini juga dijangka siap dalam tempoh 38 bulan.
Menurutnya, kontrak itu adalah transaksi urus niaga berulangan antara WCT Group dan IESB.
IESB adalah syarikat yang menyaksikan Pengerusi Eksekutif WCT, Tan Sri Lim Siew Choon mempunyai kepentingan saham tidak langsung manakala beliau dan Datuk Lee Tuck Fook iaitu Pengarah Urusan Kumpulan WCT menganggotai Lembaga Pengarah IESB. -- Bernama
Bernama
Tue Sep 18 2018

Antara lain, Pavilion Damansara Heights meliputi 9 menara pejabat, 3 blok pangsapuri perkhidmatan dan tempat letak kereta bawah tanah. - paviliondamansaraheights.com

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbincangan PKR Pusat, Sarawak menjurus kepada usaha perkukuh kerajaan
Hasrat PKR Sarawak untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 (PRN13) masih dalam perbincangan, kata Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.
10 Berita Pilihan - (13 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Constantine Tassoulas angkat sumpah sebagai presiden baharu Greece
Constantine Tassoulas mengangkat sumpah sebagai Presiden Greece pada Khamis, memulakan tempoh perkhidmatan lima tahunnya selepas memenangi pilihan raya pada 12 Februari lepas, lapor Xinhua.

Penentuan bayaran perundingan GP swasta pada peringkat akhir - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam peringkat akhir perbincangan bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi penentuan bayaran perundingan pegawai perubatan am (GP) swasta.

Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas.

LHDN, MyDigital ID perkukuh kerjasama ke arah kelestarian pendigitalan negara
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan MyDigital ID Sdn Bhd memperkukuh kerjasama dalam pembangunan serta memperluas penggunaan identiti digital di Malaysia.
Tumpuan Jumaat – 14 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Hampir 80 peratus pekebun kecil minyak sawit tempatan patuh peraturan EUDR - Johari
Kira-kira 70 hingga 80 peratus pekebun kecil kelapa sawit tempatan telahpun mematuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

WCT dapat kontrak RM1.77 bilion Pavilion Damansara
WCT Bhd berjaya mendapat kontrak bernilai RM1.77 bilion daripada IESB bagi membina dan menyiapkan sebuah projek pembangunan komersial.